Bang solat Jumaat ke ?

15 4 0
                                    

Hai guys ! .

1 hari lagi untuk aku habiskan pratikal di firma ini selama 21 minggu . Berjaya sis ! . Dimana aku berada di situ ada golongan mereka ini . Tak bermaksud masuk -masuk pratikal terus nampak . Dekat dengan bulan yang aku nak habis ini hahh muncul mereka .

Si jubah tak pergi solat?

Masa kejadian , staf lelaki semua pergi masjid untuk solat jumaat . Tinggal lah kami yang perempuan . Ada yang tengah masak kat pantri untuk santapan tengahari bersama . Aku dan budak intern yang terselit kat belakang gambar ni mereputkan diri di meja masing-masing (sertakan gambar ) .

Masa itu aku menghadap laptop sebelah aku cermin tingkap yang boleh nampak bawah . Nak dijadikan cerita , aku ini jenis suka pandang kalau ada orang naik tangga ia adalah satu tabiat . Aku toleh banyak kali nampak ada susuk tubuh orang tengah naik tangga . Sampaikan aku rimas sebab tak ada orang pun sebenarnya naik tangga . Selang beberapa minit aku tergerak hati nak menoleh ke cermin itu .

Astagfirullah , aku nampak ! Benda ini tengah naik tangga dan terus hilang . Kepala otak dia ! Aku tahu itu benda yang sepatutnya aku tak payah pandang . Aku describe sikit ah . Benda itu lelaki , berjubah putih dan bersongkok .

Aku ini jenis akan cari kepastian . Kesilapan mata ke apa . Jadi lepas staf lelaki balik , aku tengok sorang - sorang nak pastikan ada yang pakai jubah putih ke harini . Tiada kawan-kawan .

Lagipun ini bukan first time aku nampak . Sudah 3kali tapi 2kali itu masa ada staf lelaki dan 1 kali itu yang aku ceritakan kat atas .

Gambar yang aku sertakan juga ini  ketika staf lelaki tiada dan benda itu muncul .

Takpa lah ini adalah usikan manja . Aku okay selagi tak ikut aku balik . Huhuhu

 Huhuhu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hijab SafiyyahWhere stories live. Discover now