Bab36 (Tak mungkin)

1.1K 56 1
                                    

Hari demi hari berlalu dan aku masih berada di rumah Luth.
Dan seperti biasa pada paginya Luth datang dan bawa ibu keluar.

Entah ke mana...

Ayah pula awal pagi lagi sudah keluar, bila ditanya ke mana...
Jawapan yang akan diberikan sudah tentu 'pergi kerja'.

Entah betul atau tidak...

Aku sudah malas hendak menghiraukan mereka. Ke mana sahaja mereka hendak pergi semuanya terpulang kepada mereka. Aku cuma mahukan kehidupanku seperti dahulu tetapi semuanya semakin kucar-kacir.

Amsyar? Yaa, dia semestinya sekarang  sedang berusaha memungut hasil dari syarikat ayahku lagi. Rumahku juga berada di  tangannya jadi tidak mustahil 'hasilnya' akan lebih banyak.  Dian? Hmph, berkepit dengan Amsyar agaknya.

Pada hari itu aku mengambil keputusan untuk pergi ke butik setelah beberapa hari tidak memunculkan diri.

Setelah sampai...

"Hai Mel...you dah sihat?" Adha menyapa aku di pintu masuk.

"Yee...sudah" aku menayangkan senyuman.

Langkah diteruskan ke bilik persalinan di mana Vivian berada.
Sebaik sahaja membuka pintu bilik tersebut kelihatan banyak kotak-kotak yang disusun di setiap penjuru bilik itu.

"Banyaknya kotak...Ni semua untuk apa Vi?"

"Ishh terkejut I !Bila you sampai? Lama tak datang?"

"Baru ja sampai" aku membuka salah satu kotak di situ. Kelihatan banyak alatan perhiasan di dalamnya.

"Dalam kotak ni semua ada barang untuk event ahad esok. You lupa ke? Kan I dah bagitahu"

"Event apa yang besar sangat ni?" Aku agak hairan, ini hanyalah sebuah 'butik pakaian' sejak bila pula butik ini menyediakan perkhidmatan menghias ?

" I pun tak tahu lah you. Puan Juwita tak bagitahu apa pulak. Dia punyalah busy sampai tak datang butik dari haritu lagi, ada dia datang pun cuma nak simpan kotak-kotak ni ja"

" Ouhh. Dia takda pulak call I ka apa"

" Dia ada call I bagitahu suruh you ikut sekali kalau you dah sihat. I rasa lah kan, maybe dia nak buat presentation kat mana-mana pulak kot.. tu yang banyak sangat barang"

"Yelaa kot" aku hanya mengangguk lalu mengambil tempat di sebelah Vivian.

Seketika..

"Viii, baju you dah sampai" Adha masuk sambil memegang sebuah gantungan baju.

"Haa gantung kat situ" arah Vivian.

Adha hanya menurut.

" Apa benda tu? " Aku menyoal.

"Dress untuk esok. You pergi laa bukak zip garment bag tu"

Aku terus bangun dari dudukan dan melangkah ke arah gantungan itu.

Zip ditarik perlahan-lahan.

"Cantiknyaa dress ni. I suka laa. Simple but looking so romantic" aku teruja melihat rekaan yang berbeza dari yang pernah aku lihat di butik itu sebelum ini. Rekaan itu sangat teliti dan lebih sopan berbanding rekaan-rekaan sebelum ini . Fabriknya pula lebih tebal dan kelihatan agak selesa.

"Tu rekaan baru Puan Juwita. I rasa dia baru buat je rekaan ni, tu yang tergesa-gesa" Adha menjawab.

Aku hanya mengangguk.

Aku terus  berada di butik selama beberapa jam menolong Vivian dan Adha  sehinggalah waktu butik hendak ditutup.

"Okaylah Mel,esok I send location dekat you. Nanti you pegi teruslah ke location tu "

"Alright"

Aku terus bergerak pulang ke rumah.

Sampai sahaja ke rumah, atau sebenarnya 'rumah Luth' aku terserempak dengannya di pintu masuk. Mungkin dia baharu sahaja pulang bersama ibu?

Aku memandangnya...
"Kau pergi mana dengan ibu"

Luth tidak menjawab sebaliknya dia hanya menayang senyuman nipis dan terus beredar.

Aku tersentak seketika tetapi hanya meneruskan langkahku ke dalam.

'Kenapa dia tu? Demam ke?'

Aku membuka pintu dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat ibu yang sedang duduk menangis di atas sofa.

"Ibuuu! Ibu kenapa ni? Kenapa ibu nangis? Apa yang jadi ibu?"

Ibu tidak menjawab sebaliknya hanya menggelengkan kepalanya.

"Takda apalah Mel"

"Tipu! Kalau takda apa-apa kenapa ibu nangis?" Aku memaksa ibu memberitahu aku tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Ibu hanya menggeleng dan terus masuk ke dalam biliknya.

"Ibu? Ke-kenapa ibu ?"

Aku terdiam. Semuanya seperti ada yang tidak kena. Apa yang jadi sebenarnya?

'Luth buat apa-apa ka dekat ibu? No! Tak mungkin!'

Malam itu menjadi malam yang penuh dengan tanda tanya. Apa yang jadi sebenarnya? Masalah lagi?


2 MINGGUWhere stories live. Discover now