Hello readers !
Kali ini aku akan ceritakan mengenai rumah 'permanent' iaitu siapa main pintu tandas ? . Okay , bermulanya ketika Arwah bapa bil aku meninggal pada malam tersebut , kami ( aku , kakalong , mama) menziarah dan pulang dahulu . Bil ( kakalong) ini masih menunggu proses pengebumian bapanya pada malam itu .
Sampai sahaja rumah , kami pun terus membersihkan diri , ya kita kan baru balik melawat , aku takut kalau kena badi mayat . Seram .Describe bilik tidur adalah bilik C dan bilik D bersambung dengan satu tandas . Jadi kalau nak pergi salah satu bilik c atau d boleh tembus dari tandas . Malam itu , aku tidur dengan kakalong sementara menunggu bil balik sekitar jam 11pm . Lampu bilik Sudah dimatikan tapi kami masih bermain phone . Mama pula ada di bilik D , kami di bilik C .
Mulanya aku mendengar pintu tandas di bilik D ini berbunyi seperti mama keluar dari tandas , aku musykil kerana tidak mendengarkan sebarang bunyi air . Jadi aku hanya mendiamkan diri , bertambah pula lampu tandas tidak di buka . Selang beberapa saat bunyi yang sama . Aku kata kepada kakalong " mama kenapa? Tak boleh kunci tandas tu ke ?" . Kakalong pun mengiyakan . Kenapa aku bertanya ? Sebab kedudukan bilik D adalah lebih tinggi dari tandas dan bilik C . Agak sukar untuk dikunci dari arah bilik D . Selalunya memang mama akan susah nak kunci .
Jadi aku bangun dan berdiri menolak pintu tandas bilik C , niat untuk membantu mama dengan menolak pintu bilik D lebih rapat . Malangnya apabila aku menolak pintu tandas bilik C terlihatlah . Mama . Mama aku sedang nyenyak tidur di atas katil . Inalillah.
Cepat-cepat aku tutup pintu tandas bilik C dan baring . Jantung aku berdegup laju . Aku bertanya pada kakalong " Along , kenapa pintu bilik air mama buka tutup '
Kakalong menjawab " angin kot" sangat positif . Aku berkata lagi " Along , manada angin , tak pernah seumur hidup aku angin masuk laga pintu tandas ". Kakalong terus berkata " buka lampu bilik ! " . Pada saat itu , kakalong baru berfikir dengan jauh . Lagipun lepas aku tutup pintu tandas itu balik . Tiada langsung kedengaran pintu di buka tutup . Nampakkan ? Permainan benda ini? .Aku bersyukur sangat sebab Bil aku balik tepat masanya . Selang beberapa minit kejadian itu . Bil aku ini jenis powerful ! Hahaha . Boleh scan makhluk dan boleh bertutur . Actually Bil dan kakalong aku dahlama tak boleh tidur rumah ini sebab selalu ada gangguan .
Itu adalah pengalaman pertama kakalong diganggu bersama aku . Seumur hidup dia tak pernah kena . Huhuhu . Setakat sampai sini sahaja kawan-kawan .
Kalau anda suka Vote tau !
KAMU SEDANG MEMBACA
Hijab Safiyyah
Hororthis story is real and happened to me . So level seram adalah berbeza . If korang tak percaya sokayy ! saya tak kecil hati . Kepada sahabat serta keluarga disamping , terima kasih mencipta kenangan bersama . Yang Terlibat : Safiyyah Mama Abah Kaka...