E10

48 5 10
                                    

Hai korang...lama x jumpa. Sorry sbb saya busy akhir2 ni😞 sampaikan xda masa nk jenguk story saya sendiri. Oky...btw saya nk korang enjoy baca ep. kali ni ye..sorry sbb lambat.

Peringatan: sorry kalau ada typo. Sbb saya mls nk edit. Yg penting sekali jgn cuba2 nk curi story saya ye...walaupun saya x tau org tu...tpi Tuhan tau..😊.

Selamat membaca~

Junior langsung dikejarkan ke hospital. Sampai sahaja di hospital Mark, Jackson, Na Ra dan Daniel termasuk Song Ra diminta untuk menunggu di ruangan menunggu pesakit. Mark melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Jackson yang cuba di tenangkan oleh Daniel. Na Ra pulak menenangkan ibu mertuanya yang ketakutan. Mark meraup wajahnya resah dan ketika itulah telefonnya berdering meminta di angkat.

"Hello.."

"....."

"Oh...Junior memang tak bawa telefon dia"

"...."

"Dia ada dengan kitaorang kat hospital. Junior cedera Jaebum" kata Mark dengan suara yang bergetar.

"...."

"Baiklah...aku akan hantar location dekat kau."

Tidak menunggu lama Mark memberikan lokasi hospital yang merawat Junior kepada Jb.

Jb tiba sebaik sahaja seorang doktor lelaki yang bernametagkan Yoo Jin Goo bersama beberapa misi yang merawat Junior keluar daripada ruang kecemasan. Mark, Jackson dan Jb terus menerpa doktor tersebut. Daniel dan Na Ra juga turut berdiri.

"Macam mana dengan adik saya doktor?" tanya Mark. Yang lain hanya menunggu jawapan daripada Yoo Jin Goo.

Doktor itu membuka mask yang dipakainya tadi terlebih dahulu. "Buat masa ni saya tak boleh terangkan secara detail sebab pesakit bertarung nyawa tadi untuk terus hidup. Kerana air banyak masuk ke dalam paru-paru pesakit tadi mungkin disebabkan dia berada di dalam air terlalu lama. Buat masa sekarang ni pesakit sudah stabil" terang Yoo Jin Goo.

"Kira-kira bila boleh anak saya sedar doktor?" tanya Daniel pula.

"Soal itu saya pun tak tau nak simpulkan. Banyakkanlah berdoa agar dia cepat sedar." jawab Yoo Jin Goo.

"Jadi maksudnya adik saya koma ke doktor?" tanya Jackson.

Yoo Jin Goo beralih memandang Jackson. "Kira macamtulah...kerana kita tak tau dia akan sedar bila. Ada apa-apa soalan lagi?. Kalau tak saya nak berlalu dulu." ujar Yoo Jin Goo lantas terus meninggalkan keluarga tersebut. Jb yang berada di belakang Mark senyap-senyap menyapu air matanya yang mengalir ke pipi dengan belakang tangannya. Mark yang berada di dihadapannya meremas rambutnya sendiri Jackson pula memdudukkan dirinya pada kerusi yang ada di situ. Na Ra menangis sambil memeluk suaminya. Daniel berusaha menenangkan isterinya manakala Song Ra pula masih beku di tempat duduknya.

Junior ditempatakan di dalam wad VIP ini kerana Daniel sendiri yang memintanya. Mark yang ditemani oleh Jackson dan Jb menunggu Junior sedar kembali. Mark berada di tepi katil Junior sambil menggenggam tangan kanan Junior. Jackson dan Jb pula sudah terlelap di sofa yang berada di dalam wad tersebut. Mark memandang wajah Junior yang pucat dengan mask oksigen yang membantu Junior untuk bernafas. Dadanya turun naik menunjukkan si pemilik badan masih bernafas. Matanya masih terpejam rapat tak ada tanda-tanda dia akan sedar dalam waktu terdekat ini. Mengingatkan hal itu Mark mengucup tangan Junior yang berada digenggamannya berharap dapat memberikan semangat kepada adiknya itu supaya bertahan dan kembali kepada mereka semua.

{1} Junior✓Where stories live. Discover now