Bab 21 (Harapan)

1.3K 61 0
                                    

Pagi...
Ring..ring..ring..

Telefon ku berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

"Emm...hello ni  siapa ya?"aku memulakan bicara.

"Ni Cik Melina Sufeeya ka?"

"Yaa saya, ada apa ya?"

" Saya Puan Juwita dari Butik Bidara, saya nak tanya kalau Cik Melina masih berminat untuk kerja dengan Butik Bidara. Cik masih berminat ka?"

"Ya-yaa saya masih berminat...tapi kerja apa ya?"

" Baiklah kalau cik masih berminat tengahari ni datang butik kita akan bincang tentang tugas cik"

"Baiklah nanti saya datang ya"

Aku mematikan panggilan.

'Akhirnya ada juga!'

Aku terus bersiap dan keluar dari rumah menuju ke kereta.

Sebelum keluar dari kawasan rumah, aku memeriksa pintu pagar tetapi tiada apa-apa nota dari Luth di situ.

'Well aku rasa dia dah tak fikir pasal kahwin-kahwin ni  lagi! Finally aku tak rasa terkongkong dengan benda tu. Phew!'

Sampai di Avaria Mall...

Aku terus menuju ke Butik Bidara yang berada di tingkat empat.

Aku tolak pintunya perlahan-lahan. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan umur 50an menyapaku dengan senyuman.

"Hai, awak Cik Melina Sufeeya kan?"

" Ya..ya saya"

" Baik. Nama saya Puan Juwita saya owner butik ni. Awak kan yang datang semalam untuk tawaran kerja kat sini?"

Aku mengangguk.

"Okay baiklah. Awak ikut saya, ke cafe bawah ya. Kita bincang kat situ".

Di cafe..

"Cantiknya awak ni... Bolej jadi model!"

Mendengarkan pujian dari Puan Juwita aku semakin segan.

"Eh tak laa Puan saya biasa-biasa ja"

"Yaa saya rasa awak cantik! Awak nak tak kalau saya tawarkan awak jadi model untuk butik saya?"

"Model? Saya okay ja Puan tapi saya tak pernah ada apa-apa pengalaman lagi sebelum ni".  Ya, memang benar aku tiada apa-apa pengalaman bekerja sebelum ini, tambahan pula pengalaman menjadi seorang model. Memang tak lah!

"Takpa awak boleh cuba dulu. Saya yakin dengan kecantikkan awak ni awak mesti boleh buat" senyuman lebar dipamerkan.

"Baiklah,kalau Puan percaya dekat saya then okay, I'll try my best. Saya setuju untuk jadi model butik Puan".

"Kalau macam tu, awak akan dapat kontrak 3 bulan untuk jadi model  bagi Butik Bidara ni. Lepas 3 bulan , sekiranya Butik Bidara ni maju... Saya akan ambil awak sebagai model lagi".

Aku mengangguk sambil mendengar dengan teliti.

"Tapi kalau Butik Bidara ni tak maju... Saya mintak maaf saya akan tutup Butik ni. Saya bagi awak tempoh seminggu dulu untuk awak biasakan diri dekat butik Bidara ni. Kalau dalam tempoh seminggu ni awak okay kerja kat sini dan kerja awak pun memuaskan jadi saya akan bagi awak kontrak 3bulan tu"

"Baiklah Puan saya setuju" aku menghulurkan tangan dan bersalaman dengannya tanda setuju.

"Okay kalau macamtu saya akan explain tentang pekerja lain dekat Butik tu. So basically, dekat Butik Bidara ni saya cuma ambil dua orang ja pekerja. Seorang lelaki dan seorang perempuan... yang perempuan tu she is a chinese girl nama di Vivian , dia baik ja dan banyak tolong saya dalam hal-hal butik. Yang lelaki tu pulak nama dia Adha, dia tu lembut sikit orangnya...biasalah lelaki kerja butik kan? Hahaha ...dan dia banyak cakap tapi takpa dia friendly ja".

Aku mempamerkan senyuman. ' New friends sounds nice!'

"Saya harap awak akan selesa dengan Vivian dan Adha ni ya"

"Yaa baik Puan inshallah, saya cuba buat yang terbaik dalam tempoh seminggu ni ya".

Malam itu...
Setelah selesai menandatangani kontrak dengan Butik Bidara aku terus pulang ke rumah. Saat aku ingin membuka pintu pagar, aku perasan yang terdapat sekeping nota yang dilekatkan pada pintu pagar.

"Ofcoz nota Luth!"

Day 3

Hmm baru balik ya? Okay pergi rehat now!

(Always end the day with positive thought no matter how hard things were. Tomorrow is a fresh opportunity to make it better!)

NAFIS xoxo

"Arghhh! Aku dah agak dia ikut aku lagi! Benci lahhh!"

Terus aku campakkan nota tadi di hadapan pintu masuk.

Aku menuju ke bilik dengan 1001 tanda tanya di fikiran.

' Nak kahwin dengan Luth?'

'Tapi aku dah ada kerja kan?'

'Buat apa aku nak fikir pasal kahwin lagi?'

' Hmm maybe aku boleh ja sara family aku ... kan dah ada kerja?'

Tok...tok...tok..

Mendengarkan bunyi ketukan, aku terus buka pintu bilik ku .

Kelihatan ibu sedang berdiri di hadapan pintu.

" Mel, nahh... Ni tadi ibu nampak Mel campak depan pintu rumah" ibu menghulurkan nota dari Luth yang tadi aku campakkan di luar.

' omg! Nak amik ka taknak ni?!' tanpa sedar tanganku sudah mencapai nota yang dihulurkan oleh ibu.

Setelah itu, ibu terus beredar dari ruangan bilikku.

Pada saat ini perasaanku hanya satu... 'Takut'. Aku takut jika ibu telah baca isi kandungan nota itu dan tahu nota itu dari siapa memandangkan nama 'NAFIS' di tulis di bahagian bawah nota itu.

Tetapi, bila difikirkan balik ibu yang terus keluar dari bilik tanpa menanyakan apa-apa membuatkan aku yakin yang ibu tidak membaca apa-apa isi kandungan nota ini.

"Phew!"

Nota itu aku ambil dan aku lekatkan pada cermin seperti biasa.

______________________________________
Yeayyy! We're officially chapter 21!
Amazing kan? Budak yang cakap tak tau and malas nak tulis novel suprisingly dah ada spirit untuk habiskan😂 alhamdulillah thanks for all of your doas

Yeayyy Mel dah dapat kerja!
Jadi model untuk butik lagi yalls..

Dengar macam kawan-kawan baru Mel kat Butik ni fun ja?
Nak tau ka diorang macam mana?

Happy reading! Xoxo












2 MINGGUWhere stories live. Discover now