Cinta Itu Luka (23)

60 4 0
                                    

banyak yang telah aku alami,
banyak yang telah aku pelajari.
yang tak rela
tetap diredah,
kerana sayang
susah buat tak endah,
iakan yang diminta
hanya kerana gundah.

bersetuju untuk bercinta
adalah bersetuju untuk diluka,
itu harus tahu.
jadi jangan pernah leka
tika berkeputusan di tempat pertama,
kelak pasti akan buntu.

tidak semuanya mudah,
kerana itu perlu belajar.
kalau semuanya indah,
maka tiada maksud nikmat.
jadi untuk merasa cinta,
harus terima sekali luka.
dengan harapan
engkaulah ubat.

KalaManusiAWhere stories live. Discover now