Mahu Aku (1)

315 19 0
                                    

tuhan,
riwayat hidup ku tidak baqa.
jangan biar aku nyaman lena,
langsung leka dek dunia fana.

tuhan,
kejutkan aku dengan ujian.
tak mahu lagi mamai beralasan,
hidup sempurna penuh rahmat tuhan.

tuhan,
sedarkan aku sebelum terlambat.
celikkan mata dari mula hidup hingga penamat,
tak mahu aku mati lemas dibanjiri hujan rahmat.

tuhan,
izinkan aku beristirahat,
semalaman tidur sebagai manusia.
sebelum berjaga memerah kudrat,
sambil tak lupa diri ini hamba.

KalaManusiAWhere stories live. Discover now