5

573 101 4
                                    

"Awak?" aku menggosok kedua belah mata ku. Aku ingat pencuri mana lah tadi yang masuk bilik ni.

"Eh,tido lah. Maaflah, ganggu awak." kata Mark. Aku menggeleng. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.

"Nak makan?" tanya aku lembut. Mark menggeleng. Mungkin sudah makan tadi.

"Awak tido lah dulu." kata Mark lembut. Aku mengangguk lalu menyambung kembali tidur aku.

Tiba-tiba pinggang aku dipeluk. Aku cuba untuk meloloskan diri namun tidak berjaya.

"Pergi solat isyak dulu awak.." kata aku. Mark menyembamkan muka nya di belakang badan ku.

"Penat." kata Mark. Aku menghembus nafas berat.

"Pegi mandi. Busyuk." kata aku. Mark memandang aku sambil mencebik.

"Sampai hati org yang comel mcm ni awak panggil busuk. Hurm, tak nak kawan." kata Mark seperti budak kecil.

"Ye, awak nak ape?" tanya aku. Mark baring semula disebelah aku sambil membulatkan mata nya.

"Saya nak awak." kata Mark. Mahu saja aku marah, tapi apakan daya...dah rasa sayang ")

"Awak ni, pergi mandi dulu. Solat dulu...baru boleh tido. Nanti, awak tak mandi awak tak selesa lepastu lagi penat."

Mark memeluk aku erat. Kelemahan nya pada malam itu kalah ada malam yang lain. Aku mulai bingung.

"Awak...ok?" tanya aku lembut. Bunyi esakkan mula kedengaran.

"Saya...jahat sangat ke? Saya...jahat kan?" tanya Mark. Aku mengelus ubun-ubun rambut nya.

"Awak, kenapa awak fikir macam tu? Awak ada masalah ke? Awak boleh cerita pada saya." kata aku. Mark hanya menggeleng.

"Saya ok." kata Mark sambil senyum segaris. Makin risau pulak aku. Mungkin dia ada apa-apa masalah.

"Kejap heh, saya nak solat dulu." kata Mark. Lagi bertambah bingung aku dengan dia ni.

Dia ni, kenapa?

............

"Awak." Mark mendekati aku yang sibuk bermain dengan anak kucing. Lagipun, kucing ni aku jumpa kat tepi jalan.

Aku yang terkejut terus melepaskan kucing tersebut. Mungkin, Mark tidak suka atau dia ada alahan kan?

"Ala, kenapa lepaskan kucing tuuu." kata Mark. Aku menghembus nafas lega.

Aku ingat dia panggil aku sebab nak marah.

"Tak sejuk ke duduk kat luar nii." kata Mark. Aku menggeleng.

"Saya dah biasa tinggal di luar." kata aku. Mark mengusap perlahan kepala aku.

Ya Allah, bahagia apakah yang kau beri ni...

"Muka awak dh pucat. Awak rehat lah." kata Mark. Aku menggeleng sambil menyentuh tangan nya.

"Tak, awak yang pucat sekarang ni." kata aku. Aku menyentuh kepala nya. Agaka panas.

"Awak demam ke..?" tanya aku lagi. Mark hanya senyum kelat. Ya allah, sempat senyum-senyum.

"Tak lah. Saya ok je. Kejap lagi tido mesti pagi nanti sihat. Saya tak cukup tido je ni." kata Mark. Aku menghembus nafas lega.

"Ha, dah tu. Jom kita tido." ajak aku. Mark memandang aku sambil smirk.

"Nakal heh..." kata Mark. Aku mengetap bibir aku. Terus satu tamparan hinggap di pipi Mark.

"Awak jahat !"

-Bersambung-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now