Wajah putih dengan iras muka yang sungguh dingin. Sudah seperti pelakon sahaja mereka ini.

"Selamat pagi, cik ni mesti doktor Clarissa kan?" Lelaki di hadapan menegur.

"Ya, saya Clarissa Audrey Caesar. Kamu pula?"

"Saya doktor Arden dan yang ni pula doktor Cruz. Doktor yang akan berkerjasama dengan cik," lelaki yang berdiri tepat di hadapannya ditunjukkan.

Baru Clarissa tahu bahawa doktor ini yang akan bersamanya nanti. Dia memerhati muka dingin doktor tersebut.

Dia perasan sesuatu terhadap doktor ini. Mukanya hampir sama dengan salah seorang pesakitnya tetapi tidak ingat pesakit yang mana.

"Maafkan saya, cik pula siapa?" Doktor bernama Arden tadi bertanya kepada Ainsley.

"Saya Ainsley. Pembantu dia," Ainsley menghadiahkan senyuman kepada Arden.

Seketika Arden terpegun dengan doktor itu. Belum pernah dia melihat doktor yang berkerusi roda sepertinya Ainsley.

Lelaki itu menghulurkan tangan kepada Ainsley lalu berkata, "saya harap kita berdua dapat berkerjasama ya."

Ainsley tersenyum lalu menerima salaman itu. Clarissa entah kenapa merasa bahagia melihat situasi itu.

Dan tanpa dia perasan juga lelaki di hadapannya juga menghulurkan tangan seperti ini bersalaman.

"Harap kita berdua dapat berkejarsama, doktor Audrey."

Clarissa menyalam doktor tersebut lalu seketika kemudian dia perasan bahawa doktor itu memanggil menggunakan nama tengahnya.

Tidak pernah orang memanggil menggunakan nama tersebut. Tetapi kenapa doktor ini tiba-tiba panggil dia dengan nama Audrey.

"Kalau sudah tidak ada apa-apa marilah kita mulakan meeting ni," bicara Arden.

Clarissa yang malas memikirkan hal tadi hanya mengendahkan sahaja. Apa yang penting sekarang adalah musyarat ini.

.
.
.
.
.

Aku keluar dari grab lalu bergerak laju masuk ke sebuah hospital yang selalu aku kunjungi.

Niat aku datang ke sini adalah untuk bertemu dengan doktor Clarissa. Kamu sudah membuat temu janji pada minggu lalu dan hari ini adalah harinya.

Aku memang harus bertemu dengan doktor itu setelah kejadian beberapa hari yang lalu. Aku takut Emerline akan muncul kembali sekiranya aku tidak mendapat nasihat doktor tersebut.

Kaunter pertanyaan yang berada tepat di hadapan pintu masuk ini didekati aku.

"Boleh saya bantu cik?" Soal jururawat yang berkerja di sana.

"Saya nak jumpa doktor Clarissa."

"Cik ada buat temu janji?" Aku menganggukkan kepala aku aku dan seketika kemudian jururawat itu seperti mencari sesuatu di komputernya.

"Doktor Clarissa ada meeting sekarang. Cik dapat tunggu ke? Kalau cik tak dapat, saya boleh beritahu doktor untuk tundakan hari."

"Tak apa, saya tunggu sahaja." Aku terus berjalan menuju ke kerusi yang tersedia di hospital ini.

Aku tak sangka pula hari ini doktor itu ada musyarat. Aku fikirkan tiada atau aku ni yang datang awal sangat.

Rasanya mana ada awal. Betullahkan.

Tak apa lah. Terpaksalah aku tunggu. Asalkan tak lama sangat. Aku takut juga nanti pihak sekolah fikir aku pergi tempat lain.

Ni dapat keluar pun sebab bantuan Ian yang mengatakan aku harus pergi ke hospital atas beberapa sebab. Kalau bukan disebabkan Ian mana mungkin aku dapat keluar di waktu ada kelas seperti hari ini.

Aku yang sudah berasa bosan menunggu ini berdiri lalu berfikir mahu berjalan ke taman hospital ini. Aku pernah mendengar bahawa hospital ini ada taman yang sangat besar dan indah dengan buang yang ditaman.

Kaki aku melangkah keluar dari hospital ini. Cuaca yang tidak berapa panas ini memang sangat sesuai untuk aku berjalan di persekitaran taman ini.

Memang betul kata orang bahawa taman hospital ini cantik. Dengan adanya air pancut, gazebo dan bunga-bunga yang indah di tanam. Tamat ini sudah seperti taman bunga yang sangat indah.

Kaki aku berhenti di hadapan sebuah air pancut. Air yang keluar kelihatan sungguh bersih dan sejuk. Telefon pintar aku dikeluarkan lalu aku menangkap gambar air pancut tersebut.

Selepas beberapa minit, aku berjalan kembali balik ke dalam hospital. Aku takut nanti jururawat tadi mencari aku.

Melangkah sahaja kaki aku di tangga pintu masuk ini, aku terus terhenti apabila terlihat satu sosok yang amat aku kenali.

Sosok itu adalah abang aku. Abang kedua aku, Cruz.

Dia kelihatan berjalan menuju ke pintu keluar ini. Aku dengan cepatnya pergi ke satu dinding bersebelahan dengan pintu itu lalu menyorok di situ.

Aku tidak mahu abang aku tahu akan kehadiran aku di sini. Kalau dia tahu nanti semua rahsia sakit aku akan terbongkar.

Pergerakkan lelaki itu diperhatikan oleh aku. Tertanya aku, apa tujuan dia datang ke hospital ini?

Selepas melihat dia sudah berada jauh dari pintu keluar aku terus keluar dari tempat persembunyian aku tadi. Kereta yang dinaiki olehnya diperhatikan oleh aku.

Lega sikit diri ini apabila lihat dia sudah pergi. Sekarang aku tidak tahu kenapa aku selalu terserempak dengan ahli keluarga aku di luar rumah.

Biasanya tidak begini. Tapi sejak dua menjak perkara ini selalu pula terjadi. Kali ini aku tersenyum dengan lelaki itu pun selamat aku sempat menyorok. Kalaulah dia tahu aku ada mesti akan jadi seperti kes aku bertemu dengan bapa aku hari itu.

Harap sahajalah selepas ini aku tidak akan terserempak dengan mereka itu. Kalau boleh aku tidak mahu bertemu dengan mereka di luar rumah itu.

Aku tidak mahu mencipta masalah dengan hanya bertemu dengan mereka.

Utk pengetahuan korang, Clarissa tu doktor yang sama tolong Claire (Tears of melody)

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Utk pengetahuan korang, Clarissa tu doktor yang sama tolong Claire (Tears of melody). Dekat sini pula dia tolong Rechel yang merupakan adik kpd Cruz.

Silent Melody [✔️]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin