Encik Shawn terdiam seketika. Dia tidak sangka semua ini akak berlaku pada majlis makan malam ini.

Pada awalnya dia memang mahu menolong anak perempuan apabila wanita tadi menyebut nama isterinya. Namun tanpa dia jangka, Rechel bertindak terlebih dahulu.

Dia terkejut juga apabila Rechel meninggikan suaranya melawan wanita tadi. Baginya itulah kali pertama dia melihat anak perempuannya menunjukkan ekspresi marah terhadap orang lain.

"Budak tu masih tak makan pun makanan dia," ujar Cruz melihat pinggan Rechel yang seperti masih belum disentuh itu.

"Tu ke yang patut kau risau sekarang ni," abangnya, Arshen berkata.

Mata Cruz memandang ke arah gelas kaca yang sudah pecah akibat Rechel tadi. Dia mengetap bibirnya seperti ingin mengatakan sesuatu namun dia menahannya.

"Kau tak rasa Rechel semakin berubah ke sekarang?" Arshen bertanya.

Semua terdiam memandang meja ini. Hanya mereka bertiga sahaja tinggal di sana. Semua tetamu tadi sudah balik dengan marahnya atas perbuatan Rechel.

Tetapi mereka bertiga tidak marah kerana mereka juga memang bersabar mendengar kutukkan tadi. Jadi kepulangan mereka memang menenangkan hati keluarga itu.

"Tadi dia kata dia akan balas apa yang aunty Melinda tu dah buat. Tapi apa yang aunty dah buat?" Nama wanita tadi disebut.

"Mungkin dia nak balas apa yang aunty tu selalu kutuk dia," teka Arshen.

"Kalau tu betul tak apa, tapi kalau tu bukan, mungkin dia akan dalam bahaya." Cruz berfikir sejenak.

"Siapa? Rechel?"

"Tak! Aunty Melinda."

Semua di meja itu terkejut. Kenapa pula wanita itu dalam bahaya? Sedang dia tahu Rechel lemah lagi dari wanita tadi.

"Kenapa kamu cakap macam tu?" Soal encik Shawn.

"Cruz tak tahu tapi Cruz dapat lihat dia macam orang lain tadi. Macam ada benda yang dia sorokkan."

Semua mata memandang ke tempat duduk Rechel tadi. Mata mereka dikecilkan.

Di dalam hati Cruz tidak tahu kenapa kuat mengatakan bahawa akan ada sesuatu berbahaya akan berlaku kepada gadis itu.

"Finn, tolong cari maklumat pasal Rechel di sekolah," pinta encik Shawn.

Finn mengangguk mengerti akan arahan itu.

.
.
.
.
.

Bam!

Aku menghempas pintu bilik aku. Badan ini dihempas ke katil yang berada di hadapan aku.

Sungguh diri ini terasa marah dan sedih. Aku menanggis dalam kesakitan ini. Memang aku sudah terlalu lama menahan semua ini.

Kalau diberi peluang untuk tidak dilahirkan di dunia ini sudah lama aku pinta. Hidup aku terlalu sengsara.

Aku tidak mahu begini. Tolonglah! Siapa sahaja hentikan semua ini.

Luka yang terukir di hati ini sudah terlalu menyakitkan. Aku mahu hentikan semua ini sekarang.

Tidak sanggup aku hidup begini. Hanya disebabkan satu kesalahan yang tidak pasti penyebabnya aku dibenci, dicaci-maki, difitnah dan dikutuk oleh semua orang.

Kenapa aku harus hidup di dunia yang sungguh kejam ini. Adakah ibu aku menginginkan semua ini terjadi pada aku?

Aku menanggis sekuat hati aku. Hari ini memang menambah luka aku. Luka ini mungkin sukar untuk disembuhkan.

Badan aku diangkat lalu aku menuju ke arah meja belajar aku. Satu kotak yang amat aku kenali di ambil dan dibuka.

Pisau pemotong kertas di ambil aku dari kotak tersebut. Lengan baju aku ditarik lalu aku tujulan pisau itu ke arah lengan aku.

Otak aku sekarang tidak dapat menghentikan perbuatan ini. Aku terlalu menderita menghadapi semua ini.

Jadi biarlah aku cuba menghilangkan semua kesengsaraan aku ini walaupun sekajap.

Pisau tadi diangkat lalu dihayunkan kuat ke lengan ini. Sekelip mata kulit aku terbelah dan darah mengalir.

Sakit?

Tidak terasa kerana aku sudah terlalu biasa. Biasa menahan luka yang sangat menyakitkan.

Rechel janganlah buat benda tu lagi!! 😭😭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rechel janganlah buat benda tu lagi!! 😭😭

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now