34

396 67 6
                                    

"Lepaskan aku." Humairah meronta-ronta minta dilepaskan. Tangannya sudah berbirat dek terkena tali rafia yang tebal itu.

"Huh, senang je Mark kawin dengan kau." kata Erin. Aku merengus geram. Wanita itu mendekati aku perlahan.

"Macam mana Mark boleh suka orang kampung macam kau nih...em?" pipi aku ditepuk berulang kali.

Aku melihat Areum yang sudah nyawa-nyawa ikan. Bila-bila masa sahaja dia boleh mati kesakitan disitu.

"Perjanjian keluarga aku dan Mark belum selesai lagi. Kau dah hancurkan semuanya." kata Erin. Aku memandang nya pelik.

"Kau..."

"Ya, aku adik Farah." kata Erin sambil tersenyum sinis. Aku memerhatikan setiap inci wajah nya.

Ya, ada persamaan.

"Malangnya, Mark dh masuk islam dulu. Huh, giler." Erin membaling pasu bunga tepat ke wajah ku.

"Muka kau, sama  macam Farah ! Disebabkan perempuan sundal tu ! Mak aku dah tak percayakan aku lagi !" kata Erin. Nafas nya tidak teratur dek terkena api kemarahannya.

"Aku yang patut kawin dengan Mark ! Bukan kau ! Kau patut mati." beberapa orang lelaki memukul badan aku.

Rasa sakit itu, aku tahan. Aku merasakan seperti tulang aku hampir patah.

"Semoga, kau masih hidup sampai Mark selamatkan kau." kata Erin.

........................

Mark meraup wajah nya kasar. Selama beberapa jam menyiapkan kerja, dia tidak boleh fokus kerana Humairah hilang malam tadi.

"Aku tak boleh fokuslah." kata Mark kepada Jaemin. Nafas nya tidak teratur.

"Kita doa banyak-banyak. Insyallah, semua akan ok." kata Jaemin dengan satu senyuman.

"Macam mana aku tak risau. Dia hilang, aku yang bersalah dalam semua ni. Aku yang buat dia skit hati, aku yang—"

"Nae, arasseo. Dah bertaubat belum?" tanya Jaemin. Mark mengangguk seperti bayi kesedihan.

"Ha, takpe. Yuta dengan Jaehyun akan tolong nanti." kata Jaemin. Mark mengangguk lemah.

Jaemin dan Mark bersama-sama ke surau berdekatan office mereka. Perkara yang wajib perlu dilakukan dahulu. Baru hidup berkat.

"Mark ! Markkkkkk !" Johnny membuka kopiah dikepala nya. Teekejut Jaemin dan Mark mendengar lolongan suara Johnny.

"Shushh ! Ni surau lah. Jaga adab." kata Mark. Johnny tersenyum sumbing.

"Jaehyun...dah tahu kat mana Humairah !"

...........................

"Erin." Mark masih ingat. Wanita yang disangkakan 'cantik' itu rupanya adik Farah.

"Aih, mata kau mmg tajam heh Mark. Pandai kau cari pompuan lawa." mulut Haechan di pukul Syarah.

"Mata awak tu yang gatal !" kata Syarah. Haechan hanya menunduk dek terkan makian oleh isteri nya.

"Dia...adik Farah." kata Diana. Ya, dia tahu akan kisah silam Farah yang sangat teruk.

"Mark, aku tahu kau tak ingat apa-apa. Tapi, Farah dengan kau dah lama ada ikatan. Hanya kerana perbezaan agama, korang tak boleh disatukan." kata Diana.

Mark terpempan. Sungguh dia tidak mengingati apa-apa. Diri nya seakan-akan ditipu. Tapi, realiti tetap realiti.

"Aku rasa, Erin nak kau Mark. Humairah dengan Areum akan mati bila-bila masa." kata Jaehyun dengan wajah serius.

-Bersambung-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now