E19 (FINAL)

44 6 17
                                    

Hai...saya kembali!. Sorry sbb korang lama tunggu sambungan ni ye. Sbb saya memang busy dgn KK yg cikgu bagi. Okaylah maybe ini episode last....so bersedia kawan2..

~enjoy~

Mark membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengerutkan keningnya kerana menahan sakit yang datang dari sisi perutnya yang tercedera. Merasakan Mark bergerak Jb terbangun dari lenanya.

"Mark jangan bergerak sangat nanti jahitan tu terbuka semula." Tegur Jb perlahan dengan suara khas orang baru terjaga. Mark akur. Nanti dia pula yang susah.

"Junior mana Jb?" Pertanyaan Mark itu membuatkan Jb menundukkan wajahnya. Tidak mahu bertentangan mata dengan Mark. Mark rasa tak sedap hati. "Jb jawab aku Jb! Mana Junior?!" tanyanya tapi meringis menahan sakit kerana dia menggunakan suaranya keras.

Jb kembali memandang Mark dengan wajah yang berlinangan air matanya. "Mark...Ji..Ji..Jinyoung tengah kritikal..doktor kata..kita hanya perlu berdoa saja sekarang ni" luahnya sambil mengesat air matanya yang tengah mengalir. "Jinyoung demam panas waktu doktor tengah buat pemeriksaan. Dia juga banyak kehilangan darah. Paru-paru dia banyak dimasuki oleh air waktu mula-mula dia dirawat" sambungnya. Dia mengesat air matanya yang baru mengalir. "Waktu doktor tengah rawat dia degupan jantungnya tiba-tiba berhenti. Selepas tiga kali di kejutkan guna benda alah tu (sorry xtau nama dia😅) barulah jantung Jinyoung berdegup semula. Kata doktor lagi kalau Jinyoung masih perlu bantuan mesin-mesin tu semua lebih daripada seminggu...itu bermakna Jinyoung dah tinggalkan kita semua" kata Jb lagi. Sedihnya tidak dapat diungkapkan.

Setelah mendengar semua cerita daripada Jb air mata Mark turut mengalir. "Bawa aku jumpa dia Jb. Aq nak jumpa dia Jb..." rayu Mark.

"Kalau macam tu aku ambil kerusi roda dulu. Kau tunggu kat sini." Kata Jb. Mark akur saja.

Semasa menuju ke ruangan di mana Junior ditempatkan Jb berkata. "Mark...nenek mummy dan daddy kau pun ada.." katanya.

"Nenek?! Buat apa dia ada di sini? Bukan dia ke yang nak sangat Junior mati?" Luahnya dengan hati yang sakit.

"Mark...nenek kau dah menyesali apa yang dia buat dengan Jinyoung. Dia dah menyesal Mark. Selama 3 hari kau tak sedar...Teacyeon cerita semuanya dan dia sudah menerima hukuman setimpal Mark. Yugyeom pula terpaksa ditahan untuk sementara waktu bagi membantu siasatan" cerita Jb.

Sampai di tempat Junior ditempatkan Mark menyuruh Jb berhenti menyorongnya memandang orang-orang yang tengah menyambutnya datang. Kelihatan neneknya belum lagi berhenti menangis kerana masih dupelukan mummynya. Dia memandang pula bilik yang mempunyai cermin yang lut sinar yang membolehkan dia nampak susuk yang disayanginya terbaring tidak bermaya di situ. Dengan bermacam-macam mesin yang membantunya untuk bertahan. Air matanya kembali mengalir. Mark mendakapkan tangan kanannya pada cermin tersebut seolah-olah membelai wajah adik kesayangannya.

Jb menggosok kedua-dua belah bahu Mark dengan lembut. Dia tahu Mark sedih. Semua orang pun sedih melihat keadaan Junior sekarang ni yang langsung tidak menunjukkan perubahan. Jackson pula berjalan mendekati mereka berdua. Manakala Bambam dan Youngjae pula hanya mampu berdiam melihat drama menyedihkan keluarga tersebut. Mereka pun sedih jugak sebab Junior sahabat mereka. Suasana sedih itu dikejutkan dengan bunyi mesin yang digunakan pada Junior berbunyi yang menunjukkan degupan jantung Junior tidak terkawal. Mereka semua kecoh tetapi berhasil memanggil doktor.

"Junior! jangan tinggalkan kami Junior!" jerit Jackson yang hanya mampu melihat doktor dan misi cuba mengembalikan nyawa adik kesayangannya. Mark pula pengsan kerana terlalu terkejut ditambah lagi badannya yang masih lemah. Mark dibawa oleh misi yang lain ke biliknya semula.

5 bulan kemudian~

Suara jeritan seseorang membuatkan Song Ra terkejut yang sedang menyiram bunga-bunganya. Setelah dia tahu empunya suara itu dia hanya menggelengkan kepala lalu tersenyum. Kemudian kedengaran pula bunyi beberapa derapan kaki yang berlari-lari. Sehinggalah..

"Nenek tolong Jinyoung nek! Abang ni hah tak puas lagi nak kacau Jinyoung" adu Junior sambil menjadikan neneknya sebagai perisainya. Mark, Jackson dan Jb tertawa melihat adik mereka yang hampir kalah.

"Ish! apa ni. Kenapa korang buli Jinyoung ni." kata Song Ra sambik melindungi cucu bongsunya.

"Jinyoung! ni mana aci! Nenek mana boleh ikut" beritahu Mark.

"Apa pulak tak acinya. Abang 3 orang Jinyoung sorang je tau. Macam mana nak lawan? Tu yang tak acinya!" balas Junior sambil menjelirkan lidahnya. Setelah itu dia berlari semula lalu dikejar oleh abang-abangnya.

Semasa Junior ingin menuruni tangga dia tanpa sengaja tertendang kakinya sendiri yang menyebabkan dia terjatuh bergolek hingga ke hujung tangga. Apa lagi sepantas kilat Mark, Jackson dan Jb menuju ke arahnya. Junior didapati pengsan.

"jinyoung! Jinyoung! bangun" kata Mark sambil membawa kepala Junior dalam pangkuan. Suasana yang penuh kerisauan itu diganti dengan suara Junior yang ketawa kelucuan.

"Dramatik betullah abang ni" usik Junior sambil ketawa.

"Ingat lawak ke?" tanya Jackson dengan wajahnya yang serius. Melihat abang-abangnya berwajah tegang dia menundukkan kepalanya. "Kami tak nak kehilangan Junior tau!" katanya lagi.

"Jinyoung, ni bukan lawak tau. Abang panik tau tak. Nasib baiklah abang ni tak ada sakit jantung" tambah Jb lagi sambil membelai kepala Junior. "Ada sakit kat mana-mana tak?" tanyanya lembut. Junior menggeleng kecil. Mereka semua pun menghela nafas lega.

"Janji jangan buat lagi?" tanya Mark.

"Janji." jawab Junior sambil tetsenyun. Mereka berempat pun berpeluk.

TAMAT

Okay gaiss sampai di sini saja ceritanya. Harap korang suka.hihi. Maaf kalau ada kesilapan yang sata buat sepanjang penulisan ini ye. Bye.

{1} Junior✓Where stories live. Discover now