Bab 22 (Permulaan)

1.4K 61 2
                                    

Aku bangun dan terus bersiap untuk ke Butik Bidara. Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja atau lebih tepat lagi, hari pertama bagi sesi latihan aku di Butik Bidara sebagai seorang model.

Aku hanya mengenakan kemeja berwarna susu yang dipadankan bersama skirt berwarna coklat paras lutut, tetapi tidak terlalu singkat.

Aku turun dari bilik dan terus menuju ke arah ibu.

"Ibu, sebenarnyakan ...Mel dah dapat kerja dekat satu butik dekat Avaria Mall. Nama butik tu Butik Bidara, Mel dapat tawaran jadi model dekat sana"
Aku menjelaskan tentang tawaran pekerjaan itu.

"Syukurlah Mel... Kerja elok-elok ya jangan mengelat. Ingat, apa orang suruh buat  jangan melawan".

Aku mengangguk dan bersalaman dengan ibu lalu terus beredar dari situ.

Di Butik Bidara...

Masuk sahaja ke dalam , aku terus di sapa oleh seorang wanita dan seorang lelaki yang aku kenal sebagai pekerja di butik ini dari Puan Juwita.

"Haiiii...you Melina kan?" Wanita itu terus memeluk ku, tanda perkenalan.

Aku terus menjawab dengan perasaan yang sedikit segan. ' yala, pekerja baru kan?'

"Ya-yaa saya lah Melina"

Aku toleh ke tepi dan kelihatan lelaki tadi sudah menyua tangannya ingin memberikan pelukan kepada ku.

"Ishhh you ni Adha! Ingat sikit you laki!"

Lelaki itu tersenyum malu.

" Nama I Vivian Ng, tapi you boleh panggil I  Vie ja" Vivian menayangkan senyuman.

"Nama I pulak Adhaliy, You boleh panggil I Ad or Adha ja dah cukup".

Aku mengangguk.

"Nama I pulak Melina Sufeeya. Korang boleh panggil Mel ja".

" Nice to meet you!" Aku disambut oleh mereka dengan ramah.

" Puan Juwita takda harini, tapi takpa.. dia dah suruh I tunjukkan ruang kerja you dekat sini. Jom ikut I"

Aku terus mengikut langkah Vivian ke ruangan di belakang butik. Adha juga tidak ketinggalan.

" Dekat belakang ni ada photoshoot studio. So basically, Mel you akan sentiasa shoot dekat sini"

Aku memerhati sekeliling studio kecil itu. Kelihatan banyak pakaian rekaan dari butik itu digantung di bahagian tepi. Semuanya kelihatan kemas dan tersusun rapi. Cantik!

" Untuk photographer, butik ni takda photographer yang permanent lagi. Jadi Puan Juwita akan booked atau buat temu janji dengan photographer awal-awal  before kita shooting. So, you kena standby awal-awal laa okay?"

Aku mengangguk tanda faham.

" For today, you takda apa-apa kerja lagi. Mungkin esok kita akan shoot. Harini Puan Juwita keluar ada appointment untuk show dengan klient apatah..maybe dia pergi booked photographer sekali laa tu" terang Adha pula.

"Baiklah" aku mengangguk dan terus menuju ke arah pakaian-pakaian yang digantung di tepi studio. Kebanyakkan yang digantung di situ ialah gaun pengantin moden dan ada juga gaun tradisional. Dress pendek dan gaun bridesmaid juga ada. Semuanya cantik-cantik belaka.

"Ni semua memang design Puan Juwita sendiri ka?"

" Yaa, mostly design kat sini semuanya design oleh Puan Juwita sendiri. Ada juga design collaboration Puan Juwita dengan famous designer".

Aku mendengar penjelasan yang di berikan oleh Vivian dengan peka.  'Impressive'

"Okk you jom ikut I pulak".

Seterusnya, aku mengikut Adha ke ruangan kerja mereka .

" Okay I akan terangkan dekat you tentang tugas kitorang pulak. Tugas Vie dekat sini ialah sebagai 'pelayan butik'. Jadi kalau ada customer yang datang Vie lah yang akan tolong diorang cari apa yang diorang nak and uruskan stok yang masuk semua"

Aku mengangguk. Ya, sebelum ini ketika aku datang bersama Amsyar ke sini Vivian lah yang melayan kerenah aku. Jadi aku tahu apa tugasnya di sini.

" Kalau tugas I pulak, I selalunya akan uruskan pakaian yang bahagian nak di sewa and I juga urus tempahan kain. Untuk accounting and management tu semua kerja Puan Juwita".

Aku mengangguk faham.

Setelah beberapa jam berada di butik itu pada hari pertama, aku terus pulang ke rumah.

_____

Sampai sahaja di hadapan rumah, aku tahu bahawa akan ada nota yang dilekatkan di pintu pagarku.

Day 4

Aku perasan kau asyik keluar. Hmm pergi mana eh? Hahaha, takpa aku akan stalk kau selagi boleh.

(Best things never come easy!)

NAFIS xoxo

"Arghhh! Dia stalk aku lagi. Nak buang nanti ibu nampak pulak".
Memikirkan tentang ibu , aku terus ambil dan bawa nota itu masuk.

Kelihatan ayah sedang menonton televisyen bersama ibu.

" Mel, baru balik? Kerja harini macam mana?"

"Okay ja ayah, tapi harini kerja belum start lagi" aku senyum sekilas.

Tatkala kaki ku ingin menjejak tangga aku terasa tubuhku dipeluk.

" Ayah minta maaf ya Mel. Ayah susahkan Mel. Ayah janji ayah akan usaha supaya kita hidup macam biasa lagi".

Sungguh, aku sebak dengan kata-kata ayah. Aku menahan sebak ku dan menayangkan senyuman kepada ayah lalu terus beredar masuk ke dalam bilik.

Sekali lagi nota yang berada di tangan  di lekatkan di cermin.

______________________________________

Yeayyy. Kawan baru Mel tu friendly gila!

Tak sabar nak tengok Mel jadi model macam mana.

Happy reading! Xoxo




2 MINGGUWhere stories live. Discover now