Matahari (49)

55 7 0
                                    

aku tahu,
Engkau tak pernah
tinggalkan aku sendirian.
kerana itu hadirkan matahari
sehari hari sebagai peneman.

bahangnya mengeringkan
tangisan semalam.
cahayanya membangunkan
jasad hari ini.
surianya mengaburi
rasa takut pada hari esok.

aku masih melangkah
walau perlahan,
terima kasih tuhan.

KalaManusiAΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα