Bab 20 (Kerja)

1.3K 61 0
                                    

Aku bangun dan seperti biasa terus menuju ke dapur. Kelihatan ibu sedang memasak. Entah mengapa, hatiku sebak  seketika  apabila melihat keadaan ibu .

Aku terus menuju kembali ke bilik dan bersiap untuk keluar.

Setelah beberapa minit bersiap aku segera mengatur langkah turun ke bawah. Aku tahu orang pertama yang akan menegurku di bawah adalah ibu.

"Eh Mel.. nak pergi mana tu?"

Aku memandang ibu sambil menayangkan senyuman . " Mel nak pergi cari kerja"

"Ibu minta maaf Mel sebab selamani ibu tak pernah biasakan diri Mel untuk kerja...sekarang ni bila dah jadi macam ni Mel pulak yang kena susah-susah" aku perasan yang riak wajah ibu sudah bertukar sebak.

Aku hanya mengukirkan senyuman kepada ibu lalu terus mengatur langkah ke luar rumah.

Sebelum keluar, aku menuju ke pintu pagar dan sekali lagi aku menjumpai nota biru yang dilekatkan di pintu pagar sama seperti semalam.

Day 2

Eh? Kau jumpa nota ni kat luar? Kau nak pergi mana ni?

( Great things never comes from comfort zones!)

Where are you going? I'm watching you until kau bagi jawapan

KAHWIN ATAU TAK?!

NAFIS xoxo

Nota yang sama.
Dilekatkan pada pintu pagar yang sama.
Ada quotes seperti biasa.
Dan ianya juga daripada Nafis a.k.a Luth.

Aku terus masuk ke dalam kereta dan aku lekatkannya di bahagian hadapan keretaku.

Aku meneruskan perjalananku untuk ke Avaria Mall kerana itulah salah satu pusat membeli-belah yang berdekatan dengan rumah. 'cuba dulu lah kat situ, mana tau ada rezeki? '

Sambil-sambil memandu aku juga memerhatikan sekelilingku, tetapi sayangnya tiada tanda-tanda Luth sedang mengikuti aku.

Tibanya di Avaria Mall, benda pertama yang aku lakukan adalah meninjau sekeliling Avaria Mall mencari jika ada mana-mana restoran atau mini shop yang memerlukan khidmat pekerja.

Ada di antaranya yang memerlukan pekerja lelaki.

Ada yang mahukan pekerja wanita tetapi pekerjaannya pula terlampau sukar bagi aku.

Ada juga yang aku sendiri tidak mahu memandangkan kelakuan pekerja    lain yang agak sombong.

Akhir sekali aku tiba di 'Butik Bidara' iaitu butik yang aku kujungi bersama Amsyar sehari sebelum aku diculik.

Mengingatkan kenangan aku bersama Amsyar aku benar-benar tidak mampu , tetapi demi ayah aku kuatkan diriku dan melangkah juga ke dalam.

Sayangnya...butik itu juga tidak memerlukan mana-mana khidmat pekerja.

Seharian aku di Avaria Mall dan akhirnya aku hanya mampu pulang dengan keadaan 'Hopeless'. 

'Tiada harapan' itu yang aku rasakan.

_____________________________________ 
Hi guys!

Ingat tak chapter 2? Yang Amsyar bawak Mel pegi butik tu?

Yaa tu laa butik terakhir yang Mel pergi untuk cari kerja.

Hmm tapi kat situ pon tak da kerja..

Agak-agak Mel kena kerja kat mana?

Happy reading! Xoxo

2 MINGGUWhere stories live. Discover now