Pembantunya itu hairan juga melihat tuannya dari tadi melihat ke hujung jalan ini. Seperti sedang melihat seseorang.

"Finn, betul ke sekolah anak aku ada cuti hari ni?" Soal encik Shawn curiga.

"Kejap saya periksa dahulu," pembantunya terus membuka iPad dan pergi ke laman web sekolah Rechel.

Satu-persatu maklumat dibaca olehnya. Dan apabila sampai ke satu artikel, dia terus berhenti. Artikel itu dibaca teliti.

"Ya, sekolah tu cuti sempena memberi rehat pada para pelajar yang ikut lawatan," terang Finn.

"Lawatan? Lawatan apa?"

"Cik Rechel tak beritahu ke? Lawatan pergi ke main school Erwa Academi."

Encik Shawn terdiam seketika. Dia tidak ingat Rechel pernah memberitahunya perkara itu. Malah Rechel langsung tak bersuara tentang apa-apa.

Tadi pun dia dibawa bercakap dia seperti tidak mahu menjawab sahaja. Timbul keraguan di dalam hati lelaki itu.

Dia perasan bahawa anaknya tadi kelihatan seakan takut akan sesuatu. Tapi dia takut apa?

Rechel selalu begitu apabila berdekatan dengan dia dan ahli keluarga lainnya.

Memang hal itu sangat memberi persoalan kepada encik Shawn.

"Tuan orang tu sudah tunggu dekat dalam. Lebih baik kita masuk cepat, nanti lama pula orang tu tunggu," ujar Finn.

Encik Shawn memandang sekilas ke arah laluan perginya Rechel tadi lalu bergerak masuk ke dalam restoran tersebut.

Kepalanya kini penuh dengan masalah anak perempuannya itu. Baginya gadis itu semakin hari semakin kelihatan asing dalam keluarganya.

.
.
.
.
.

Kaki aku laju melangkah mengikuti Ian yang menarik aku entah ke mana. Apa yang aku tahu sekarang adalah aku dapat lari dari lelaki tadi.

Namun perasaan takut itu masih lagi meletak di dalam diri ini. Ianya seperti menghantui aku. Suara yang berkata tadi memang sangat menekan diri ini.

Mata aku tanpa aku sedari menahan air mata kerana terlalu ketakutan. Kaki yang berjalan tadi terhenti di sebuah laluan perjalan kaki yang kosong.

"Kau okay tak ni?" Ian menyoal apabila aku berhenti secara tiba.

Mata aku memandang ke bawah. Nafas aku tersekat-sekat apabila memikirkan kejadian tadi.

"Aku takut," ujar pendek aku.

Mata aku mengalirkan air mata apabila memikirkan hal tadi. Sungguh menakutkan.

Aku tidak mahu berjumpa lelaki itu. Aku sedaya upaya mengelak bertemu dengannya, namun kenapa aku dipaksa bertemu.

"Tolong aku..." pinta aku.

Nafas aku terasa semakin berat. Aku terus terduduk di sana. Memang badan aku merasa seperti ditekan dengan sesuatu yang sangat kuat.

"Rechel, kau kena tahan semua tu." Ayat Ian memberi aku semangat.

Namun semangat itu seakan tidak sampai ke arah aku. Aku memang sangat lemah sekarang.

Tidak dijangka semua ini akan berlaku. Pertemuan itu memberi malang kepada aku.

Badan yang terasa berat ini terasa seperti mahu rebah ke tanah. Tangan aku memang sangat sejuk akibat gementar yang aku rasai.

"Tolong aku..." ucap aku sekali lagi.

Dan tiba-tiba satu pelukkan hadir dari Ian. Dia memeluk erat aku seakan mahu menenangkan diri ini.

"Rechel, kau kena kuat. Kau tak boleh terus begini," ujar lembutnya.

Air mata yang mengalir menjadi semakin deras. Kata yang diberikan tadi sangat menyentuh diri ini.

Kenapa aku sangat lemah menghadapi semua itu? Kenapa!

Aku menerima pelukan itu lalu aku menanggis sepuasnya. Sungguh aku berasa sangat lemah pada waktu itu.

Kalaulah Ian tidak dapat menyelamatkan aku tadi mungkin aku sudah tenggelam dengan perasaan takut itu.

"Maafkan aku sebab lambat tadi." Dia memeluk aku semakin kuat.

Aku menanggis sekuatnya. Ian yang menjadi tempat aku meluahkan segalanya seperti sudah bersedia dengan diri aku begini.

Dia memang sangat kenal akan aku. Dan sebab dialah aku masih kekal ada di dunia ini.

Aku memang sangat lemah sekarang. Dan aku sangat memerlukan seseorang untuk ada di samping aku menjaga diri yang semakin pudar ini.

Ian, kau ni memang

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.


Ian, kau ni memang... Malaslah aku nak cakap, nanti ramai pula yang jatuh hati dekat kau.

Silent Melody [✔️]Onde histórias criam vida. Descubra agora