33

387 64 6
                                    

"Assalamualaikum." mark menghempas diri nya di atas sofa. Penat itu pasti. Rasa sengal-sengal diseluruh badan membuatkan dia hampir terlena.

"Ya Allah, aku tak solat lagi." kata Mark. Dia melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Memandangkan waktu maghrib masih lagi berbaki 30 minit, dia perlu cepat.

Selesai solat, sejadah di lipat. Tuala yang tergantung di hadapan pintu bilik air di ambil. Tubuh nya berasa melekit dan tidak selesa.

"Humairah tak balik lagi?" dia semakin pelik. Soalan itu dihiraukan sebentar. Diri nya peelu diurus dahulu. Hilangkan stress sementara.

Tuala diikat di pinggang nya. Mark mengambil phone di atas meja. Tak boleh jadi ni. Sudah hampir larut malam.

Berkali-kali di telefon namun masih tidak di angkat. Hatinya mula tidak tentu. Mark merasakan ada sesuatu yang terjadi.

"Humairah...awak...jangan.." Mark terus mencapai tshirt hitam dan seluar. Kunci kereta terus di ambil.

Nombor Jaehyun di dail. Kereta Mark memecut laju ke perkarangan rumah Jaehyun yang tidak jauh daripada rumah nya.

"Hyung, tolong !"

..............................

"Humairah hilang?!" Diana terkejut. Suara nya yang kuat mengalahkan mic itu menakutkan orang sekeliling. Jaemin menenangkan isterinya.

"Duduk dulu, minum teh." tangan Jaemin ditepis. Jaehyun bertambah runsing. Satu-satu hilang.

"Kau Mark, memang tak reti jaga isteri? Kau tau menyusahkan diaa je !" kata Diana. Nafas Diana mula tidak teratur. Dia sudah hilang sabar.

"Tak, aku—"

"Sekarang dah malam. Kau tak fikir mungkin kat luar sana orang lelaki yg culik dia ! Nyawa dia dalam bahaya Mark ! Dia tak tahu pasal Farah. Dia tak tahu cerita silam kau !" kata Diana.

"Kau tak jujur Mark. Humairah tak faham. Kau libatkan dia secara tiba-tiba. Dia tak bersalah." kata Diana lagi.

Masing-masing mula runsing. Tiada lagi kenalan yang dapat membantu mereka. Apa yang mereka perlukan ialah saksi.

"Mark, sebelum ni kau ade perempuan lain ke?" tanya Doyoung. Mark mengangguk lemah.

"Astaghfirullah. Kau...kenapa Mark..." kata Taeil. Mark mula buntu. Hati yang dipenuhi dengan perasaan bersalah.

Humairah gugur kerana dia. Humairah hilang kerana dia.

Semua salah dia.

"Aku rasa report polis is the best solution. Takpe, hari.pun dah lewat. Kita balik dulu. Lagipun belum 24 jam lagi. Kita tak boleh report sekarang." kata Yuta. Yang lain mengangguk lemah.

"Tak pe Mark. Kita usaha, doa , tawakal."

..............................

"Uhuk ! Uhuk !" Humairah sedar apabila wajahnya disimbahi air. Dia terbatuk-batuk mencari nafas.

"Apa...kau nak." suara Humairah bergema disetiap penjuru bilik tersebut. Suasana gelap membuatkan dia terkejut.

"Areum !" jelas sekali Areum diseksa teruk. Luka di badan nya jelas sekali kelihatan. Darah segar mengalir perlahan.

"Apa kau nak !" bunyi kasut tumit tinggi membuatkan Humairah semakin geram. Dia tahu, itu semua angkara wanita yang sangat dia benci.

"Hai." Erin senyum segaris. Humairah memandang tajam gadis kacukan itu.

"Selamat datang ke neraka yang aku cipta."


-Bersambung-

the soul. ml✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon