Hukum Alam (18)

70 7 0
                                    

untuk menguatkan cinta,
kita memilih untuk memberi
sesuatu yang paling berharga.
kau pilih untuk serahkan hati,
kerana itu yang paling suci.
aku pula hanya beri masa,
kerana hati tak sedia
untuk akur pada wanita.

terlalu asyik bercinta
hingga lupa hukum alam;
teruna dan dara,
berjaya berpasang
tak semestinya bersatu.
akhirnya,
engkau terpaksa berkongsi hati
dengan lelaki selepas aku
dan aku tak bisa hentikan masa
untuk melupakan kamu.

KalaManusiAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin