Beth mengetap bibir mendengar jawapan seakan terkena pada dirinya itu. Di dalam hati aku, bertempuk tangan mendengar balasan tadi.

Itulah Claire. Dia memang biadab tapi dia hanya biadab pada orang yang tidak menghormatinya sahaja.

Memang nasib Beth lah cari masalah dengan Claire. Kalau Eva boleh berundur bila bertemu Claire apatah lagi nasib si Beth ini.

"Sekarang mana lagi korang nak pergi?" Soal Claire memandang 2 orang rakan Beth.

Beth memberi jelingan kepada Claire. Sudah tahu dia tidak suka akan Claire.

"Kami nak pergi bangunan kelas pelajar," jawab salah seorang dari mereka.

Claire memandang ke arah aku lalu menunjukkan isyarat untuk memulakan perjalanan. Aku yang memahami isyarat itu terus membuka langkah pergi dari situ.

Dalam beberapa minit sahaja kami berlima sudah tiba di hadapan bangunan kelas. Kelihatan sunyi sahaja kawasan ini.

Mungkin sebab sekarang adalah sesi petang dan semua pelajar biasanya ada di bilik latihan atau bangunan khas untuk kelas muzik.

"Kenapa ini senyap? Tak kan tak ada belajar waktu ni," Beth sekali lagi mencari masalah.

"Sekarang ni sesi petang. Memanglah kawasan ni kosong. Semua ada dekat bangunan muzik," balas aku.

"Kalau macam tu apa guna datang sini. Bawalah kami pergi ke bangunan muzik kau tu," aku dengan hati yang panas hanya boleh bersabar dengan sikap perempuan ini.

Mata aku memandang ke arah Claire. Mukanya memang sudau tidak dapat tahan dengan Beth lagi. Mesti dia sudah perasan bahawa Beth ini tidak jauh beza dengan Eva. Malah Eva lebih bagus darinya.

Kaki aku melangkah pergi dari bangunan ini menuju ke bangunan tempat pembelajaran muzik dilakukan.

Bangunan untuk sesi pagi dan sesi petang dipisahkan kerana faktor bagunan tersebut. Sekiranya kami mahu memainkan muzik, kami mesti guna bangunan yang kedap bunyi supaya tidak terlalu bising.

Apatah lagi untuk violin, memang kami amat memerlukan bangunan kedap bunyi.

Kami berlima memasuki satu bangunan yang dapat kedenganran sedikit permainan muzik dari dalamnya.

"Ini bangunan muzik kami. Setiap course muzik yang diambil ada kelas mereka tersendiri dan bilik latihan yang tersedia," terang aku.

Kawan-kawan Beth sibuk mencatat sesuatu sedangkan Beth hanya memandang sekeliling bangunan ini dengan muka tidak puas hatinya. Masih lagi nak cari masalah ke?

Kaki aku melangkah menuju ke kelas tempat para adik kelas yang sama jurusan dengan aku berada.

Dapat kedengaran alunan violin dimainkan dari koridor ini. Mata aku memandang ke saru kelas yang terdapat tidak kurang 10 orang pelajar di dalamnya.

Semua mereka itu sibuk berlatih violin mereka. Melihat keadaan ini, mungkin mereka ini adalah kumpulan yang sukarela membuat persembahan di festival nanti.

Aku dapat lihat kawan-kawan Beth terpegun melihat keadaan latihan muzik ini. Mesti mereka baru tahu cara pembelajaran sekolah ini.

Memang sekolah ini lain dari sekolah biasa seperti mereka namun sekolah ini tetap pentingkan pembelajaran asas.

"Eh, kakak Rechel! Apa kakak buat sini?" Tiba satu suara menegur aku.

Aku menoleh dan melihat salah seorang adik kelas yang amat aku kenali. Satu senyuman aku bagi kepada.

"Kakak nak tunjuk kawasan ni pada pelawat ni jer," mata aku menoleh sedikit ke arah Beth yang sibuk melihat latihan di dalam bilik ini.

Budak perempuan yang menanyakan kepada aku tadi mengangguk. Mata melihat ke arah Beth.

Silent Melody [✔️]Место, где живут истории. Откройте их для себя