Episod 8: THANKS MR GHOST!

Start from the beginning
                                    

Kebetulan dekat rumah aku ada sebatang pokok durian yang selalu menjadi buahnya. Walaupun cuma sebatang pokok, tapi setiap kali tiba musim durian jenuh juga kami makan durian. Bukan saja keluarga, malah kadang-kadang ayah aku sampai pernah buat kenduri pulut durian untuk semua jiran sekampung. Begitulah banyaknya buah durian yang dihasilkan pokok itu.

Satu malam Jumaat, Matt dan Chan keluar malam seperti biasa. Ketika aku sedang mengutip buah durian yang luruh lepas waktu Maghrib, mereka melintas di depan aku dengan basikal mereka.

"Jaga-jaga keluar malam...malam ni malam Jumaat..!!" aku cuba menakut-nakutkan mereka.

"Malam apa pun sama saja...kalau jumpa hantu kami nak masuk dalam botoi, kami jual boleh jadi kaya!!" sambut Matt sambil gelak besar.

Lepas mengutip beberapa biji durian yang luruh, aku masuk semula ke dalam rumah.

Kira-kira pukul 11.30 malam, ketika ibu bapa aku dan adik-adik bersiap-siap untuk tidur, mereka terkejut besar apabila mendengar suara budak-budak menjerit.

"Hantu...hantu...tolonggggg, hantu!!!!...." diikuti bunyi ketukan kuat di pintu rumah kami.

Ayah aku cepat-cepat membuka pintu. Kelihatan masa tu Matt dan Chan berada di depan pintu dengan wajah pucat lesi. Matt yang menggeletar seluruh tubuh tiba-tiba jatuh atas lantai rumah tak sedar diri. Chan pula tak mampu bercakap, hanya tubuhnya terketar-ketar menyebut "hantu..hantu..hantu" berulang kali.

Selepas Matt pulih dari pengsan dengan bantuan ayah aku, Chan pula sudah boleh bercakap semula, barulah terdengar kedua mereka bercerita.

"Ada hantu di perdu pokok durian tu...pakai baju putih..."

"Bukan hantu kot.." ayah aku cuba tenangkan mereka, "Kot ada pakaian orang tersangkut kat pokok tu..."

"Hantu...memang hantu..Ada suara gelak-gelak lagi, tinggi pula tu...." jelas Chan.

"Tinggi mana?" tanya ayah aku.

"Tinggi 10 kaki!!" jawab Matt.

Tinggi 10 kaki...tingginya hantu itu?

Sebenarnya semua dialog antara Matt dan Chan dengan ayah aku itu diceritakan balik kepadaku oleh adik perempuan aku. Ketika itu aku berada di luar rumah kerana sesuatu operasi khas.

Malam itu ayah aku terpaksa menghantar dua budak tu balik ke rumah ibu bapa mereka, sebab mereka sendiri tak berani balik bersendirian ke rumah kerana takut disergah hantu 10 kaki itu sekali lagi.

Ketika aku masuk ke dalam rumah, tiba-tiba adik perempuan aku terperasan sesuatu.

"Apa dalam plastik tu, abang?"

"Buah durian" jawab aku cepat-cepat ke dapur.

Adik perempuan aku mengekori aku dan tiba-tiba dia merampas beg plastik tersebut.

"Patutlah tadi orang cari kain telekung nak solat tak jumpa, haaa....rupanya abang yang jadi hantu usik budak-budak. Kesian depa....sampai ada yang pengsan!!!" kata adik perempuan aku sambil ketawa kuat.

"Jangan bagi tau ayah nooo...nanti abang kena bedal!!" kata JR kepada adik.

Esoknya pecah cerita satu kampung di bawah pokok durian dekat rumah aku ada hantu. Tapi yang best nya versi cerita hantu itu ditokoh tambah hingga ada yang kata ia setinggi pokok kelapa!!

Yang aku heran macam mana aku yang cuma setinggi 1.7 meter (5' 6") boleh kelihatan seperti 10 kaki seperti yang dikatakan Matt dan Chan?

Akibat terkejut 'hantu pokok durian' itu Matt demam selama seminggu, manakala Chan seperti lemah semangat dan tak berani lagi keluar malam.

Beberapa hari lepas itu aku pergi melawat Matt dan Chan yang kebetulan rumah mereka cuma sebelah menyebelah. Ketika itu ibu bapa mereka juga ada di rumah. Aku bawa bersama sedikit buah epal dan anggur sebagai buah tangan untuk pembuka selera budak yang demam. Seronok aku tengok mereka makan dengan berselera buah-buah pemberianku.

Aku tidak bercerita kepada kedua ibu bapa mereka tentang watak sebenar di sebalik hantu yang berpakaian putih dekat pokok durian itu. Keadaan belum sesuai untuk bercerita ketika anak-anak mereka belum pulih. Nanti kalau keadaan sudah reda, aku akan bercerita perkara sebenar. Aku janji!

Apa pun, peristiwa itu membawa kesan baik kepada Matt dan Chan kerana lepas itu mereka berdua tak keluar malam lagi. Ia sangat menggembirakan kedua ibu bapa mereka. Tentu kedua ibu bapa Matt dan Chan berterima kasih kepada hantu itu yang telah berjaya memulihkan perangai negatif anak-anak mereka. Terima kasih Encik Hantu!

Sebulan lepas duduk di kampung tanpa kerja, akhirnya aku mula jemu. Ya lah..bertahun-tahun hidup dalam dunia pendidikan yang asyik "kelebek" buku, sekarang pula banyak masa dengan tidur siang, berborak dan menyakat orang, lama-lama jemu juga dengan aktiviti tak bermanfaat itu. Lebih menjemukan bila kerja suka menyakat orang itu kadang-kadang hanya menyakitkan orang lain seperti yang berlaku kepada Matt dan Chan.

Lalu kerana sudah jemu duduk di rumah tanpa buat apa-apa projek besar, aku pun mula minta kerja. Betul kata ibu, aku memang selalu bernasib baik. Percubaan pertamaku berjaya. Aku dipanggil interview, kemudian suatu hari bertuah aku dipanggil untuk memulakan kerja baruku di KL.

Dan di alam pekerjaan inilah paling banyak kisah misteri melingkari hidupku apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai makhluk-makhluk aneh dengan pelbagai jenis rupa dan bentuk...

*Kelebek: slang utara bermaksud tekun, bersungguh-sungguh beri perhatian.

I ❤️ MY READERS
VOTE JIKA SUKA 😃
ABAIKAN JIKA BENCI 😭

Episod seterusnya:
BANGLO PUAKA TEPI KUBUR
--------------->

Jangan Buka HijabkuWhere stories live. Discover now