Tanda Tanya (15)

91 5 0
                                    

tidur ku tak lena,
walau mata sudah di pejam.
tidur masih tak lena,
lampu sudah pun di padam.

sampai bila harus berlarutan?
menghidap insomnia tanpa alasan.
mungkin kerana kurang bicara,
jadi fikiran sesak dengan soalan
yang tiada jawapan.
atau mungkin kurang wajar,
mencari jawapan di dalam gelap
yang jumpa hanyalah tanda tanya.

jika salah itu ilusi,
bererti maaf itu solusi.
jadi kenapa
manusia melihat
dengan sebelah mata?

hingarkan yang salah
sehingga betul menjadi bisu.
menunding jari mencari pesalah
sehingga penyelesaian sesat terkudung.

patutlah aku kurang bicara,
rupanya sudah biasa menjadi bisu.
tak guna bersedih,
tangan ku kudung.
tak mampu kesat air mata.
cukup tuhan tahu segala.

KalaManusiAWhere stories live. Discover now