7

514 89 3
                                    

Hembusan nafas halus menyengat leher Humairah. Terkejut dia apabila seseorang memeluk erat pinggangnya.

"Terkejut saya." ujar Humairah. Mark ketawa kecil. Jari telunjuk Humairah di pegang oleh nya.

"Kenapa jari berbalut ni? Awak cedera kat mana?" tanya Mark. Humairah melepaskan genggaman Mark.

"Tak lah, saya...tercucuk duri pokok bunga ros." tipu Humairah. Mark memandang nya sambil bercekak pinggang.

"Heh, mana ada pokok ros kat rumah kita ni." Mark meletakkan pisau yang di pegang aku ke meja.

"Dah, pergi duduk. Biar saya buat." kata Mark. Aku menggenggam hujung baju nya.

"Saya banyak menyusahkan awak, biar saya buat." kata Humairah. Mark memegang kedua bahu isteri nya.

"Saya tolong awak, awak tolong saya. Kita sama-sama menolong antara satu sama lain." kata Mark sambil senyum segaris.

Humairah hanya memerhatikan kelakuan nya daripada tepi. Walaupun lambat, namun kerja yang dilakukan nya kemas.

"Ha, macam ni nak potong. Jangan potong laju-laju. Nanti, lain jadi nya." kata Mark. Humairah ketawa kecil.

Yelah, asyik membebel je.

"Eh, dah azan." Mark memandang jam di dinding. Cepat sahaja sudah pukul 4.45 petang.

"Biar saya buat. Awak solat lah dulu." kata Mark. Humairah menggeleng lalu mengambil senduk di tangan Mark.

"Em, saya bendera merah. Jadi, lebih afdhal awak solat dulu.." kata Humairah sambil memalingkan wajah nya ke tempat lain.

"Awh, ok. H..hhati-hati." kata Mark lalu pergi. Humairah menggaul kari ikan sambil menepuk dahi nya.

"Kenapa aku nak malu? Ish, dia suami aku. Ya allah." omel Humairah lalu menyambung kerja nya yang tergendala.

..................

"Sayang." hampir tersedak aku apabila Mark memanggil aku dengan perkataan tu.

Barangkali kepala dia terhantuk.

"Kenapa nih?" tanya Mark. Terbatuk-batuk aku. Tiba-tiba tekak berasa gatal.

"Minggu depan, saya outstation." kata Mark. Aku memandang nya terkejut.

"Kenapa ke?" kata aku. Mark mengangguk. Aku mendekati nya perlahan.

Aku. Tinggal. Kat. Rumah. Besar. Nih?

"Rumah ni besar. Takut lah." kata aku. Mark menggosok kepala aku. Maaflah, aku bukan anak kucing.

"Sekejap je. 3 hari 2 malam." kata Mark. Aku memeluk lengan nya.

"Ey, saya pergi sekejap jelah. Orang patut nya takut Allah tau." kata Mark. Aku memuncungkan bibir aku.

"Ya Allah, sejak bila isteri kesayangan saya ni kuat merajuk?" kata Mark sambil ketawa. Aku memandang nya tajam.

"Sudah lah, awak tak sayang saya. Tinggalkan saya.." ujar aku. Mark memandang aku pelik. Nak kata tak cukup makan, dah cukup.

"Awak..." Mark menggeletek perut aku. Terlompat-lompat aku menjerit untuk melepaskan diri.

"Yelah, saya tak pergi." kata Mark. Aku memandang yang lama. Dia ni, suka buat aku rasa bersalah.

"Ah, saya boleh suruh Johnny pergi. Saya duduk rumah main dengan awak." kata Mark. Aku menghembus nafas berat.

"Saya dah kata banyak kali. Saya ni, menyusahkan awak je." kata aku. Mark mencubit pipi aku kuat.

"Ei, awak ni. Mana ade !" kata Mark. Aku ketawa lalu melangkah ke dapur untuk mengambil makanan.

Mark hanya tersenyum. Senyuman nya tidak dapat aku kenal pasti. Senyuman nya kali ni penuh makna tersirat.







-Bersambung-

the soul. ml✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora