26

423 73 0
                                    

"Park Areum?" areum menoleh. Kaca mata hitam nya dicabut. Senyuman senget rakan lama nya itu di tenung penuh makna.

"Apa yang kau nak lagi?" tanya Areum selamba. Di selak setiap pakaian di hadapannya. Mood nya sudah hilang kerana melihat orang giler di hadapannya.

"Abang kau." Areum terhenti. Dia memandang wanita dihadapannya tidak percaya.

"Kau tak puas lagi ke Erin? Farah kau dah bunuh. Lepastu, Humairah?" tanya Areum. Erin tersenyum sinis.

"Perjanjian keluarga kita berdua belum termeterai lagi. Dah lupa?" kata Erin. Mata Areum terarah kepada perut Erin yang sedikit memboyot.

"Kau...mengandung? Mustahil.." Areum memandang Erin tidak percaya. Satu senyuman nakal terbit di bibir gadis muda itu.

"Kau pilih, abang kau atau Humairah?" bisik Erin.

..................

Tudung yang dililit oleh Farah di pin kan. Tudung bawal bidang 50 itu amat sesuai dengan kulitnya yang putih dan gebu.

"Ibu, Farah dah siap !" senyuman Farah mundur apabila Tuan Park memandang anaknya pelik.

"Kita nak jumpa kawan sekerja ayah lah. Pakai tudung?" Tuan Park menggeleng perlahan. Farah menunduk.

Sungguh, mahu berhijrah ni amat susah. Tapi, apakan daya.

Hatinya perlu tabah dalam ujian seperti ini.

"Takpe, Farah kamu cantik." puji Puan Puan Ariyah. Farah senyum senget. Mereka bersama menuju ke destinasi yang ingin di tuju.

Setibanya di hadapan sebuah hotel 5 bintang, mereka sekeluarga disambut mesra oleh pelayan. Farah duduk di sebelah ibu nya.

Keluarga Lee tiba. Farah hanya mampu menunduk. Sudahlah perkahwinan nya perlu dibatalkan.  Dengarnya, Tuan Park sudah melabur banyak untuk perkahwinan yang sepatutnya berlangsung minggu dpn.

"Apa khabar." salam Tuan Lee dibiarkan tidak disambut. Farah hanya menunduk perlahan.

"Maaf, saya islam." ujar Farah. Suasana mula sunyi. Farah duduk semula di tempatnya.

"Oh, tak pe. Saya faham." kata Tuan Lee dengan satu senyuman. Seorang lelaki duduk di hadapan Farah.

"Sudah lama kita tak berjumpa, apa khabar?" kata Tuan Lee. Mereka berdua berbual mesra sambil menunggu makanan sampai.

Paun Ariyah mengatakan bahawa lelaki yang sepatut nya berkahwinan dengan Farah tidak bersama hari ni. Farah hanya melayan telefon di hadapannya.

"Ibu, farah nak pergi tandas." kata Farah. Langkah nya di atur ke hujung restoran mewah itu.

Farah membasuh tangannya, tidak sempat dia ingin keluar tangannya di tarik. Badannya di tahan oleh seorang lelaki.

"Kau, lepaskan aku ! Ayah—" mulut Farah di tekup. Lelaki yang duduk di hadapannya tadi tersenyum sinis.

"Cantik juga kau heh? Aku...tergoda.." pipi lelaki itu di tampar kuat. Nafas Farah tercungap-cungap.

"Kau !" tidak sempat tangannya ingin mencengkam wajah Farah, perutnya di tendang kuat. Farah yang melihatnya terkejut.

"Tak guna punya abang. Orang yang pakai tudung pun nak kacau." seorang lelaki yang memakai tshirt biasa dan topi berwarna merah memandang ke arah Farah.

"Hai, aku Mark." suara garau lelaki itu menyedarkan nya. Sehelai tisu diberikan kepada nya.

"Lap dahi kau. Berdarah tu." kata Mark. Farah mengangguk akur. Darah di dahi nya di lap.

"Terima kasih, saya pergi dulu." kata Farah. Tudung nya di tarik daripada belakang.

"Aku nak nombor kau." kata Mark.

"Maaf, tak elok perempuan dan lelaki berkingsi nombor saja-saja. Saya islam—"

"Saya pun islam. Dan sepatutnya perkahwinan kita berdua berlangsung minggu depan, betul Cik Farah?" kata Mark sambil smirk.

-Bersambung-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now