Episod 21: SUMPAHAN BAPA JIN

Start from the beginning
                                    

Lama juga aku, isteri dan anak-anak di dalam dusun. Tebas serta tebang pokok dan ranting yang merimbun dan menyangkul mana yang patut. Anak-anak bukan main seronok ketika berada di dusun, berlarian ke sana ke mari. Nampak belukar terus masuk bermain sorok-sorok dalam belukar pula.

Bila azan maghrib terdengar berkumandang di masjid terdekat, barulah aku berhenti buat kerja pembersihan dusun. Aku ajak isteri dan anak-anak balik segera ke rumah mentua di Alor Setar. Nanti terlepas solat maghrib pula.

"Ehh..mana Fann?" kataku bila tidak nampak wajah anak bungsu lelaki kami yang baru berusia setahun lebih itu.

"Tuuu.." tunjuk Fitt menunjuk ke arah Fan yang sedang menyorok di dalam belukar kecil di belakang kami. Aduhh...dah senja macam ni pun budak kecik tu masih sempat nak main sorok-sorok, bisik hatiku.

Sesampai kami di rumah mentua, semua anak berlumba-lumba turun kereta MPV. Hanya Fann masih di dalam kereta.

Aku mengangkat Fann dari kereta, meletakkannya di lantai porch kereta. Biasanya letak saja ke lantai, budak itu akan terpa masuk rumah. Tapi petang itu Fann enggan berjalan seperti biasa. Dia cuma terduduk di atas lantai porch dengan wajah tidak ceria.

Bila aku mengangkat dia untuk berdiri, ku lihat dia terjatuh duduk ke lantai porch balik. Eh, kenapa pula dengan budak ni, tidak mahu berjalan pula?

Aku dukung Fann masuk ke dalam rumah mentua dan letakkan dia di lantai rumah. Aku perhatikan Fann cuba berdiri. Tetapi setiap kali berdiri dia akan terjatuh semula ke lantai. Berkali-kali begitu.

"Immm", aku memanggil isteri yang sudah masuk dalam bilik untuk menyalin pakaian,"Mai tengok Fann sat. Apa jadi entah..dia tak boleh jalan pula!"

Isteri bergerak laju ke arah Fann. Tangannya cuba mengangkat Fann tetapi setiap kali cuba mengangkatnya untuk berdiri dia akan terjelepuk jatuh ke lantai balik. Seperti orang lumpuh!

Apa sudah jadi dengan Fann?

"Kaki dia kebas kot" teka bapa mentua. Bapa mentua memberi minyak angin kepadaku untuk disapu ke kaki Fann.

Selepas menyapu minyak angin, keadaan Fann masih sama - masih tidak boleh bangun. Aku sudah sedikit panik. Pelbagai andaian buruk berlegar di kepala.

Namun masuk saja waktu isyak Fann dapat bangun dan bergerak semula...Alhamdulillah!!

Esok pagi hingga ke petang semua berjalan seperti biasa. Fann seperti anak-anak seusia dengannya begitu lasak, berlari ke setiap penjuru rumah mentua. Bila lepas makan tengahari kami pergi supermarket beli beberapa keperluan asas, penat juga mengepungnya yang berlari ke sana sini dalam supermarket. Lincah dan lasak!

Tetapi beberapa minit selepas masuk waktu maghrib, sekali lagi kaki Fann menjadi seperti lumpuh. Seperti kelmarin kakinya tidak boleh digerakkan langsung. Seperti kelmarin tangan dan anggota tubuh lain normal, kecuali kaki tidak boleh digerakkan.

Disebabkan kaki tidak dapat digerakkan, kalau Fann hendak ke bilik air atau hendak ke dapur terpaksalah digendong sebab kakinya tidak dapat digerakkan sama sekali.

Tetapi seperti kelmarin, ia cuma kelumpuhan sementara. Bila saja masuk waktu isyak, kaki Fann pulih seperti sediakala.

Pelik! Penyakit apakah itu? Misteri apakah yang sedang melanda? Mengapa setiap kali antara waktu maghrib dan isyak kaki Fann lumpuh?

___________________________________

Esoknya aku berbincang dengan Im tentang penyakit Fann. Akhirnya aku dan isteri mengambil keputusan untuk membawa Fann ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Sudah dua hari begitu, takut pula hari ini berulang kembali kelumpuhan kakinya. Sebelum tiba ke peringkat kronik, biarlah dirawat awal. Mungkin doktor ada jawapan dan ubatnya.

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now