Bab 11 ( Segalanya Musnah!)

2K 86 6
                                    

Hari ke-8

Tuan Imran mulai kusut.

"Bang, macam mana ni bang? Dah bermacam-macam penyiasat lah, orang upahan lah, abang upah. Tapi satu pon tak boleh cari Mel. Sorang pon tak jumpa Mel....yang ada semuanya menipu dan hanya mahukan duit" Puan Azarina yang dari tadi diam mula bersuara.

Amsyar yang juga berada di rumah mereka mula mempamerkan riak wajah sedihnya.

" Itu laa Aunty, Amsyar pon dah cuba cari Mel tapi sampai sekarang tak jumpa." Kata Amsyar di hadapan kedua orang tua Mel seumpama dia benar-benar berusaha mencari Mel.

"Kalau macamtu...kita dah tak ada cara lain melainkan report perkara ni kepada pihak polis." Tuan Imran menyuarakan keputusannya.

Puan Azarina dan Amsyar mengangguk tanda setuju.

Ya, Amsyar setuju. Sebenarnya Amsyar juga tidak tahu di mana Mel berada. Dia juga betul-betul ingin tahu ke mana Mel pergi sebenarnya.

Tatkala suasana mulai redup...

"Assalamualaikum..boleh saya masuk" kelihatan seorang lelaki berada di pintu, menunggu kebenaran untuk masuk ke dalam.

"Waalaikumsalam , sila lah" Puan Azarina menjemput.

"Encik ni siapa ya? Apa tujuan Encik datang rumah saya ni? Kalau Encik ni penyiasat lagi ....saya minta maaf saya dah tak perlukan khidmat penyiasat" kata Bapa Mel kepada lelaki tadi.

" Ya betul apa yang tuan kata tu. Saya memang penyiasat sebenarnya. Saya ke sini sebab saya rasa saya mungkin boleh tolong Tuan cari di mana anak perempuan Tuan berada" terang lelaki tadi

"Maaf Encik tapi saya....."

"Tak mengapa Tuan Imran, saya akan jalankan kerja saya dahulu. Jikalau tidak berjaya jumpa anak perempuan Tuan , saya tak perlu dibayar. Kerja saya mudah.. kalau berjaya baru dibayar" terangnya lagi.

Tuan Imran memandang Puan Azarina sekilas.
Memandangkan mereka semua sudah sebulat suara mahu mengadukan perkara ini ke pihak atasan , maka mereka sebenarnya tidak memerlukan lagi mana-mana khidmat penyiasat.

Tapi kalau report polis and at the same time penyiasat buat kerja boleh jugak kan? Lagi pon penyiasat ni tak perlu bayar apa-apa pendahuluan.

"Baiklah saya setuju.. Encik boleh ambil keterangan sekarang" Bapa Mel tiba-tiba bersetuju.

Amsyar dan Puan Azarina pelik!

"Baiklah berdasarkan siasatan-siasatan sebelumni oleh orang-orang lain yang datang ke sini, saya dapat tahu yang Encik Amsyar orang terakhir dengan Melina? Betul ke? "

" Tak pon. Sebenarnya Melina akan berjumpa dengan saya, tapi belum berjumpa dia dah hilang. Kalau ikutkan mesej dan call then yep I'm the last person" Amsyar memberi keterangan.

"Baiklah kalau macamtu . Boleh saya periksa barang-barang Encik?" Lelaki tadi meminta kebenaran.

Amsyar terus membawanya menuju ke kereta miliknya. Pintu dibuka dan dia membiarkan lelaki tadi mengeledah seluruh pelosok keretanya.

Lelaki tadi hanya masuk dan memerhatikan keadaan sekeliling kereta Amsyar. Kemudian, matanya tertancap pada sebuah buku yang berada di antara kerusi pemandu.

"Boleh saya periksa isi kandungan buku ni Encik Amsyar" dia menunjukkan buku peribadi milik Amsyar.

"Tak boleh. Itu buku peribadi saya dan takda kena mengena dengan urusan kita sekarang"

"Well, kalau takda kena mengena apa yang Encik Amsyar nak risaukan?" Lelaki itu membalas. Kata-kata lelaki itu membuatkan Amsyar tersentak seketika.

"Iyalah... Kau tengok jala " Amsyar mempamerkan riak wajah selambanya.

Di dalam buku itu tiada apa-apa mengenai Mel. Jadi tiada masalah jikalau lelaki itu ingin memeriksa isi kandungannya.

Dalam pada Amsyar tidak sedar, lelaki itu sudah menyembunyikan bukunya.

"Hmm aku macam pernah tengok muka kau ni? Tapi di mana ya?" Soal Amsyar.

"Kalau Encik nak tahu saya ni penyiasat terkenal di sini. Mungkin sebabtu lah encik macam pernah tengok muka saya " terang lelaki itu.

Sekali lagi Amsyar mempamerkan riak wajah selambanya. Annoyed with all of this!

"Baiklah Encik Amsyar saya rasa tugas saya harini dah selesai. Saya minta diri dulu. Inshaallah Melina akan pulang" lelaki itu bersalaman dengan Amsyar.

Dia beredar dari situ..

________

Sementara itu di rumah Luth..

Aku yang baru keluar dari tandas tiba-tiba terlihat sekeping kad berwarna putih yang berada di atas meja di hadapan tandas.

Kad itu dicapai. Rupa kad itu tidak lain tidak bukan seperti...

"Macam business card ja? Wait what? Business card Luth?" Aku agak terperanjat.

"Wahh ada business card bagai tapi kat card ni takda pulak tulis nama syarikat or apa-apa perusahaan? Ada number dia ja... Haihh kan aku dah kata mamat ni pelik.. Duduk apartment ja tapi ada maid siap pakai formal bagai.... Sekarang? Aku jumpa business card dia tapi takda tulis job apa-apa? Aduh" rungutku sendiri.

Disebabkan tertera number telefon Luth di situ maka aku ambil dan simpan kad itu.

"Bibik emmm maaf ya.. tapi saya nak tumpang tanya sikit... Luth tu sebenarnya kerja apa ya?" Aku memberanikan diri untuk bertanya kepada bibik .

"Maaf Feeya ...bik tak boleh bagitahu apa-apa pasal Tuan Luth. Dia pon dan bagitahu bik jangan borak tentang dia dengan Feeya. Mungkin dia takut kita carut dia agaknya" terang bibik dengan nada yang sopan .

' Alah bibik ni pon!' aku merungut.

Malam itu....

Mel masih tidur... Kelihatan pintu biliknya dibuka..

Mel terjaga seketika sebelum menutup kembali kedua-dua belah matanya..

Tiba-tiba Luth memghampirinya....

Jari telunjuk Luth diletakkan di bibirnya mengarahkan Mel supaya senyap..

Bahu Mel diusap-usap ketika dalam posisi masih berbaring...

Tangan Luth yang mengusap bahunya sudah turun ke bahagian tengkuk kemudiann....
Dadanya..

Luthhhhhhh......

Aku terjaga.

Mimpi?!!

' Macam mana aku boleh mimpi macam ni? Andd why Luth?? ....mungkin...mungkin d-dia ada niat yang tak elok dekat aku?'

Aku tak boleh lama lagi disini....




______________________________________

Amsyar...amsyar tulaa kan sapa suruh bagi lagi buku tu kat orang kan dah kena curi....

Haih...Mel pon kata nak lari tapi tak boleh boleh pon nak lari..penat la!

Kahkahkah

Okk aku tak tau apa nk tulis kat sini

Lemme know what you think of this story....
Vote&comment

Happy reading! Xoxo





2 MINGGUWhere stories live. Discover now