Bab 17 (Kosong)

1.6K 70 1
                                    

Sepanjang hari aku hanya menangis, meratapi Amsyar yang pergi meninggalkan aku sekelip mata. Betullah kata orang  'semua yang kita suka tak semestinya yang terbaik untuk kita'.

Buat sementara aku merasa tenang seketika dan kemudian fikiranku mulai mengimbas kembali 'aksi' Dian dan Amsyar yang bercumbu di hadapanku.

Segala gambar aksi mereka yang dilukis  oleh Amsyar di dalam buku yang kononnya buku penting.

Segala kepercayaan yang aku berikan kepada Amsyar dari zaman persekolahan.

Tiada apa yang mampu aku rasakan pada saat ini. Sakit! Itu yang pasti.

Selera aku juga hilang. Buat pertama kalinya aku rasa sakit dikhianati.

'Aku kena buat sesuatu!'

Tok...tok..tok

Aku terus menuju ke pintu lalu membukanya, kelihatan ibu sedang berdiri di hadapan pintuku sambil membawa makanan. Ibu juga tahu aku tidak menjamah apa-apa dari awal pagi.

Ibu terus melangkah ke dalam bilikku dan mengambil tempat di kerusi bersebelahan katilku.

"Melina duduk tepi ibu kejap" aku hanya menuruti.

"Cuba cerita apa sebenarnya yang jadi ni? Ibu tak suka tengok Mel macam ni tau? Mel kenapa ni...menangis sepanjang hari, kunci diri dalam bilik lepastu makan sikit pon tak? Cuba Mel cerita, Mel sedih sebab Papa ka sayang?" Ibu memandangku dengan riak wajah yang sayu sambil menggenggam tanganku.

Aku menundukkan pandanganku. "Not really because of papa..but...Amsyar".

"Kenapa dengan Amsyar sayang? Amsyar buat apa dekat Mel?"

" Kalau Mel cerita dekat ibu, janji ya? Jangan buat apa-apa dulu dekat Amsyar?"

" Yaa, ibu janji"

"Baik" . Aku menarik nafas panjang..

"Ibu, Mel minta maaf ibu. Sebenarnya punca syarikat papa muflis adalah sebab Amsyar ibu! Amsyar dengan ayah dia yang plan semua ni! Ibu... Mel sakit bu, sakitttt sangat... bila dapat tahu orang yang paling kita sayang akhirnya jadi punca hidup kita jadi macamni. Amsyar curang dengan Mel bu... dia curang dengan Dian, classmate Mel dulu yang benci sangat dekat Mel. Diorang yang plan untuk sakitkan hati Mel sebab dulu Dian pun selalu kena dera dengan parents dia. Dia rasa Mel lah punca dia di dera. Mel dapat tahu ni pun dari lelaki yang culik Mel bu.. tapi Mel tak percayakan dia. Sampailah semalam Amsyar yang mengaku sendiri depan Mel . Ibu banyak sangat yang Mel pendam bu...Mel tak mampu. Amsyar bukan yang macam kita sangka bu.. Mel minta maaf. Mel dah kecewakan ibu dengan ayah." Aku memeluk ibu dengan erat. Air mata juga berlinangan tak mampu ditahan.

"Melina... dalam dunia ni, selagi kita manusia kita takkan berhenti diuji. Setiap orang lain ujiannya. Ujian yang tuhan beri semuanya ikut kemampuan hambanya Mel. Tuhan tahu Mel kuat. Yaa , ibu tak salahkan Mel untuk semua yang dah jadi ni. Lagipun Mel takda bukti nak tunjukkan yang Amsyar bersalah..so sekarang ni kita tak boleh buat apa-apa lagi sayang. Mel sabar ya". Ibu mengusap belakangku agar aku bertenang.

"T-tapi ibu...Mel kesian dekat ayahh. Mel tak sanggup nak cerita semuanya dekat ayah bu"

"Takpa Mel, ibu yakin ayah takkan salahkan Mel juga. Yalaa , Mel pun tak tahu yang ni semua rancangan dia dari awal kan? Lagipun pada ibu dan ayah keselamatan Mel lagi penting sayang. Ibu bersyukur sekarang Mel dah balik" Ibu menayangkan senyumannya kepadaku. Aku sebak, benar-benar sebak.

"Kalau macamtu, nak tak nak Mel tetap kena cerita dekat ayah" aku bangun dari katilku lalu terus menuju ke bilik ayah sambil di ikuti oleh ibu.

"Ayahh, boleh Mel masuk?" . Aku mengetuk pintu beberapa kali tetapi tidak dibuka, lalu aku memutuskan untuk terus membuka pintu itu sendiri.

"Ayahhhh!!!!"

Alangkah terkejutnya aku dan ibu apabila melihat ayah sedang terbaring di atas lantai sambil memegang dadanya. Pada ketika itu aku tahu bahawa ayah sesak nafas.. tambahan, ayah juga menghidap penyakit jantung. Ibu yang melihat keadaan itu segera mencapai telefonnya dan mendail nombor kecemasan.

'Bagaimana aku harus beritahunya? Ayah, Mel tak mampu!'

Selepas beberapa minit menunggu , maka ambulan  pun tiba. Ayah terus dikejarkan ke hospital. Ibu mengikut ayah menaiki Ambulan manakala aku memandu keretaku mengikuti mereka.

Di hospital...

Aku hanya mampu duduk di kerusi di ruang menunggu sambil memikirkan tentang ayah.

'Kalau bukan sebab aku kenal dengan  Amsyar , mesti ayah tak jadi macam ni kan?' aku hanya mampu menyalahkan diri sendiri.

Mahu saja aku menelefon Amsyar dan memaki hamunnya, tetapi aku tahu panggilan ku tidak akan di angkat. Tiada gunanya.

Pintu dibuka..
Kelihatan ibu keluar..

"Mel...Mel pergi balik dulu yaa sayang"

"Mel taknak bu.. Mel nak tunggu ayah"

"Takpa sayang ayah okay ja tu.. Mel balik dulu rehatkan diri ya" ibu mengusap kepalaku.

Aku hanya mampu akur dengan permintaan ibu.

" Kalau ada apa-apa ibu call Mel tau!"

Aku melangkah menuju ke kereta. Mujur keretaku tidak dijual. Kali terakhir aku menggunakannya adalah sebelum aku diculik.
'ofc Amsyar yang bawa balik kereta aku, nasib ayah tak jual kereta ni. Satu-satunya harta yang aku ada sekarang'.

Sepanjang jalan aku hanya menangis menyalahkan diri sendiri. Tiada apa yang mampu aku rasakan. Kosong!

Sampai sahaja di rumah, aku terus menuju ke dapur dan benda pertama yang aku lihat adalah pisau.

Pisau!

Hampir sahaja aku menoreh tanganku dengannya. Aku mendekatkan pisau itu di tanganku dan akhirnya pisau itu terlepas dari genggamanku.

Seumpama  tersentak dengan realiti, aku lantas meninggalkan semuanya dan melangkah ke bilikku.

Malam itu aku memaksa diri untuk tidur agar semua masalah dapat aku kosongkan dari ingatan.

Even just for a while~

______________________________________

Hello readers! Sorry lama tak update :(
Ada yang tunggu ke ?hihi.

Ok bab ni kurang sikit rancaknya sebab yala bapak Mel sakitkan ?

But just wait untuk bab2 seterusnya.

Happy reading ! Xoxo

2 MINGGUWhere stories live. Discover now