Bab 14

2.3K 71 10
                                    

PEMBUKAAN CAFE MILIK FARIS RIAN

Faris tersenyum ke arah semua pekerja yang giat dengan pembinaan cafenya itu. Alhamdulillah dia dapat mendirikan cafe disebuah lapangan yang cukup luas dan berada tidak jauh dari sekolahnya.

Boleh dikatakan yang cafenya itu berada disebelah shopping mall. Cukup strategik right? Nanti mesti yang para shopaholic itu akan singgah ke cafe sebab penat seharian berbelanja.

Kan? Hah gituewh!

"Jadi saya nak lepas saja siap,awak ambil semua perabot yang saya dah pilih dalam sini," arah Faris.

Dia menyerahkan sebuah buku perabot yang telah siap dia tandai itu. Semuanya sudah siap dia bayar. Tinggal menunggu siap pembangunan cafenya kemudian barulah dibawa masuk perabot itu semua.

Senang kerja right ?

"Jadi macam mana tapak pembinaan tadi?Okey?" tanya Pn.Rati.

Faris memberikan senyuman.

"Okey je mummy.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," kata Faris.

"Jadi bilanya kamu nak siapkan majlis nikah tu?" tanya Pn.Rati.

"Eem mummy boleh tak tolong Faris pasal ni?Sebab Ris tak tahu sangat pasal benda cenggini," kata Faris sambil tersengih.

"Hmm iyelah,nanti kamu bagi saja nombor telefon Tija dekat mummy.Pandailah mummy uruskan semua tu okey?"

Faris tersenyum lalu memeluk erat tubuh sang ibu. "Thanks mummy," ucapnya.

Pn.Rati tersenyum kemudian membalas kembali dakapan Faris. Faris ni nampak saja macam matang tapi bila dengan orang yang tersayang, jadi manja tak bertempat. Kadang geram pun ada.

* * *

THE OPENING CEREMONY OF THE NEW CAFE!

Faris menapak masuk ke dalam cafe yang sudah siap lengkap dengan perabot serta dekorasinya sekali. Dia tersenyum girang melihat hasil kerja orang yang diupahnya itu.

Alhamdulillah puas di mata memandang, puas juga di dalam hati. Gituech!

Dia berjalan ke arah 10 orang pekerja upahannya itu. Dia memberikan senyuman. 10 sampul putih yang kelihatan tebal itu dia keluarkan dari sebuah beg kecil.

"Ini adalah gaji untuk kamu semua.Terima kasih atas kerja kamu semua. Saya memang puas hati" ucap Faris dengan senang hati.

Diserahkan sampul putih itu ke sepuluh orang itu. "Terima kasih bos," ucap mereka serentak.

Kerana gembira yang teramat mereka terus membuka sampul itu dan mengira isi didalamnya. Terkejut beruk mereka lihat. Bukan setakat duit saja ada, sekali dengan cek juga ada!

"Eh bos salah bagi ni," kata salah seorang para pekerja itu.

Faris menoleh ke arah lelaki itu.

"Salah?Kenapa pula macamtu?" tanya Faris.

"Iyalah sebab dalam sampul ni ada cek,ada lagi duit.Kan bos cakap haritu bos nak bagi gaji kami ikut harga bayaran," kata si lelaki itu.

Faris tersenyum kemudian tertawa kecil.

"Kalau ikutkan gaji kamu sebenar hanya RM15ribu seorang.Tapi bila saya tengok kamu semua ini bagus dalam bekerja saya rasa kamu patut dapat lebih daripada 15ribu itu."

Tergamam mereka semua. "Bos pasti ke?" tanyanya lagi.

"Ya saya sangat pasti. Lagipun saya sangat puas hati dengan kerja kamu," kata Faris memuji mereka.

"Tak payah risaulah,ambil saja.Yang lebih itu anggap saja bonus," kata Faris.

Dia kemudian menepuk bahu lelaki itu dan terus beredar dari sana.

"Otak bos tu betul ke tidak?"

"Entahlah.Aku pun rasa macam tak betul.Selama ini kita dapat memang 15ribu,tapi..."

"Alah tak payah fikir banyak.Kita ambil saja.Anggap je bonus buat kita hahah."

"Tapi banyak sangatlah.Dahlah dalam cek tu ada 250ribu,ditambah lagi dengan duit ini ada 10keping RM100."

"Alah biar je.Bersyukur sikitlah."

"Dahlah,lebih baik kita pulang.Aku dah tak sabar nak belanja anak bini aku ni."

"Aku pun sama.Dah lama juga bini aku nakkan emas,alhamdulillah boleh juga aku bagi hadiah emas."

"Hah yelah yelah,dah jom jalan."

* * *

Faris melabuhkan punggung dikerusi bilik khas buatnya itu. Dia tersenyum puas. Alhamdulillah, sekarang dia boleh mulakan bisnes. Tapi pertama sekali dia perlu ada partner.

Dan orang itu adalah, Zakri.

Faris menekan butang call itu pada nombor Zakri.

Calling Zakri

Zakri : Ya assalamualaikum bro. Apahal?

Faris : Waalaikumsalam...Weh, kau busy tak?

Zakri : Tak juga. Kenapa?

Faris : Hah cantek! Nanti aku send location dekat kau. Kau datang cepa tau!

Zakri : Hmm yela yela.

Tut. End call.

Faris menghantar lokasi kepada Zakri. Done!

* * *

"Wah?Kau nak aku jadi partner bisnes kau?Kat cafe baru kau ni?Kau biar betul?" tanya Zakri.

"Heheh,iya.Bolehlah," pinta Faris.

Dia mahu sangat Zakri menjadi teman bisnesnya. Nanti pekerja di cafe dia boleh cari sendiri. Lagipun senang saja.

"...bolehlah eh?" kata Faris masih memujuk Zakri.

"Hmm iyalah.Memandangkan aku takde buat apa-apa masa cuti ni,baiklah aku tolong kau berniaga " kata Zakri.

Iyalah tengah cuti juga kan? Nanti bolehlah dia mengajak si Suraya itu kerja juga. Daripada mereka asyik berkurung dalam rumah, tak guna juga.

* * *

"Suraya,kau kerja dekat cafe Faris eh," kata Zakri. Suraya terus menoleh ke arah Zakri.

"Kerja dekat cafe Faris?"

"Iya.Tak juga kau boring kan asyik duduk rumah.Lagipun Faris dah cakap kat aku yang dia nak ambil kau jadi pekerja tetap disana," terang Zakri.

Suraya mengangguk faham. Dia tak boleh membantah kerana dia sangat terhutang budi dengan Zakri. Itu pasallah apa saja yang Zakri mengarahnya, dia ikutkan saja. Dengan itu sajalah dia mampu nak membayar budi Zakri.

...bersambung

(√) edited*

MAKCIK KANTIN TU AKU PUNYA! ✅️Where stories live. Discover now