Bab 12

1.3K 49 18
                                    

Aku tak hadir ke sekolah selama seminggu sejak peristiwa pelik tu. Suhu badan aku naik mendadak sehari selepas kejadian. Trauma kot. Papa paling risau sekali. Aku masih ingat perbualan panjang kami berdua setelah aku menggagahkan diri untuk bercakap.

"Apa yang dah jadi sebenarnya?" Papa mengusap lembut ubun kepalaku.

"Entah. Ana tak tahu. Ada orang kacau Ana," aku bertutur sambil sesekali terimbau peristiwa pada malam tersebut. Betul ke tu cuma mimpi je? Bagaimana aku boleh terbaring di atas lantai dapur, kalau betullah aku sedang tidur waktu tu?

"Siapa kacau?" soalan Papa aku balas dengan hanya menjongketkan bahu.

"Entah entah Ana ni sleepwalking tak?" tambah Papa lagi yang mengundang kemungkinan. Boleh jadi juga aku yang tidur berjalan. 

"Sejak bila pulak Ana ada habit macam tu?" 

"Masa kecil dulu pernah beberapa kali juga Ana meracau, tidur sambil berjalan,"

"Oh yeke?"

"Ana tak ingat? Masa tu Ana 4 tahun, kecil lagi. Ana masuk bilik mama dengan papa minta bacakan buku cerita. Masa tu dah pagi buta," Papa ketawa kecil pada hujung ayatnya. Aku mula mencebik. 

"Ala comellah tu. Takdelah teruk sangat,"

"Ada lagi teruk. Ada satu masa tu lepas balik daripada tengok wayang, Ana tertidur lupa nak buang air dulu. Malamnya Ana kencing dalam pasu bunga Mama padahal bilik air dekat je,"

"PAPA!" spontan aku mendebik lengannya. Aku tergelak sendiri lagi-lagi bila aku tak pernah ingat pun tentang semua tu. Papa tiba-tiba je membisu. Aku terpukul kuat sangatkah tadi? Bila aku perhati semula ayat dia, aku rasa aku mengerti betapa Papa rindukan Mama. Aku pun rindu. Mama.

Lamunan yang tanpa disangka membuatkan tubir mata aku pecah, dikejutkan dengan deringan bunyi loceng rumah. Ah, aku hampir terlupa! Aunty Sara dan Maria datang harini. Sepatutnya mereka datang 5 hari lepas tapi disebabkan Papa ambil cuti dan duduk di rumah menemani aku, rancangan mereka tertangguh. Hari ni hari Ahad, sepatutnya menjadi hari yang cukup indah tetapi dimalangkan pulak oleh jembalang mata duitan. 

Aku hanya memerhatikan mereka memasuki ke dalam perut rumah. Sapaan tiada, senyuman pun haram tiada, apa pun tak boleh. Kira cukup syarat tetamu macam ni untuk dihalau, betul tak? Aku mengeluh, terbayang pula wajah Mama yang bakal kecewa kakak kesayangannya dibuat begitu oleh anak saudara sendiri. Susahlah macam ni. 

"Ana, awak sihat dah?" Aku yang baru saja menutup pintu terus disapa Maria.

"Lebih kuranglah. Esok dah boleh sekolah semula," aku melemparkannya sekilas senyuman dan berniat untuk naik semula ke bilik. Mengemas apa yang patut.

"Kalau Aunty atau Maria nak apa-apa, pergilah dapur. Rumah ni dah macam rumah korang sendiri kan," sempat aku berpesan dengan nada sindiran. Aunty Sara mendengus kasar mendengarkan kata-kata aku.

"Ana! Terima kasih," Maria mendapatkan aku lagi dan menghulurkan novel yang dipinjamnya. Aku menyambut kasar dan terus menuju ke bilik. Entah mengapa hari ni aku terasa rimas sangat dengan kehadiran mereka. Aku tekad untuk tak mahu ambil peduli tentang dua beranak tu. Aku mungkin tak boleh menghalau, tapi aku boleh buat tak hirau.

Selesai saja mengunci kamar, aku meletakkan novel tadi semula di tempatnya dan menghempaskan diri ke atas katil. Telefon pintar di atas bantal bergetar, tanda ada mesej yang masuk. Aku mencapai Iphone dan tertera nama 'Papa' dengan ikon pesanan.

Papa : Ana still tak larat ke? Aunty Sara beritahu Ana tak layan dia pun.

Aku tertanya-tanya selama ni aku cuba melayan dia seolah-olah dialah tuan puteri, pernah tak sekali dia balas layanan aku? Aku rasa aku sudah cukup baik izinkan dia masuk ke dalam rumah ni. Dengan perasaan benci berbaur geram, aku turun kembali ke tingkat bawah. Darah aku terasa meluap-luap. Sejak dua menjak ni kesabaran aku dah tak boleh cecah tahap maksimum lagi. It is already beyond the limit.

TIKAMWhere stories live. Discover now