Violin tadi disimpan oleh aku ke dalam beg semula bersama buku not tadi.

Aku merenggangkan sedikit tangan aku yang berasa penat bermaij violin tadi. 2 jam tak berhenti sapa tak penat.

Jari aku ni pun rasa macam nak luka sahaja kulitnya kerana menekan string violin tadi. Memang betul kata Claire tadi bahawa aku akan penat jari selepas belajar lagu ini.

"Kau tengok apa tu?" Tanya aku apabila melihat Claire memandang ke bawah bangunan ini.

"Aku baru tahu dekat sini ada tasik ya."

"Kau tak pernah tengok ke?"

Dia menggelengkan kepalanya. Mata gadis itu tetap memandang tasik yang sederhana besar itu.

"Nak jalan-jalan sana tak?" Soal aku. Melihat Claire yang kelihatan tertarik akan tasik itu membuat aku ingin membawanya ke sana.

Muka Claire seperti berfikir seketika dan setelah beberapa minit dia pun setuju. Kami berdua keluar dari tempat itu lalu terus menuju ke tasik tersebut.

Dengan keadaan musim luruh sekarang, kawasan tasik ini kelihatan sungguh cantik. Apatah lagi dengan hiasan pokok yang daunnya sudah berubah warna.

Kami berdua berjalan mengelilingi tasik tersebut. Dapat aku lihat ekspresi Claire yang kelihatan tenang melihat tempat ini. Mesti dia amat menyukai tempat ini.

Setelah berjalan dalam masa yang agak lama, kami berdua mengambil satu bangku yang terletak berdekatan dengan tasik ini.

Angin yang sepoi-sepoi bahasa menyerang diri ini. Terasa sejuk tetapi amat menyegarkan.

"Claire, aku nak tanya kau sesuatu boleh tak? Kalau kau tak nak jawab pun tak apa."

"Tanyalah."

Aku menarik nafas aku. Aku mesti bersedia menanya soalan ini. Mungkin Claire ada jawapan untuk soalan ini kerana aku dapat rasakan Claire dan aku adalah dua insan yang sama disakiti oleh keluarga sendiri.

"Apa perasaan kau lepas kena buang oleh keluarga kau sendiri."

Claire kelihatan tersentak sekejap. Mesti aku tanya soalan sensitif ni. Habislah aku lepas ni.

"Kalau kau tak nak jawab pun tak-"

"Sedih dan marah."

Terkejut aku apabila Claire menjawab soalan aku. Maknanya aku tak salah tanyalahkan.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Kau tahu kan yang aku ni ada myalgia." Aku mengangguk kepala. Ingat lagi aku bahawa dahulu pernah mengatakan pasal sakit itu.

"Sebenarnya sebelum aku main violin, aku ni pandai main piano. Tapi sejak aku ada sakit itu, aku sudah tidak dapat main piano lagi. Dan sejak itu keluarga aku mula tak suka dengan aku. Sampaikan ibu tiri aku sanggup hasut bapa aku untuk buang aku. Aku cuba cakap perkara sebenar tapi dia tidak percaya. Lepas aku kena buang, aku mula faham bahawa mereka bukan mahukan aku hidup di dunia ini tapi mereka hanya mahukan kebolehan yang aku ada. Tanpa kebolehan itu aku ni umpama anak patung yang sudah rosak sahaja."

Aku dapat rasakan perasaan Claire pada waktu itu. Siapa sahaja tidak sedih dan marah apabila dilayan oleh keluarganya seperti itu.

Mesti dia sudah banyak menghadapi situasi yang sangat menyakitkan di masa kecilnya. Tidak dapat dibayangkan budak kecil yang perlukan kasih sayang keluarga dilakukan sebegitu.

Aku mungkin berhadapan dengan situasi yang sama tapi bagi aku sitausi Claire kuah lebih menyakitkan.

Dan sebab itu aku kagum dengannya masih boleh bertahan hidup sehingga kini. Jikalaulah itu aku, mungkin sudah tidak kelihatan lagi muka ini di muka bumi ini.

"Claire, apa pula perasaan kau apabila keluarga kau anggap kau seorang yang bersalah walaupun itu bukannya salah kau?" Sekali lagi aku bertanya.

"Aku pun tak tahu. Mungkin aku sedih dan mungkin juga aku kecewa."

"Kenapa kau tak marah atau benci mereka? Sedangkan mereka tuduh kau yang tak bersalah langsung."

"Sakit myalgia yang aku dapat sebenarnya bukan salah aku. Itu adalah kemalangan yang mereka tidak tahu pun. Tapi satu keluarga aku menyalahkan aku sebab terkena sakit. Aku tak marah mereka sebab aku tahu setiap yang terjadi mesti ada sebabnya dan aku tak benci mereka kerana ada seorang ahli keluarga yang buat aku masih mahu hidup sampai kini."

"Jadi kenapa kau sedih dan kecewa pula?"

"Aku sedih sebab keluarga aku tidak mempercayai aku dan kecewa sebab mereka hanya menggunakan kebolehan yang aku ada sahaja. Semuanya sebab kebolehan ini."

Aku berfikir seketika. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Claire tadi. Namun aku masih tidak menemui jawapan untuk diri ini.

Aku kadang-kala binggung dengan diri ini. Aku bencikan keluarga itu namun kenapa aku masih mempertahankan diri ini untuk hidup bersama mereka.

Mereka bukannya kisah pun aku. Entah-entah kalau aku mati, hari pengebumian aku pun mereka tidak akan datang.

Tidak tahu kenapa aku masih bernafas di dunia ini. Bukannya lebih baik aku pergi dan semua penyeksaan yang aku dapat akan terus hilang bersama dengan diri ini.

Orang lain juga akan melupakan keberadaan diri ini di muka bumi ini. Mungkin itu adalah pilihan terbaik untuk aku tamatkan penderitaan ini.

Video atas tu adalah Paganini Caprice No

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Video atas tu adalah Paganini Caprice No. 24.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now