30

397 66 3
                                    

Bunyi sudu dan garfu berlaga memecahkan kesunyian makan malam kami berdua. Tiada suatu suara yang keluar apetah lagi kata-kata sapaan.

"Nak?" tanya aku. Mark mengangguk. Mana tidak nya, Mark memang kuat makan memanjang.

"Em, sedap !" kata Mark. Aku senyum senget.

"Awak, saya nak tanya." Mark yang sibuk menghirup sup terus memandang aku.

"Kenapa awak tipu saya pasal Areum?" tanya aku. Mark mengelap bibir nya.

"Entahlah, saya sebagai abang tiri dia..saya malu. Saya patut bawak dia sekali masuk islam. Tapi, dia degil." kata Mark. Aku mengangguk faham.

"Takpe, satu hari nanti...Allah akan bagi dia petunjuk. Kita tunggu je." kata aku. Mark senyum segaris lalu sambung makan semula.

"Makanan lebih penting daripada saya? Hurm...." memandang aku selesai makan, baik aku beredar. Biar dia kemas meja.

Sepasang tangan memeluk erat pinggang ramping ku. Bunyi esakkan nya semakin kuat..kuat...dan kuat...

"Saya gagal, tunjuk yang terbaik untuk keluarga saya. Saya gagal..." aku memandang tepat ke anak mata Mark.

"Tak, semua yang lepas kita biarkan. Kita betulkan masa sekarang ni supaya jadi lebih baik." kata aku. Rambut Mark diserabaikan oleh aku.

"Tak eloklah menangis-menangis ni. Air mata tu,cantikkan? Bagi orang, air mata sesuatu yg melemahkan tapi sebenarnya ia cantik di pandang. Yang cantik tulah kita kena tutup agar fitnah tak berleluasa."

.....................

Memandangkan aku sudah berhenti bekerja bersama Erin, aku memutuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Aku memerhatikan setiap bahan mentah di pasaraya yang besar itu. Pelbagai bahan yang aku ingin beli kerana Mark terlalu banyak makan.

"Allahuakbar. Maafkan saya." aku dengan tidak sengaja terlanggar seorang wanita yang memegang sekotak anggur. Aku mengutip anggur yang bertaburan di lantai itu.

"Tak perlu susah-susah." suara yang sangat dikenali itu membuatkan aku pucat. Riak wajah aku berubah setelah melihat gerangan 'wanita' tersebut.

"Humairah?" satu senyuman sinis diberikan. Panggilan telefon yang dijawab oleh nya pada hari tersebut cukup membuatkan aku terkesan.

Atau pun, ditipu..

"Macam mana...cik Erin boleh kenal Mark?" tanya aku. Tiada balasa yang diberikan namun senyuman nakal terukir.

Mata aku terarah ke perut Erin. Darah aku berderau pantas. Pelbagai tanggapan mula muncul diminda aku.

"Oh, iye. Lupa nak bagi tahu. Saya tahu, awak ternampak apa yang saya buat dengan Mark tu kan? Ye, ini lah dia."  kata Erin.

"Bukti DNA bayi tu? Ada bukti?" ujar aku. Erin masih lagi dalam keadaan yang sama. Tersenyum sinis.

"Engkau...memang tak boleh terima hakikat ke?" tanya Erin. Pipi aku disentuh. Aku memandang nya tajam.

"Jangan ingat, kau dah bahagia...kau akan selamat. Kau akan tahu semua nya. Jadi, baik kau serahkan Mark sekarang." kata Erin.

"Apa...yang aku belum tahu?"

-Bersambung-

the soul. ml✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora