1 Hari (41)

40 7 0
                                    

1 hari,
engkau akan disayangi.
makan disuap,
tidur diteman,
tangis dipujuk,
arah diangguk.

1 hari,
engkau akan disenangi.
masa lapang dikongsi,
cerita bisa dicerita,
ramai kawan keliling,
saat jatuh diiring.

dan
1 hari,
engkau akan sedar
hari itu adalah kelmarin.
engkau akan dapati
bahawa semua ini
hanya untuk 1 hari.

1 hari pasti berakhir,
tiada langit sentiasa biru.
langsung teringat pesan ibu;
kalau hujan,
tadah airnya.
boleh diguna untuk basuh kasut sekolah.
yang akhirnya aku sedar
bahawa di setiap yang buruk
ada baiknya.

selamat hirup 21 tahun udara.
selamat hidup 1 tahun lagi.
terima kasih 1 hari.

4:34, 8 Feb 2021

KalaManusiAWhere stories live. Discover now