Bab 1

12.4K 148 18
                                    

Faris Rian merupakan anak kacukan Belanda Melayu namun dia lebih fasih berbicara Melayu kerana sering menghabiskan masa dengan sang ibu yang sememangnya berasal daripada Malaysia.

England.

Faris Rian ini berumur 16 tahun dan ini adalah tahun terakhir dia di SMKE ini. Dia menghelakan nafas panjang. Baru saja 2 tahun berada di situ sudah mahu berpindah lagi.

Ya, Faris sering berpindah sekolah kerana ayahnya 'Mr John' perlu menguruskan syarikat-syarikat milik keluarganya. Bukan satu dua buah tau syarikat dia. Boleh dikatakan hampir diseluruh dunia ada syarikatnya.

Kerana syarikat yang agak berkembang luas dan besar, setiap satu syarikatnya memerlukan sebanyak 50 orang pekerja. Namun gajinya jangan dibuat main sayang!

Yang kerja sekadar pembersih saja pun sudah dapat lebih dari RM1000. Untung perempuan yang dapat jadi isteri Faris Rian ini. Sudahlah anak tunggal lagi, kaya ditambah pula kacak. Memang perfect segalanya!

   "Faris, sini kejap sayang," panggil ibunya Puan Rati. Puan Rati ni takdalah berharta macam suami dia Mr John itu. Untung juga dia sebab Mr John ni anak tunggal juga.

Faris mengorak langkah ke arah sang ibu yang berada di sofa itu, sedang ralit mengait.

"Yes, mummy?" jawabnya.

Puan Rati menoleh ke arah Faris kemudian satu senyuman lebar dia berikan kepada Faris.

"Kamu dah siap-siapkan baju?" tanya ibunya.
Ya besok merupakan penerbangan Faris ke Malaysia. Ibunya yang membawanya ke sana, lagipun sudah lama ibunya tak pulang Malaysia.

Tak lagi dia dapat merasa pelukkan dari sang ibunya itu. Terakhir Puan Rati berjumpa keluarganya pun 12 tahun lalu.

Faris mengukir sebuah senyuman manis.

"Sudah, mummy. Awal lagi. Oh ya, daddy memang tak ikut ke balik Malaysia?"

Puan Rati melepaskan keluhan kecil.

"Faris tahukan kerja daddy macam mana? Takpalah kali ini daddy tak dapat balik, nanti ada masa boleh aje daddy ikut balik," kata Puan Rati sambil menayangkan senyuman tipisnya.

Sebenarnya dia memang mahu membawa suaminya itu turut sama pulang dengannya ke Malaysia tapi kerana pekerjaan yang berlambak membuatkan hasratnya terhenti.

Dia faham akan pekerjaan suaminya itu kerna itu dia tak memaksa. Lagipun bila-bila masa saja dia boleh ke Malaysia, kan kaya?

Telefon berjenama Samsung itu dikeluarkan dari poket seluarnya. Nama kawannya 'Damien' itu ditekan pada ruang chatnya itu.

chat.

Rian: yo man!

Damien: hell bruh?

Rian: HAHAH! how r u bruh?

Damien: im good. well,im kinda miss u bruh!

Rian: euw. gross!

Damien: yea surely it is. but i really miss u bruh. now i dont have any prend. thx to u!

Rian: ur too much! i know u hve a lot of prend duh.

Damien: HAHAHA! well,theyre not same as u ma man!

Rian: HAHAHA!

Damien: sorry i dont follow u to d airport bruh.

Rian: nevermind bruh,fine for me!

Damien: then,have a safe trip Rian!

Rian: thx

end chat.

Faris tersenyum sendiri. Ya dimana dia bersekolah pasti orang akan memanggilnya Rian. Mungkin nama tu nampak lagi macho dari Faris barangkali. Yang memanggilnya Faris hanyalah ibunya seorang saja.

Dan kerana itu dia meletakkan nama 'Faris' paling atas, special seat punya. Jadi hanya orang yang istimewa sajalah yang akan dia biarkan orang memanggilnya dengan nama Faris itu. Yang tak special p mampuih. 

   Tempat duduk VIP itu sengaja dikosongkan kerana seluruh ruangan itu telah ditempah khas untuk Puan Rati dan Faris sahaja. Jadi kepada vip yang lainnya dibuang ke ruangan biasa punya.

Tak apalah, penumpang semua pun bukan kisah. Yang mereka kisahkan adalah mereka mendarat dan sampai ke tujuan mereka. Itu paling utama!

   "Assalamualaikum," ucap Puan Rati diluar rumah yang agak usang namun masih kukuh berdiri itu.

"Waalaikumsalam," balas seseorang dari dalam.

"Ehh, akak!" jerit adik kepada Puan Rati itu, Niah. Dia terus mendakap erat tubuh sang kakaknya itu. Mata terus berair kerana terlalu gembira.

"Ya Allah, Niah...." ucap Puan Rati menahan tangisnya itu.

"Wah, mak tak sangka korang dah berlakon drama sekarang kan?" ucap si nenek tua dari pintu rumah itu, Nek Wan.

Tak semena-mena meletus tawa si Faris. Dia mengerti akan sindiran dari sang nenek itu. Siapa suruh buat drama tengah malam buta macamni kan?

"Alah, mak ni kan. Orang terharu ni jumpa dengan orang oversea...huhu," ucap Niah sambil tangannya mengelap air mata.

"Haih, dah. Cepat masuk. Kasihan cucu aku menunggu tu," kata Nek Wan.

Faris tersenyum. Heheh, walaupun jarang berjumpa dengan neneknya, namun sang nenek sangat mengecam akan wajah sang cucu. Iyalah, terima kasih kepada google meet dan video call whatsapp. aiseh!

Kopi dihidang kepada Puan Rati dan Faris

"Rian minum kopi juga kan?" tanya Aunty Niah itu.

Faris hanya mengangguk dan melemparkan senyuman. Tangannya mulai mencapai gelas yang berisi air kopi pekat itu.

"Ehem, akak akak... ole-ole dari England takde ke?" tanya Niah.

Satu cubitan hinggap dilengan Niah. Kan padan muka. Orang baru balik dia sibuk tanya pasal ole-ole.

"Mengada betul kau ni Niah," kata Nek Wan.

"Alah, mak ni... orang saja ja nak gurau-gurau. Hehhe."

Puan Rati tertawa kecil.

"Ada lah, Niah. Apa pula tak adanya," Puan Rati membuka bagasinya lalu diambilnya sebuah kotak bersaiz agak sederhana dan diserahkannya kepada Niah yang sudah tersengih-sengih itu.

"Aik? Untuk Niah je ke? Mak punya takda kah?" tanya Nek wan sedikit hampa.

"Ish, ada lah, mak! Apa pula tak adanya. Ni hah." Puan Rati memberikan sebuah kotak yang saiznya agak besar daripada Niah punya itu. Niah ternganga.

"Ish, mana aci mak punya lagi besar!" kata Niah tidak berpuas hati. Hadehlah perangai macam budak-budak, padahal umur dah 30 tahun.

Satu cubitan hinggap lagi di lengan Niah.

"Kau ni, cuba bersyukur sikit...haih," kata Nek wan.

Terus berubah riak wajah si Niah. Diam terus, siapa suruh dia. Salah dia juga kan? Nak mengada nak lagi besar kotak kenapa?

Nek Wan kemudian memandang ke arah Faris yang hanya ikut tertawa itu.

"Si Faris ni dah darjah berapa?" tanya Nek wan membuatkan Faris semakin tertawa.

"Apa pula darjah nek? Dah tingkatan dah!" katanya masih tak lekang tawanya itu.

"Ohh tingkatan...haih maaflah, nenek tak tahu. Al maklumlahkan dah tua."

Faris dan yang lain hanya tertawa kecil. Haih meriahnya kalau ada adik beradik. Kadang bosan juga dik kalau jadi anak tunggal ni, semua pun jadi sendirian.

...bersambung

(√) edited*

MAKCIK KANTIN TU AKU PUNYA! ✅️Where stories live. Discover now