Bab 3

5.4K 107 21
                                    

SMKJ

Faris memandang bangunan yang gah itu dari bawah sampai ke atas. Sekolah menengah di Malaysia cukup berbeza dengan sekolahnya sebelum ini yang di luar negara sana.

Kalau sekolahnya sebelum ini memang terlihat mewah binaannya tapi sekolah di sini tak semewah mana namun itu tidaklah menjadi masalah untuk belajar kan?

Langkah kanan dimulai menapak masuk kedalam bangunan itu. Dia membawa dirinya ke bilik guru untuk menyerahkan dokumen dirinya yang menyatakan dia adalah murid yang baru pindah ke sana.

Seorang guru yang agak berisi badannya itu memeriksa dokumen diri Faris. Dia kemudian memandang ke arah Faris. Cukup mempersona. Ya wajarlah kerana wajahnya yang tampan, pasti yang lihatnya akan terpesona.

Maklumlah dia kan kacukan, kalau sudah bapanya dulu hensem ditambah lagi dengan ibunya yang cantik nah berseri-serilah kecantikkan + ketampanan yang diturunkan kepadanya.

"Can you speak malay?" tanya Cikgu Pisa.

Faris memberikan senyuman lebar.

"Semestinya boleh cikgu," jawabnya cukup teratur ayat serta bahasanya membuatkan cikgu itu terpesona lagi sekali.

Tidak cukup dengan wajah yang mempersona, suara juga turut mempersona? Habislah gadis-gadis di sini gila terhadap dirinya.

"Baiklah, kamu ikut saya," kata Cikgu Pisa. Dia mengambil beg tangannya serta beberapa buku yang telah siap dia tanda itu. Dibawa Faris ke kelas, CLASS 2 FORM 5.

Sebaik sahaja Cikgu Pisa masuk kedalam kelas, semua murid berdiri untuk mengucapkan selamat sejahtera padanya.

"Hah, baiklah kelas. Kita ada murid baru ya. Jadi saya nak kamu semua beri tunjuk ajar pada dia," terang cikgu.

Dia kemudian memberikan signal kepada Faris untuk memperkenalkan dirinya. Faris mengangguk lalu menoleh ke hadapan para pelajar yang sudah menunggu untuk dia memperkenalkan diri itu.

"First of all, hai dan assalamualaikum. Nama saya Faris Rian. Boleh panggil Rian." Faris menayangkan barisan giginya yang putih mulus itu ke arah mereka semua. Salam perkenalan yang cukup marvellous!

Mata para pelajar perempuan sudah bersinar-sinar, bidadara mana turun ke sekolah ini weh? Hensemnya! Ya itulah yang dikatakan jauh dalam sudut hati mereka.

Biasalah perempuan kalau nampak lelaki hensem kemain lagi HAHAH! Tak gituh?

"Okey Rian, kamu boleh duduk disebelah sana." Cikgu menunjuk ke arah kerusi yang paling belakang itu.

Jadi setiap orang akan berpasangan duduknya, untung siapa yang duduk disebelah Faris Rian.

"Baiklah. Saya nak kamu semua buka buku teks muka surat 42. Mia, kamu pinjamkan dulu buku teks kamu dekat Rian."

Mia mengangguk kemudian dia menoleh dan memberikan buku teksnya itu kepada Faris. Faris memberikan senyuman kemudian mengucapkan terima kasih.

Terus merona merah wajah si Mia, pergh tak tahan bhai kena bagi senyum je auto mati weh!

Selesai saja dengan 3 mata pelajaran pada awal kelas, Faris menghela nafas lega. Dia tak pernah sefokus ini waktu sekolah dulu, iyalah di sekolah selalu akan ada saja orang yang bising, jadi sukar untuk dia fokus.

Lain di sini, semuanya fokus dengan pelajaran. Adakah mereka memang benar fokus kerana tahun ini SPM ataupun takut dengan guru ya? Lagipun nampak semua guru macam garang saja.

Faris kemudian menoleh ke arah meja kosong disebelahnya. Baru dia perasan yang dia seorang saja yang duduk disini tanpa teman , yang lain semua ada pasangannya. Adakah orang yang disebelahnya tidak hadir?

Mia mengetuk perlahan meja Faris. Faris terus menoleh ke arah Mia.

"Ya?" tanya Faris. Mia tersengih sebelum memula pembicaraannya.

"A.... awak tak nak rehat?" tanyanya. Faris tersenyum dan menggeleng.

Faris memang jenis yang tak makan waktu tengah hari, dia jenis yang makan pagi dan malam saja. Bukan diet tapi memang itulah diri dia. Kalau dirumah lainlah, sepanjang hari memang mencekik aje kerjanya.

"Tak nak pesan apa-apa? Saya boleh tolong belikan," kata Mia lagi. Amboi, kemain lagi siap nak tolong bagai ye?

"Hah, tak payah nak volunteer diri sangat. Kau pergi je rehat. Amboi, kalau aku kemain kau tolak ye?" sampuk Zakri dari belakang.

Mia mencebik, dia menjeling tajam ke arah Zakri yang tersenyum sinis itu. Terus dia menapak keluar dari kelas. Padan muka, siapa suruh gedik sangat?

"Eh, kau Zakri?" Zakri tersenyum ke arah Faris. Dia kemudian melabuhkan punggung dikerusi sebelah Faris itu.

"Ya akulah," balasnya.

"Tak sangka kau dengan aku sama kelas," kata Faris tertawa kecil.

"Aku pun tak sangka,ini pun nasiblah aku sempat masuk kelas kalau tidak habislah kau kena goda kan?" perli Zakri.

Faris tertawa kecil. "Oh ya,kau dari mana? kenapa aku tak nampak kau tadi?"

"Aku ada tugas dekat perpustakaan. Itulah pasal lambat masuk. Lagipun aku sorang je bertugas dekat perpustakaan tu. Yang lain semua dah tarik diri," terang Zakri.

Dia menghembuskan nafas panjang. Memang tiada yang mahu bertugas di perpustakaan sebab bosan. Tiada apa yang boleh dibuat selain memerhati buku saja.

Iya yang fikiran cetek memang begitu, Zakri ni top-student, mana dia mahu lepaskan peluang tidak ke perpustakaan. Kerana di dalam perpustakaanlah dia banyak mendapat ilmu, lebih daripada belajar dikelas.

Itu konsep dirinya, lainlah kita kan? Baru buka buku dah mengantuk, apalagi kalau sepanjang hari tengok buku? Boleh mati sel otak waduh!

"Memang tak ada orang lain nak bertugas sana?" tanya Faris.

Zakri menggeleng. Mana ada yang nak volunteer, kalau ada pun mesti kena paksa itupun kalaulah diorang nak pergi.

"Ah, eloklah tu. Amu kira-kira boleh masuk bertugas sana kan?" tanya Faris.

Dia pun sebenarnya ulat buku sama macam Zakri. Memang suka kalau bab buku, sebab itulah selalu sangat dapat piala, sijil dan medal sebagai top-student berturut-turut setiap tahun tau!

Kau hado? HAHHA!

Zakri tersenyum. Bagus juga kalau Faris mahu bertugas disana, tidaklah dia kesepian selalu kalau bertugas.

"Boleh, boleh. Nanti aku ambilkan borang untuk kau isi. Jangan kau tarik diri pula nanti tau," kata Zakri melawak.

Faris tertawa mendengarnya. Mana mungkin dia akan menarik diri. Namanya juga ulat buku kan? Tak mungkin dia mahu menjauh daripada buku-bukuan.

Zakri membawa Faris ke perpustakaan yang terletak dihujung bangunan. Tidak jauh dengan jarak kantin, bersebelahan saja. Jadi senanglah mereka mahu makan nanti kalau bertugas lama di sana.

Bukan begitu? HEHEH.

Mata Faris melilau ke seluruh ruangan perpustakaan itu. Patutlah diorang tak minat nak ke sini. Bukan sebab pemandangan buku tapi sebab perpustakaan ni nampak macam dah lama, gelap pula itu pasallah jadi seram gini.

Haih, memanglah orang takut nak bertugas kalau macamni. Barangkali mereka selalu nampak 'benda itu' tidak? HAHAHA.

...bersambung

(√) edited*

MAKCIK KANTIN TU AKU PUNYA! ✅️Where stories live. Discover now