Bab 1

4.5K 79 13
                                    

  Dania duduk di suatu sudut kafe yang terletak di tengah-tengah bandar Melbourne. Tempat yang sarat dengan kenangan indah. Dia bakal rindukan aroma kopi segar dan pencuci mulut di kafe ini yang tidak pernah gagal menambat selera tekaknya. Sangat sedih apabila memikirkan dia bakal meninggalkan bumi Australia tidak lama lagi.

   "Hey. Here, your all-time fav," Sam meletakkan sepiring cawan mocha panas dan kek keju istimewa di atas meja bulat kecil itu lalu duduk bertentangan dengan Dania. Dia bagai dapat meneka sesuatu pada raut wajah gadis yang lama kelamaan semakin berjaya mencuri hatinya.

    "What's wrong? You look more subdued than usual,"  Lelaki itu menyoal prihatin.

    "No, it's just that.......im not so sure....with my decision. To go back to Malaysia," Dania memandang wajah Sam yang cerah bersih. 

   "Then....dont go," separa merayu nada Sam itu membuatkan Dania tidak keruan. Dia buntu. Bagaimana untuk dia mengatakan supaya Sam mengikutnya pulang bersama? Setujukah dia?

     "I have to, Sam. It's been 5 years. If only........"

   "Okay, I'll follow you,"

  "Wait...How? What about this place, this cafe? You couldnt just end your business like that," sejujurnya Dania gembira namun dalam masa yang sama dia tidak mahu Sam mensia-siakan perniagaannya yang semakin meningkat maju.

    Walau bagaimanapun, Sam akhirnya membuat keputusan muktamad untuk berhijrah ke Malaysia kerana dia tidak sanggup untuk kehilangan Dania. Dia satu-satunya gadis yang berjaya mencairkan hatinya semula setelah beberapa tahun memendam perasaan benci terhadap wanita, semua kerana bekas kekasihnya yang telah berlaku curang dahulu. Sam telah menjual lot kafenya dan berharap dengan pulangan dan baki modal yang ada, cukup untuk dia menyambung perniagaannya di tempat baru nanti.

**************************************

      "Nvm, this time i give you chance. Pilihlah nama yang sedap untuk princess ni," Dania mengendong bayi yang baru berusia 5 hari itu, sesekali dia mengagahnya.

     "Manalah tahu you ada ex girlfriend, nak letak nama dia pun boleh," Dania mengenakan suaminya, Abdullah yang duduk di sisi katil bayi. Bukannya dia tidak pernah tahu semua kisah silam mat saleh tu.

     "Anastasia," 

    "Seriously?! Tu ke nama girlfriend you dulu?! I bukannya betul-betul pun suruh letak nama girlfriend you," Dania sudah mula berfikiran negatif. Biasalah, orang baru lepas bersalin emosi tak menentu. Silap hari bulan boleh meroyan. Dania meletakkan puteri sulungnya di atas katil lalu berdiri menghadap suaminya. Sam yang dahulu kini bergelar Abdullah. Dania bersyukur kerana persahabatan mereka di Australia berakhir ke jinjang pelamin. Yalah, perkenalan mereka bukannya sekejap. Lima tahun sudah cukup untuk Dania mengenali hati budi Sam. Sejurus sahaja mereka pulang dari Australia, beberapa bulan selepas itu, Sam melamarnya di hadapan ahli keluarga Dania. Terharu bukan main. Tapi tak sangka penyatuan dua hati itu mengundang lebih banyak benci orang. Dania sedaya upaya cuba menepis kata-kata jahat yang mengatakan Sam cuba mempermainkan dirinya. Bukannya senang hidup dengan orang putih ni, kata mereka.

  "Wont you ever stop babbling? That's just a random name," Sam tergelak melihat telatah Dania. Kotak suara dia sikit punya besar sampai tak penat bercakap fasal itu dan ini. 

  Dania masih tidak puas hati, "Lagi satu. Kita dah hidup kat Malaysia ni dekat setahun. Boleh tak cakap Melayu? Dulu bukan main lagi semata-mata nak pikat hati I, sanggup belajar bahasa Melayu. Sekarang tak nak aplikasikan pula?

   "Baiklah tuan puteri. Hamba tiada masalah. Kalau tuan puteri mahu itu, hamba sanggup gadaikan nyawa, malah swimming dalam lautan api pun," Dania terdiam melihat senyuman puas pada wajah Sam. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya lagi lalu ketawa terbahak-bahak sehingga mengejutkan lena Anastasia. Harapan Dania untuk hubungan ini tinggi. Dia percaya ada kebahagiaan yang terselit di sebalik setiap kepayahan yang melanda.

TIKAMWhere stories live. Discover now