Andai aku boleh bertukar tempat, sudah semestinya aku ingin ibuku hidup berbanding dengan diri ini.

Kereta ini memasuki perkarangan asrama sekolah aku setelah 20 minit memandu. Kelihatan banyak para murid tiba dengan ibu bapa mereka sebagai penghantar.

Kereta ini berhenti tempat di hadapan asrama perempuan yang terletak tidak jauh dari asrama lelaki. Tempat ini seakan bukan asrama tetapi hotel kerana ini adalah sekolah swasta.

Semuanya harus lain dari sekolah lain. Jadi tidak hairanlah kalau dalam asrama ini ada lift, lobi dan kantin yang seakan restoran.

Aku turun dari kereta ini dan mencapai beg bagasi aku. Mata abang aku hanya memerhati pergerakkan aku. Dia seperti ingin memberi amaran kepada aku.

"Terima kasih," ucap aku lalu aku berjalan meninggalkan kereta itu. Tidak mahu aku berada dekat dengan orang seperti itu.

"Tunggu dulu!" Suaranya memberhentikan langkah aku.

Aku memusingkan badan aku. Dia yang sudah turun dari kereta tadi berjalan menuju ke arah aku.

"Untuk kau," dia memberikan aku satu kad bank.

Aku mengambil kad itu dan membelek-belek kad tersebut. Kenapa dia beri aku kad kredit dia? Blackcard milik dia pula tu.

"Kau guna card tu selama kau dekat sini. Password ada dekat situ," ujarnya mengejutkan aku.

Buat apa aku guna kad kredit dia. Sedangkan aku boleh guna kad aku sendiri. Bukannya aku tidak ada duit pun. Cuma kad aku bukanlah blackcard seperti dia.

"Rechel ada card sendiri," balas aku.

"Aku kata guna, guna saja. Jangan banyak cakap," katanya lalu meninggalkan aku.

Kereta yang dipandu tadi terus keluar dari perkarangan sekolah ini. Aku pula hanya mengeluh disitu. Setidaknya aku sudah boleh bebas dari keluarga itu buat masa sekarang.

Aku mengeluarkan beg tangan aku lalu menyimpan kad tadi. Satu kertas kecil yang diberikan sekali dibaca oleh aku.

Seingat aku dia kata, ini kata laluan kad kredit dia tapi kenapa guna tarikh lahir aku. Pelik betul. Ada salah ke?

Aku yang malas berfikir itu hanya menyimpan sahaja kad tadi. Bukannya aku guna pun nanti jadi buat apa aku fikirkan pasal kata laluan itu.

Bagasi ditarik semula masuk ke dalam kotak lift. Butang menuju tingkat 10 ditekan. Sesampai sahaja ke sana aku terus berjalan munuju bilik aku.

Kad pelajar aku diimbas di kunci pintu bilik aku untuk membukanya. Hebat bukan sekolah ini. Asrama sahaja sudah seperti hotel, belum lagi sekolahnya. Memang besar mengalahkan pusat beli-belah.

Beg tangan yang dibawa aku tadi dicampak ke atas katil lalu aku berbaring di atas katil itu.

Akhirnya kebebasan yang aku cari setelah hampir 3 minggu cuti dan balik rumah puaka itu. Aku lebih suka sekolah. Sekurangnya tidak ada perasaan takut dan membunuh sekeliling aku.

Ting!

Kedengaran satu bunyi menunjukkan satu pesanan tiba di telefon aku. Beg yang ada di sebelah aku diambil lalu aku mengeluarkan telefon tersebut.

"Dah sampai ke?"

Pesanan yang datang dari Ian. Aku tersenyum mendapat pesanan itu. Tahu sahaja bila aku akan sampai ke sekolah ini.

"Kalau dah, jumpa aku dekat kantin sekarang. Aku berlanja kau makan."

Semakin lebar senyuman aku. Benda percuma adalah benda yang paling aku suka.

Tanpa berlengah masa, aku terus bersiap dan melangkah menuju ke kantin asrama ini untuk menemui Ian.

.
.
.
.
.

Mata Arshen tekun memandang jalan raya sambil dia memandu kereta. Tetapi fikirannya bukanlah ke arah pemanduan. Fikiran ia penuh dengan apa yang dia lihat terhadap Rechel tadi.

Dia perasan ketika Rechel mengambil kad kreditnya tadi bahawa pergelangan budak itu terdapat balutan kain luka.

Otak dia kuat memikirkan kenapa tangan gadis itu dibalut. Kalaulah dia tidak bagi kad tadi mesti dia tidak tahu akan hal itu.

Dia juga perasan bahawa adiknya itu selalu menggunakan baju berlengan panjang ketika dia berjumpanya di rumah.

Pada waktu itu dia tidak kisah kerana lelaki itu memikirkan itu hanya pakaian tetapi bila dia sudah melihat balutan tadi, dia semakin pelik dengan sikap Rechel itu.

Sikap dia bukan seperti biasa. Keadaan dia juga semakin pelik dan bertambah suram sejak beberapa tahun ini.

Dia tidak tahu kenapa, tetapi kali ini lelaki itu memang seperti mengambil kisah akan adiknya itu.

Adiknya itu seperti ada menyorokkan sesuatu daripadanya dan benda itu membuat hatinya tidak senang.

Apa yg korang fikirkan pasal Arshen ni? Personaliti dia buruk ke baik?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Apa yg korang fikirkan pasal Arshen ni? Personaliti dia buruk ke baik?

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now