Bab 11

902 44 6
                                    

Suasana dalam perkarangan milik Dato' Raffan begitu meriah sekali. Majlis yang diadakan secara kecil-kecilan dalam banglo itu adalah sempena hari lahirnya yang ke-50. Kelihatan sosok tubuh tegap milik Dato' Raffan sedang memerhatikan tetamu dengan wajahnya tampak berseri. Di sebelahnya pula berdiri isterinya Nazura yang tampak elegan dengan kebaya sutera, sentiasa berjaya menarik perhatian sekeliling untuk mencuri pandang ke arah wanita cantik itu.

"Zura, saya duduk luar jap," Nazura hanya mengangguk mendengarkan kata-kata suaminya sambil memberikan segaris senyuman yang dipaksa.

Sebaik sahaja Dato' Raffan beredar, Nazura membawa dirinya ke ruang dapur. Dia menuju ke suatu sudut di mana pelbagai pencuci mulut sudah sedia terletak di atas sebuah meja bulat untuk dihidangkan kepada beberapa rombongan lagi para tetamu yang bakal tiba. Jujur Nazura berasa letih. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia mengunci diri di dalam bilik tidurnya bertemankan penyaman udara bagi mendapatkan lena yang panjang. Pada hari sebelumnya sehari suntuk dia berperang dengan tepung, menyiapkan beberapa pastri dan kek kegemaran Dato' Raffan. Boleh dikatakan semua santapan istimewa di atas meja tersebut adalah daripada buatannya sendiri. Ada pavlova yang dihias dengan buah-buahan segar, kek keju berlapiskan coklat pahit, aneka tat keju dan puding kastard yang dilimpahi dengan sos karamel pekat. Melihatkan semua itu Nazura tidak dapat menafikan dia berasa sedikit puas hati.

"Kenapa tiba-tiba senyum ni? Ada nampak muka buah hati ke duk kat atas kek ni? Kak tak nampak apa pun?" Adura yang sedang duduk berhampiran di situ bersama dengan anak perempuannya mengusik Nazura, adik kesayangannya yang kelihatan berada di awang-awangan.

Senyuman Nazura bertukar dengan jeliran lidah. Dia mengambil tempat berhadapan dengan kakak sulungnya yang satu itu. Kakak yang menjadi tempat untuk dia meluahkan segala isi hatinya. Segala rahsianya takkan mungkin dapat disembunyikan daripada Adura.

"Macam mana rupa buah hati Aunty Zura eh? Biar Elin teka! Orangnya putih melepak, mata dia warna biru hmmmm apa lagi, mak?" anak perempuan Adura, Elin yang setia di sisinya turut sama menyakat. Hampir sahaja Nazura mencubit-cubit pipi dua beranak yang berperangai tidak semengah itu.

"Zura taknak ingat fasal dia. Dah cukup penat dah ni," Nazura meraup wajahnya dengan keluhan kecil. Setiap kali dia terbayangkan wajah buah hatinya, dia tidak dapat melupakan saat-saat indah bersama pada suatu ketika dahulu. Senyumannya bagaikan untuk dirinya seorang. Nazura sebak. Tak boleh ke walau sesaat jantung ini berhenti berdetak untuk lelaki itu?

Elin hanya memerhatikan mak saudaranya. Dia membetulkan tocang rambut yang sudah serabai sebelum mengalihkan topik perbualan, "Aunty ingat Anastasia? Yang Aunty pernah bagitau kat Elin dulu masa dia mula-mula nak daftar diri kat sekolah Elin?"

Nazura teringat waktu pertama kali dia mengenali Anastasia. Anak bekas sahabatnya, Dania dan Abdullah. Waktu itu dia menghadiri parti kecil undangan Dania yang berjaya naik pangkat. "Hmmm, mestilah. Kenapa?"

"Kami sekelas,"

"Ohhhh jadi macam mana?"

"I don't really like Ana,"

"Why?"

"Dia suka dijadikan perhatian dalam kelas. Kadang-kadang pelik. Berlagak. Perampas juga tu Aunty. Mak dengan anak sama je," Elin membuka cerita fasal Anastasia yang daripada awal lagi sudah diletakkan benci ke atas nama itu tanpa mengenali tuannya terlebih dahulu. Semua kerana Nazura yang pernah berkongsi mengenai kisah peribadinya dengan Elin dan juga Adura. Dua beranak itu turut meluat dengan keluarga yang dikatakan perampas kebahagiaan darah daging mereka.

Nazura tergelak dengan perangai Elin yang sudah keluar becok mak bedahnya sebelum sempat membalas. Giliran Adura untuk menyampuk, "Tahu tak apa maknanya ni Zura? Kita dah ada satu aset,"

TIKAMOnde histórias criam vida. Descubra agora