Bab 40 (Hey Sweetheart!)

1.6K 66 7
                                    

A-aku tak percaya. Betapa tak bijaknya kau! If aku tahu tu semua, mesti aku tak akan terjerat dengan perkahwinan entah apa-apa ni!

"What a long story. Dah lah. Aku penat. Aku nak tidur. Kau tak nak tidur ke?" Eh mamat ni. Aku tampar kang! Entah lah. Geram aku dengan dia.

Apa motif sebenar dia ni? Aku still tak faham.

"Kau nak tidur dah ke?" Soal diriku. Apa kau ni, Mel? Dah biul ke otak tu. Terang-terang dia nak tidur. Dia hanya mengangguk. Baru sahaja aku hendak turun dari katil, suara garau itu menyeru namaku.

"Kau nak pergi mana?" Soalnya.

"Bilik aku lah."

"No more 'bilik aku'. From now on, this is bilik kita." Dua patah perkataan terakhir itu ditekankannya. Mataku membulat. What?! Me, him, one room?

"Kau gila ke, apa? Aku dengan kau, satu bilik?" Suara aku naik seoktaf.

"Aku tak gila. Kita ni suami isteri. Lupa? Dah. Tidur tidur sini."

Dia terus tarik aku ke dalam pelukkan. Maknanya, aku sekarang sedang baring mengiring ke kanan sambil berlapikkan lengan kirinya. Dia sedang mengusap kepala aku sambil memejamkan mata. Puas aku tolak tetapi dia tetap begitu.

"Honey, can you stay still?"

Kata-kata yang keluar daripada mulutnya membuatkan aku menghentikan perbuatanku.

"Kau panggil aku apa, tadi?" Mata aku mencerlung tajam mukanya.

"What? Honey?"

"Don't you ever, call me by that name again!" Marahku.

"Why?"

"Sebab... Amsyar calls me that back in the days. Now, I really hate that name." Aku menunduk. Terngiang-ngiang suaranya memanggil aku dengan gelaran itu membuatkan rasa marah aku kepadanya semakin membuak-buak.

"Habis, nak aku panggil kau apa? Sugar?"

"Kau ingat aku ni gula, ke?"

"Baby?"

"Aku dewasa bukan kanak-kanak."

"Sweetheart?"

Aku diam.

"Okay, sweetheart it is."

Aku menjelingnya. Eleh. Macam dia nampak. Dia dah tutup lampu dah tadi. Aku sebenarnya sedang menikmati bau badan dia. Wangi lah pula. Sabun apa dia guna? Ceh, alasan je kau ni Mel.

Dia mengalihkan lengannya daripada diletakkan di bawah kepala aku. Aku nampak dia sedang keluarkan sesuatu lalu diletakkan ke atas meja kecil di sebelah katil. Tidak lama kemudian, ternampak cahaya warna-warni yang terpacar dituruti dengan alunan merdu Al-Quran. Aku tahu apa tu! Alhaya Al-Quran night lamp!

Dia kembali baring. Kepalaku ditariknya. Nampaknya malam ni aku tidur berlapikkan lengan Luth. Entah kenapa aku tidak boleh nak tolak dia.

"Sebelum tidur, baca ayat Kursi. Aku harap kau tak terganggu aku buka alunan itu malam-malam. Itu rutin aku. Dengar alunan Quran sepanjang tidur."

Kau ingat aku syaitan ke, nak rasa terganggu?

"Goodnight, sweetheart. I love you. Assalamualaikum." Dahiku dikucup lama.

W-what?

Sah aku blushing. Nasib baik gelap. Aku pandang muka Luth yang sudah menutup matanya. Tangan kanannya masih ligat mengusap lembut kepalaku. Ada satu perasaan menjentik hati aku apabila melihat sisinya yang seperti ini. Tanpa sedar, aku tersenyum sendiri. Aku terus menutup mata aku, cuba untuk tidur.

2 MINGGUWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu