Bab 9

1.7K 60 9
                                    

  Lengan baju sekolah aku sinsing sedikit, nampak jelas luka semalam. Mujur tak begitu dalam, cuma macam ditoreh. Esok lusa baiklah tu. Aku tak tahu apa yang dah terjadi. Tak pernah seumur hidup aku melukakan diri sendiri. Tapi aku tak dapat menafikan juga perbuatan itu sedikit sebanyak mengurangkan tekanan yang aku hadapi. Mental ke aku ni?

   "Ana, nak pergi sekolah dah?" papa menyapa daripada belakang. Aku hanya meneruskan kerja menyapu jem di roti. Tak suka memandang wajahnya yang dah lain. Semua orang dalam rumah ni dah lain.

   "Nak papa hantar?"

   "Pakcik van datang kejap lagi," rambut yang terlerai aku ikat ketat. Dalam berapa minit lagi sampailah. Cepatlah sampai. Aku dah tak sanggup berdiri kat sini lagi.

    "Ana.....,"

    "Okay papa, dah sampai dah tu. Nanti lambat bye!"sengaja aku memotong percakapannya. Malas mahu berseloroh. Berlari anak aku memasuki ke dalam perut van yang kosong. Akulah orang pertama yang diambil dan orang terakhir yang dihantar pulang. Sekurang-kurangnya masih ada benda yang boleh buat aku senang hati.

************************************************************

    Aku mengetuk jari di atas meja, hobi yang tak disengajakan. Menunggu ketibaan Shasha ni bagai menanti bulan jatuh ke riba. Setahu aku rumah dia dekat je dengan sekolah. Sedang asyik memerhatikan keadaan sekeliling dan mengelamun, aku terpandang kepunyaan meja paling depan di tepi tingkap sedang memandang ke arah aku. Amran. Lelaki pujaan Shasha.

    Pada mulanya aku hanya buat tak tahu dan berlagak biasa. Tetapi disebabkan tidak selesa dengan tenungannya aku mengalah. Keluhan berat aku lepaskan sebelum mengembalikan pandangan kepadanya.

    "Kau nak apa?" ada gaya gengster juga aku ni ya.

    Lelaki bermata coklat itu menjongketkan bahu, menayangkan mukanya yang konon comel seperti mamat korea goreng celup tepung sebelum dia kembali menatap buku di atas meja . Menyampah. Tak ada masa aku nak termakan dengan semua mainan dia. Aku mengeluarkan buku kosong dan menconteng. Salah satu cara nak alih perhatian.

    "Hai Ana. Emmmm petang ni kitorang decide nak keluar. Ikut tak?," Kamal tanpa diundang duduk di atas meja Shasha. Ni lagi sorang. Sungguh aku tak ada mood nak layan. Aku tahu dia suka aku. Macam mana aku tahu? Instinct maybe.

    "Susahlah nak contact kau. Dalam kelas ni semua ada whatsapp, wechat kecuali kau sorang. Memang tak pakai phone ke?" Kamal menambah apabila bibir aku masih terkunci.

   "Pakai. Nanti aku bincang dengan Shasha lah. Tengoklah camne,"

   "Mesyuarat apa ni?" Kehadiran Shasha akhirnya menamatkan sesi perbualan yang penuh kehambaran itu.

   "Mal, tepilah. Meja aku dah berbau kentut kau tahu tak," bagus Shasha, teruskan menghalau. Ceria pula dia harini. Mood baik ni. Lega dia tak fikir fasal semalam. Malas nak panjangkan masalah. Biarlah aku rasa seronok kat sini.

   Sebelum beredar, sempat Kamal mencelah, "Petang ni tau," mata pandang ke atas. Tangan? Tak payahlah nanti over sangat.

    "Hah petang ni, nak join? " aku membetulkan sikit kedudukan aku, kasi pandangan penuh, face to face dengan Shasha. Sambil tu, dia menyeluk tangan ke dalam beg sekolah, mengambil novel yang tak habis-habis dibacanya sejak 2 minggu lepas. Sanggup betul dia memberatkan beg. Kalau ada spotcheck tak ke menyusahkan diri sendiri?

    Aku menongkah dagu, memikirkan keputusan. Daripada terperuk dalam rumah, lebih baik aku hirup udara segar. Segarlah sangat, karbon dioksida di mana-mana kat bandar JB ni.

TIKAMWhere stories live. Discover now