25

394 69 1
                                    

Wajah Farah kelihatan sunggul. Riak wajahnya pucat sejak kejadian hari itu. Makanan di hadapannya tidak berusik.

"Kenapa Farah tak nak makan?" tanya Puan Ariyah. Tuan Park dihadapannya hanya menjeling.

"Erm, ni tak halal." kata Farah perlahan. Mana tidaknya, lauk pada malam itu ialah daging "haram".

"Ei, cerewetlah jadi islam ni. Memilih makanan betul." kata Erin. Jus oren diteguk rakus.

"Kamu fikir ni rumah ni macam restoran ke? Boleh order makanan sesuka hati?" tanya Tuan Park.

Farah hanya menelan kata-kata pedas daripada ayahnya. Dia perlu istiqomah dan sabar. Semua ada hikmah.

"Ibu masakkan makanan heh? Jom kita masak sama—"

"Tak payah awak nak tolong masakkan untuk dia. Memilih je dia tu. Mengada." kata Tuan Park lalu meninggalkan Farah, Erin dan Puan Ariyah di ruang tamu.

"Maaf, ibu." kata Farah. Hujung baju nya dicengkam. Erin mula menyampah lalu meninggalkan mereka berdua di situ.

"Tak pe, ibu faham." kata Puan Ariyah. Satu senyuman manis terbit di bibir masing-masing.

"Jadi, ibu terpaksa batalkan pertunangan kamu dengan Mark kan? Yelah, dia bukan islam." kata Puan Ariyah.

Farah mengangguk akur.

...........................

Aku masih terkejut bahawa diri nya mengandung. Apa yang perlu dia lakukan? Beritahu Mark? Mesti dia takkan terima.

Aku mengeluh lemah. Diana sudah balik 10 minit yang lepas. Katanya, dia akan melawat setiap hujung minggu.

Perut aku semakin memboyot. Sudah seminggu Mark tidak balik. Mana perginya aku tak tahulah.

Pintu rumah dibuka. Mark masuk dengan selamba tanpa melihat aku. Nafas aku tak teratur memikirkan alasan untuk memberitahu dia.

"Em, awak." aku mencuit bahunya. Wajahnya yang bengis itu mengakibatkan aku terundur sedikit.

"Ape? Nak minta duit mcm orang peminta sedekah?" kata nya. Aku mengeluh kesabaran.

"Em, saya...saya...mengandung.." kata aku jujur. Mark terbatuk-batuk mendengar penjelasan aku.

"So, kau nak aku bertanggung jawab?" kata nya. Aku mengangguk perlahan. Peristiwa pada malam itu tiba-tiba terngiya di kotak memori aku.

"Kau gugurkan jelah. Aku takkan bertanggungjawab." kata nya selamba. Aku memandang nya lama.

Apekah?

"Aku, tak suka perempuan acah macam kau ni. Buat semak rumah aku je." kata nya.

"Sampah sangat ke saya di mata awak?" tanya aku dengan penuh harapan. Wajah aku ditepuk perlahan.

"Kau.bukan.isteri.aku !" satu tamparan diberikan kepada aku. Aku jatuh rebah ke lantai.

"Awak, Farah..dah mati...percaya takdir Allah Mark.." aku bangun perlahan. Rasa sakit  menguasai diri aku.

"Hey, ko diam boleh tak ! Aku tak suka lah orang fitnah bende tak betul ! Farah belum matii !" cawan kaca yang dipegangnya dihempas ke lantai.

Rahang aku dicengkam oleh Mark. Aku mahu sahaja menangis semahunya, namun aku tak terdaya.

"Aku dah ada anak. Sudahlah, gugurkan kandungan tu." kata Mark.


-Bersambung-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now