Bab 14 - Terikat Sebuah Janji

Start from the beginning
                                    

Huh! Kalau lah mereka tahu yang alam dewasa di masa depan nanti tidak seindah sekarang, tentu selamanya mereka mahukan umur mereka di tahap remaja dan tidak mahu masuk ke alam dewasa. Sejurus itu aku terus terfikirkan Daniel. Benarkah Aku mencintai dia dengan rasa ikhlas hati? Benarkah Aku akan menjadi isterinya dimasa depan? Ataupun, dia hanyalah bayangan aku?

"Dah sampai mana dah?" Tiba tiba terdengar satu suara menyapa Aku. Oh, Iskandar rupanya.

Aku terus merenung ke depan. Malas mahu pandang wajahnya yang mungkin akan mengundang rasa sakit di hati aku ini. Tiba tiba pula terasa ada kain membalut tubuh aku. Ya Tuhan, selesanya! Aku menoleh ke arahnya yang sedang duduk di sebelah aku. Kain tuala yang dari tadi tersangkut di bahunya sudah membalut tubuh Aku. Dia menghulurkan segelas kopi panas. Dia ni macam tahu tahu je apa yang aku sangat perlukan di waktu ini. Tanpa banyak tanya, aku terus menyambut pemberian itu.

"Dah biru dah bibir kau tu. Minum cepat!" Arah Iskandar kemudian meneguk minumannya.

"Terima kasih" ucap Aku seikhlas hati dan sebaik saja air panas itu mengalir dalam kerongkong masuk ke dalam badan, aku mula berasa sangat selesa.

"Kasih diterima" balas Iskandar perlahan kemudian dia merenung ke arah wajah Aku.

Serentak itu jantung aku berdegup dengan laju. Lekas lekas aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Kami berdiam diri buat seketika. Hanya memerhati teman teman yang sedang asyik mandi manda dan bergurau senda.

"Liyana tak marah ke kau buang masa dengan aku ni?" Aku mula rimas dengan keadaan yang sunyi ini.

"Hak aku. Kenapa dia nak marah pulak" Iskandar membetulkan duduknya.

Aku dapat merasakan kehangatan badannya apabila secara tidak sengaja lengannya bersentuhan dengan lengan aku. Tiba tiba saja terasa seperti terkena renjatan elektrik. Badan yang tadinya sejuk tiba tiba terasa panas. Bahaya sungguh. Aku berganjak menjauh sedikit.

"Okay. Aku mintak maaf sebab buat perangai dengan kau sejak kebelakangan ni" Iskandar bersuara memecah suasana sunyi.

Aku terkedu. Bulat mata aku memandang ke arah wajahnya. Tak sangka pula dia sanggup meminta maaf. Aku ingatkan sampai sudah dia akan terus membenci aku.

"Hadiah kemenangan haritu kau suka tak?" Iskandar menoleh seketika memandang aku kemudian kembali memandang ke hadapan.

Aku senyum. "Mestilah suka!"

"Suka je? Selain tu?" Dia mengerling.

"Terharu"

"Lagi?"

"Erm.." tiba tiba aku terasa semacam. Seperti ada bunga yang makin mekar di dalam hati.

"Agak agak kau tahu tak kenapa aku hadiahkan kemenangan tu kat kau?" Sekali lagi dia merenung Aku.

"Entah.. sebab kau nak menanglah" Aku menelan air liur.

Iskandar menggeleng. "Sebab aku nak hati kau rasa tenang" Iskandar bersuara perlahan. "Dan.. Aku nak kau.." Dia berdehem perlahan kemudian mengalihkan pandangan dari terus merenung wajah Aku.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now