Ada yang tersenyum tidak kenal dunia terutama sekali pelajar sekolah ini yang belum kenal Ian itu.

Aku tahulah aura kelelakiannya terselah tapi tak perlulah sampai macam tu sekali. Salah Ian juga yang tunggu depan asrama perempuan ini kenapa? Nak cari perhatian pelajar perempuan ke?

Aku menghela nafas pasrah. Kemudian aku datang mendekati yang menyandar di tiang bangunan ini.

"Jom, pergi makan." Katanya lalu manarik tangan aku.

"Jap, dewan makan kat sanakan?" Aku kehairanan kenapa lelaki ini manarik aku ke arah berlawanan.

"Tempat kita istimewa sedikit," dia terus menarik tangan aku pergi ke satu bangunan.

Aku yang masih tidak tahu kemana lelaki ini bawa aku hanya mengikuti sahaja. Bagunan yang dia bawa aku seakan bangunan kaki tangan sekolah ini.

Kenapa dia bawa aku ke sini? Tak kan lah itu pula kan.

Kami berdua berhenti di sebuah pintu yang tertulis sesuatu di atasnya namun aku tidak dapat membaca kerana terlalu gelap suasana kini.

Pintu dikuak dan terus satu cahaya berwarna putih menyilaukan mata aku. Kami berdua masuk ke dalam bilik itu lalu Ian berjalan ke arah satu meja yang terletak di tengah bilik ini.

"Kau duduk sini," ujarnya menunjukkan kerusi disebelahnya.

Aku mengambil tempat duduk itu tanoa banyak cakap. Otak aku masih terfikir apa kenapa Ian mengajak aku ke sini?

"Ian, kenapa-"

"Kamu sudah datang Ian. Sorry lambat sikit," satu suara wanita memotong pertanyaan aku tadi.

Aku menolehkan kepala aku dan kelihatan ibu bapa Ian berjalan menuju ke bilik ini.

Aku sudah jangka semua ini. Itulah sebab dia ajak aku ke sini. Semuanya sebab nak makan malam bersama ibu bapanya. Pertemuan keluarga ini perlu ke ajak aku sekali? Tak faham betul aku dengan lelaki ini.

"Kamu pun datang Rechel. Bagus, banyak lagi orang lebih meriah dinner ni," ujar bapa Ian, encik Eric kepada aku.

Aku menghadiahkan senyuman kepada pasangan ini. Inilah ibu bapa Ian, pianist terkenal dan pencipta sekolah ini, encik Eric dan puan Alya.

Aku sudah lama mengenal mereka sejak aku berkawan dengan Ian sejak kecil. Jadi mereka pun sangat kenal akan aku kerana aku antara kawan Ian yang paling rapat.

Selepas beberapa minit mereka berbual, akhirnya sesi makan malam kami pun bermula.

Sesi menjamu selera ini sungguh meriah dengan ibu baoa Ian tidak hentu bercerita kepada kami cerita mereka.

Aku dan Ian pula merelakan telinga kami mendengar cerita itu. Sebenarnya aku suka mendengar mereka bercerita. Macam-macam benda yang aku dapat tahu dan suasana dekat sini menjadi meriah akibat mereka.

Inilah suasana makan malam yang aku mahukan. Tidak terasa tegang dan menakutkan hanya perasan senang dan tenang sahaja.

Sungguh berbeza dengan keluarga aku. Kadang-kala aku iri hati dengan Ian yang mendapat ibu bapa seperti ini.

Yang penyayang, baik hati dan menjaga dia sebaiknya. Aku juga mahukan semua itu.

Aku mahu merasa kehangatan kasih sayang keluarga yang tidak pernah aku rasai. Andai sahaja ibu aku masih hidup, adakah aku akan merasakan semua itu?

Andai sahaja...

Aku mungkin tidak dapat merasai kehangatan kasih sayang itu namun melihat keluarga lain mendapat kasih sayang mereka pun sudah cukup untuk aku.

Lagipun keluarga aku tidak akan menerima manusia yang sudah rosak seperti aku. Atau lebih tepat mereka tidak akan menerima pembunuh ini.

Gelaran itu memang sudah terkunci pada diri ini. Jadi tidak hairanlah pembunuh ini tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya.

Aku lebih rela dibenci daripada terus hidup dengan kasih sayang yang palsu. Mendapat kepalsuan yang menyenangkan lebih sakit daripada mendepat kebenaran yang menyakitkan.

Sedih pula mengenangkan nasib Rechel yang kurang kasih sayang keluarga tu

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Sedih pula mengenangkan nasib Rechel yang kurang kasih sayang keluarga tu.

Silent Melody [✔️]Onde histórias criam vida. Descubra agora