22

409 72 2
                                    

Aku menyediakan sarapan. Aku memerhatikan jikalau Mark sudah turun atau belum.

Aku menghembus nafas yakin. Mungkin dengan cara ni, Mark akan berbaik dengan aku semula?

Mark turun ke bawah dengan tali leher yang masih belum di pakai. Aku mendekatinya.

"Meh saya ikat kan." tak sempat aku ingin mengambil tali leher itu, Mark menepis tangan aku.

"Tak payah. Aku boleh ikat sendiri." kata nya. Aku mengangguk lalu menjauhinya sedikit demi sedikit.

"Nak sarapan? Saya dah buatkan air." ajak aku lagi. Bunyi panggilan daripada seseorang mengejutkan aku.

"Hello? Ye sayang, saya on the way." Mark melangkah keluar. Pintu di hempas kuat. Aku mengeluh lemah.

Mark takkan ingat aku.

Gambar-gambar kecil yang di tampal di peti ais diperhati oleh aku. Kenangan demi kenangan mula berputik. Aku rindukan detik-detik dahulu.

"Mustahil. Apa lagi yang aku boleh buat untuk pulihkan Mark." omel aku.  Aku melangkah  ke bilik sambil memikirkan beban yang aku hadapi.

........................

"Selamat pagi Humairah." Erin menyapa mesra. Humairah tersenyum hambar.

"Nampak macam tak sihat kebelakangan ni. Ok tak?" tanya Erin. Humairah menggeleng.

"Tak delah. Cuma kurang makan." kata Humairah. Erin mengangguk faham.

"Hari ni suami ambik ke? Atau orang lain ambik?" tanya Erin. Humairah termati kata. Dia teringat pada Mark.

"Ouh, em...balik sendiri." jawab Humairah. Erin mengangguk perlahan.

"Em, boleh saya tahu Cik Erin orang mana?" tanya Humairah. Erin senyun segaris.

"Saya orang sabah. Ayah saya korea." kata Erin. Humairah mengangguk. Diperhatikan setipa inci wajah Erin.

"Wajah Cik ni kan...familiar. Saya macam kenal seseorang." kata Humairah. Erin mula tidak senang duduk.

"Mana ada manusia wajah sama. Tiada pelanduk dua serupa dalam dunia ni." kata Erin. Humairah mengangguk setuju.

"Oklah, saya pergi dulu." kata Erin. Humairah mengangguk.

Nafas Erin mula tidak teratur. Dendam kesumat yang telah lama berlalu terus di imbas kembali. Hatinya panas dan tidak tenteram.

"Aku bukan Farah." gertak nya.

...........................

"Sayang." pipi wanita itu dicium. Bahu wanita yang terdedah itu di sentuhnya.

Semenjak hari di mana mereka beedua melakukan 'kerja kotor' di rumah Mark, mereka tidsk berani lagi untuk lakukan di situ.

"Awak balik ke? Jangan balik lagi. Tidur sini." kata wanita itu.

"Tapi, barang saya untuk mesyuarat besok semua kat rumah. Saya—"

"Ala, esok boleh ambik. Tido sini?" ujar wanita itu teruja. Mark hanya mengangguk.

"Saya...cuma rindu awak Farah. Saya ingat...awak dah tak de." Mark menangis di bahu wanita itu.

Bisikan syaitan mula mengambil alih pada malam itu. Nafsu masing-masing di lepaskan. Tiada secalit rasa bersalah di antara mereka.

"Mark, kakak aku dah lama mati. Terima kasih pada tuhan sebab samakan muka aku dengan Farah." getus Erin.

-Bersambung-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now