Bab 33 ( Again?!)

1.1K 51 2
                                    

Lidahku terkelu,
Terkaku,
Tidak tau apa yang dirasakan.

Kecewa?
Ya, aku sudah terlalu kecewa.

Geram?
Perasaanku sudah tidak mampu ditekan .

Aku melihat bag-bag yang tersusun di depan pagar rumah.

Satu sahaja soalan yang aku utarakan..

" Barang Mel ibu kemaskan juga ka?"

Ibu mengesat air mata..

"Yaa sayang, ibu dah kemas apa yang ada tadi" ibu memaksa dirinya senyum.

Aku senyum kelat, memaksa diri.

Seketika, aku mengubah bag dan duduk di atas tembok yang agak rendah bersebelahan pagar.

"Jadi? Sekarang kita nak buat apa ya?" Aku memandang ayah.

" Sekejap lagi---"

Belum sempat ayah habis berkata-kata kelihatan sebuah kereta berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapan rumah.

Aku cuba memerhati pemilik kereta itu dan seketika tingkap keretanya dibuka.

" Tuan Imran, masuk lah dulu. Saya boleh tolong tuan angkatkan bag. Tuan, puan sila la masuk"

Yes you are right, it's Luth over and over again.

Aku mencebik.

"Nafis takpayah la paggil aunty puan. Panggil ja aunty mcm biasa"

"Tak boleh puan, kalau depan Tuan Imran saya kena tunjuk hormat" Luth gelak kecil.

"Terima kasih lah Nafis sebab tolong aunty"

"Takpa la aunty, orang susah saya tolong." Luth senyum lebar.

Sejurus selepas itu ibu dah ayah masuk ke dalam keretanya. Luth pula terus mengangkat bag-bag yang berada di luar.

Dia tidak memandangku. Sebaliknya aku...

"Eh, kereta kau bukan warna biru ke?"

Luth memandangku.

"Kenapa? Satu kereta ja ka aku boleh ada?"

"Eleh. Ni mesti kereta sewa " aku memerli.

"Terpulang kat kau lah" Luth menghiraukan aku lalu terus mengangkat bag milik aku.

"Ehh..kau nak bawak mana bag aku ni?"

"Bawa masuk lah"

"Haa aku lupa..kau nak bawa parents aku pegi mana?"

"Bawa pegi rumah aku lah apa lagi?"

"Apartmen kau tu? Eh asal eh kau ni baik sangat dengan family aku? If you think that benda ni akan ubah fikiran aku then you are seriously wrong"

Luth melepaskan bag aku dari tangannya.

" Aku baik dengan ayah kau sebab dia dah accept tawaran aku. Sekarang ni kalau kau taknak ikut kitorang then...fine. Terpulang kat kau"

Luth terus masuk ke dalam kereta.

"What?! Ayah dah accept tawaran 'rekaan' dia tu? Oh my godd ayahhh!"

"Mel? Mel betul taknak ikut ka sayang? Mel jangan lah degil takkan Mel nak duduk depan rumah macam ni?" Ibu memberhentikan lamunan aku.

Aku hanya diam.

"Dah la, biarkan aja anak awak tu. Kalau dah degil memang tak boleh di bentuk dah. Dia ada kereta, pandai-pandai dia laa cari jalan"

Aku mengetap bibir, agak geram dengan kata-kata ayah.

Kereta Luth berlalu pergi...

Aku menoleh ke sisi, cuma ada aku, bag dan kereta.

Dengan segera aku masukkan semua bag aku ke dalam kereta. Aku susun semuanya dari yang besar ke kecil. Banyak bag yang ibu kemaskan untuk aku. Jika difikirkan masa yang aku ambil untuk keluar dari rumah ke butik adalah sangat singkat jadi mustahillah ibu mampu kemas semuanya dalam masa singkat seperti itu. Melainkan ibu dah kemaskan sedikit demi sedikit?

Entahlah, malas nak difikirkan benda dah jadi. Melenting bukan lagi jalan penyelesaian.

Seketika aku duduk di bahagian pemandu dan menyandarkan diri. Aku toleh ke tepi dan aku lihat lavender yang aku beli tadi.

Buat pertama kali, diri aku tersenyum dalam menghadapi masalah. Aku capai lavender itu lalu aku hidu harumannya.
Wangi!

Aku letakkan semula dan aku mula menghidupkan enjin.

Sekali....
Dua kali...
Tiga kali...

"Haaa?? Minyakk habisss ?! Sekaranggg?"

Aku tersandar lagi.

Kenapa aku? Banyak betul lah masalah...

2 MINGGUWhere stories live. Discover now