"Hari ni ke? Jadi memang confirm lah kita akan pergi?" Ian mengangguk menjawab soalan aku.

"Mesti best kan nanti."

"Apa yang best nya?" Soal Ian.

"Ya lah, sekolah tu sekolah yang aku fikir nak masuk tapi tak dapat. Jadi kalau dapat pergi sekali mesti best dapat tengok sekolah tu."

Memang betul aku mengidamkan memasuki sekolah itu. Ketika ujian kemasukan dahulu aku sanggup berlajar bersungguh-sunguh untuk lulus. Tapi tak berjaya sebab ilmu muzik aku tak cukup kuat.

Aku tak tahu seberapa pandai murid sana pasal muzik sampai tahap masuk sekolah pun susah.

Kalau sehebat Claire, mungkin aku kena belajar lebih. Tapi rasanya Claire tu terlebih pandai, masuk sekolah tu memang kacanglah baginya. Apatah lagi dia datang dari keluarga besar dalam dunia muzik.

"Aunty dan uncle ada cakap apa-apa tak pasal lawatan tu?" Soal ku balik.

Ian menggelangkan kepalanya sambil menguyah bijirin yang dipesan olehnya tadi.

Pelik betul, biasanya benda macam ni memang ibu bapa Ian akan beritahu. Mereka yang buat festival itu jadi tak kan tak nak beritahu anak dia.

"Rachel, aku baru teringat. Semalam aku nampak kereta abang kau masuk sekolah ni, kenapa?"

"Dia hantar aku," selamba aku menjawab.

"Hantar kau? Kenapa tiba-tiba? Lama ni bukan main kau datang, balik pakai grab jer."

"Manalah aku tahu. Dia tu yang tiba-tiba. Kau fikir aku nak ke? Waktu dia hantar aku tu, aku rasa macam dah nak kena bunuh, kau tahu tak. Ni nasib aku masih hidup," balas aku membuat dia tertawa.

Puas nampak tertawakan aku? Kalau dia ada ditempat aku baru dia tahu rasa aura membunuh tu.

"Kau tu cakap orang jer, kau tu kenapa datang sini tak bawa kereta sendiri. Nak juga pakai grab."

"Aku malas nak bawa kereta tu. Kalau aku bawa kan kecoh satu sekolah ni. Lagi parah kalau diorang tahu nama keluarga aku nanti," selamba dia membalas.

Aku memberi jelingan kepadanya. Apa susah sangat dedahkan nama keluarga tu. Tahulah dia tu datang dari keluarga yang membina sekolah ini tapi apa salahnya dedahkan. Nanti satu hari terbongkar juga.

Aku kagum juga dia bersekolah di sini hampir 4 tahun tapi tak ada sorang pun tahu dia ni datang dari keluarga mana. Kalau tahu macam mana agaknya reaksi mereka.

"Kau apahal duduk sini? Dah pergi duduk tempat lain. Ini tempat duduk kami berdua. Ada hati nak ambil," satu suara lantang mengarahkan seorang budak yang duduk di meja tidak jauh dari kami.

Aku yang duduk di tepi tingkap ini hanya berasa kesian pada budak itu diarahkan oleh Eva dan rakannya Alice itu. Banyak lagi tempat duduk yang kosong tapi diorang tu nak juga tempat itu.

Tak tahu tahulah apa yang istimewa sangat tempat duduk itu.

"Wey Ian, kalau satu hari nanti kau dapat partner dengan Eva tu, kau nak tak?"

Ian tersenyum senin lalu tetawa sedikit.

"Aku lebih rela gagal exam dari partner dengan dia," jawabnya membuat aku tertawa. Sampai macam tu sekali benci kau pada dia.

"Kenapa tak?" Soal aku lagi.

"Kenapa tak..." dia membuat muka sedang berfikir.

"Mungkin sebab aku sukakan kau!"

Tangan yang ingin menyuap sandwich tadi terhenti. Apa benda yang lelaki ini cakap tadi? Aku tak salah dengar ke.

"Kau permainkan aku ke?" Soal aku mendapat kepastian.

"Tak, aku memang sukakan kau."

Seketika aku terasa masa terhenti. Salah makan ubat ke lelaki ni pagi tadi. Ke aku yang salah faham.

"Kau agak-agaklah," aku tidak percaya.

"Ya lah. Aku lebih sukakan kau dari dia. Kau fikir aku dapat tahan dengan si gedik tu."

Lega hati aku. Itu rupanya maksud dia. Ingatkan apa tadi.

Jam ditangan aku dilihat oleh aku. 10 minit lagi masa sarapan pagi aku tamat. Aku dengan pantas memakan sandwich dan meminum susu yang dipesan tadi.

Setelah selesai, aku dan Ian meninggalkan tempat itu menuju ke sekolah kamu yang terletak di hadapan asrama ini sahaja.

Ian main kata dengan buah hati pula

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Ian main kata dengan buah hati pula. Kena beritahu Eric dan Alya ni, anak dah pandai nak bercinta.

Silent Melody [✔️]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu