18

389 72 6
                                    

"Mark, awak dah giler ! Ini bukan Mark yang saya kenal !" satu tamparan hinggap di wajah wanita yang kecil itu.

Mark sudah hilang akal. Rambut wanita di hadapan nya ditarik sekuat hati. Diri nya seperti anak harimau audah bertukar menjadi mak harimau.

"Kau curang kan? Sape lelaki tu !" jerit Mark. Wanita tersebut bangun perlahan.

"Itu kawan saya." kata wanita itu. Suara nya tetap lembut. Tidak mahu dia berkasar dengan suami nya atas sebab salah faham yang berlaku.

Wanita itu hampir jatuh. Diri nya yang tidak kuat tidak mampu untuk melawan suami nya. Dia menangis lalu mengambil kunci kereta.

"Kalau awak rasa, saya ni buat macam tu..baik awak sedar diri awak sendiri !" pintu dihempas.

Syaitan itu licik. Dia mampu menghapuskan rumah tangga dengan hanya sebuah bisikan.

Daripada luar rumah, Mark terdengar sebuah rempuhan yang kuat. Dia terus melihat ke luar rumah. Mata nya terbeliak kerana terkejut.

"Farah !"

.....................

Hari ini, sudah hari ketujuh Mark tidak sedarkan diri. Humairah terpaksa mengambil cuti beberapa hari untuk menjaga suami nya.

"Hello?" panggilan di hujung telefon memeranjatkan nya. Humairah dalam perjalanan ke hospital untuk melawat Mark.

"Waalaikumsalam." ucapan Haechan di hujung talian membuatkan Humairah terkejut.

"Ouh, kenapa call?" tanya aku.

"Mark dah sedar. Dia tak nak jumpa sesiapa. Mungkin dia nak jumpa kau?"  Humairah hampir menangis.

Akhirnya, doa nya termakbul.

"Ok, aku on the way sekarang." panggilan dimatikan. Hanya tuhan saja yang tahu betapa teruja nya aku.

"Terima kasih Ya Allah."

..................

"Mana Mark?" tanya aku. Doyoung memberikan aku laluan untuk masuk. Aku terus merempuh pintu bilik wad. Kelihatan Mark sedang baring merenung siling.

"Awak." aku memeluk nya. Namun dengan cepat, Mark menolak aku ke lantai. Sakit nya pinggang aku, hanya tuhan yang tahu.

"Eh, ko sape nak peluk aku?" ujar Mark. Mata aku terbeliak memandang nya.

"Mark...ni saya..." Mark membuat muka menyampah. Muka comel dan manja nya hilang. Hanya muka marah seerti singa di tayangkan oleh dia.

"Awak...ni saya...isteri awak.." Mark menolak aku menjauhi nya. Dia memandang aku benci.

"Budak kampung macam kau ni isteri aku? Kau bukan isteri aku, isteri aku Farah." ujar nya. Aku memandang dia tidak percaya.

"Maafkan aku...Humairah." Jaemin memandang aku dengan wajah sembam.

"S..ssiapa Farah?" cecair jernih bertakung di tubir mata ku. Jaemin mendekati aku perlahan.

"Farah...isteri pertama Mark."




-Bersambung-

the soul. ml✔Where stories live. Discover now