Bab 7

1.1K 43 4
                                    

   Sebaik sahaja pulang daripada lunch, Abdullah kembali menatap kerja yang tertangguh. Sebenarnya dia berasa tidak senang kerana Nazura masih tercongok dalam pejabat itu. Tak reti-reti faham ke orang tengah sibuk? Daripada ekor matanya, dia hanya memandang gelagat Nazura yang membelek-belek katalog di suatu sudut meja kayu. Mahu dihalau, takut berkecil hati. Jelas Abdullah terhutang budi pada Nazura. Gadis itulah yang banyak menyibukkan diri membantu syarikatnya untuk maju suatu ketika dahulu.

    "Oh, can I ask you something?"  matanya dikelipkan beberapa kali. Terserlah bulu matanya yang panjang melentik. Tapi sedikit pun tidak menarik perhatian Abdullah. Dia setia pada yang satu. Kecantikan luaran tidak menggambarkan dalaman yang sempurna.

   "Tanya lah. Macam tak biasa pula you ni,"

    Nazura berjalan ke tempat lelaki itu dengan lenggokan yang dia sangka penuh menggoda walaupun Abdullah tak pernah ada hati nak meninjau. Di tangannya, dia memegang sebuah katalog lama untuk ditunjukkan kepada Abdullah. Beberapa tapak sahaja sebelum berada di sisi lelaki tersebut, sengaja dia terpelecokkan diri. Wedges yang tinggi beberapa inci tidak mampu menampung berat badannnya sehingga dia rebah ke atas riba Abdullah. Tindakan mengejut itu menyebabkan dia spontan memeluk bahu lelaki tersebut. Belum sempat dia berkata apa-apa, mata mereka bertembung. Abdullah mahu segera menolak Nazura daripada pelukannya. Risau ada mata yang melihat. Dan ketika itu juga guruh datang tanpa diundang.

   "Abang......,"

    Suara lunak yang seakan-akan serak menyedarkan mereka berdua akan kehadiran Dania. Abdullah bangkit dari tempat duduknya, dalam masa yang sama menjauhkan dirinya daripada Nazura.

   "Dania, don't think negatively please. Tadi tu cuma accident," kata-kata Abdullah sedikit pun tidak menjetik hati Dania yang sudah berkecamuk. Bibirnya diketap, menggigil menahan perasaan yang berbaur marah dan kecewa.

   "Zura, you beritahu apa yang dah jadi ," Abdullah memalingkan wajahnya ke arah Nazura yang terpaku. Wanita itu hanya menjongketkan bahu, sambil menunjukkan air muka risau dan serba salah.

   "Bagitahulah, Nazura. Aku nak dengar apa yang keluar daripada mulut kau tu sama ke tak dengan apa yang aku nampak tadi," sambil memeluk tubuh, Dania menyasarkan renungannya tepat ke arah wajah yang selama ini tidak layak dipanggil sahabat. Manik-manik jernih sudah mula turun perlahan-lahan dan cuba diseka sepenuhnya. TIdak pernah semudah itu dia menangis.

   Abdullah medapatkan isterinya. Sentuhannya di bahu kecil milik Dania ditepis. Tidak sekali pun Dania teringin untuk memandang wajah curang itu. Mungkin ini balasannya sebab tak pernah nak dengar kata ahli keluarganya 15 tahun yang lalu. 

  Nazura berang. Ingatkan Abdullah berada di sebelah pihaknya. Sebaliknya dia dibiarkan keseorangan. Tidak adil langsung. Mengapa keadilan tidak pernah menyebelahi dirinya sedari dulu lagi? Jahat sangatkah dirinya? Selama ini dia hanya mampu bersabar melihat kebahagiaan orang lain sementara dirinya hanyut dalam setiap satu penyeksaan.

   "Kalau betul kau nak buat apa Dania? Ya, aku dah lama simpan perasaan terhadap suami kau. Dan untuk pengetahuan kau, kalau dulu kau tak munculkan diri depan dia, memang dah lama kami bersatu. Sejak kita satu sekolah, kau dah banyak kecapi kebahagiaan hidup. Kau dapat sambung belajar. Cukup-cukuplah tu. Dah tiba masa untuk kau mengalah," nafasnya naik turun sewaku berbicara. Pedas. Terpancar api kebencian yang sudah marak dalam jiwanya.

   Berkerut kening Dania sambil menggelengkan kepalanya,tanda tidak setuju. Perempuan ni dah tersasar jauh! Dengki dan cemburu kalau dilayan boleh memakan diri sendiri. "Sedarlah, Zura! Kau tu dah ada laki!"

    Kata-kata Dania umpama minyak yang dicurahkan ke atas api yang sudah sedia marak. Merah muka Nazura menahan geram, penumbuknya dikepal. "Aku tak pernah cintakan laki tu. Ingat Dania, aku takkan berhenti dapatkan apa yang sepatutnya jadi milik aku dulu," Nazura beralih pandang ke arah Abdullah sebelum mengambil langkah untuk keluar daripada pejabat itu.

********************************************************************

    Mug berisi milo panas aku genggam erat. Haba yang terasa di telapak tangan sedikit sebanyak mengurangkan kedinginan di pekat malam itu. Rasa tak sedap hati mengundang jiwa yang gulana. Mama dengan papa bukannya tak biasa balik lambat malah pernah tak balik langsung. Tapi entah mengapa malam ini jantung aku berdegup laju saat memikirkan mereka. Risau ada benda buruk yang terjadi.

    Deruan enjin yang kedengaran sayup-sayup di luar banglo membuatkan aku bingkas bergerak ke arah pintu utama. Itu bunyi kereta Myvi mama. Jarang betul mereka berdua balik guna kereta tu. Setahu aku mama akan singgah di pejabat papa dulu dan tinggalkan keretanya di garaj privasi yang terletak di bangunan syarikat papa sebelum pulang ke rumah bersama. 

     "Ma," aku menegurnya saat pintu terkuak perlahan. Matanya sembab.

     "Apa dok tercegat kat pintu ni? Esok tak sekolah ke?" suara dan nadanya lain macam. Ni mesti baru lepas menangis. Dan aku tak nampak langsung kelibat papa. Mama menekan kunci pada tombol pintu. Sah papa tak balik. Dia outstation lagi ke? Takkan mama rindu sampai menangis bagai? Aduh, mama ni pun bukannya predictable sangat. Kadang-kadang emosi dia boleh jadi tak stabil.

    "Papa tak balik eh ma?" soalan mama tadi aku biar terabai. Aku mengekorinya sehingga tiba di tangga untuk naik ke tingkat atas.

    "Tak. Tak payah sibuklah dengan hal orang tua. Kau tahu jelah kan kerja papa kau tu," bila dah keluar je dialog 'kau' 'aku' ni memang sah mama tengah jiwa kacau. Dia menapaki anak tangga satu per satu sehingga hilang daripada pandangan. Masalah apa pula ni? Masalah pejabat kot. Penatlah aku nak kena berteka teki dengan diri sendiri. Rasa nak ambil cuti je esok tapi bukan senang ada cikgu tingkatan macam Puan Maimon tu. Hmmmm? Latihan matematik aku belum siap langsung!!!!!!! Matilah macam mana boleh terlupa?! Ni mesti kes melayan si jembalang tadi. Tak tidurlah aku malam ni. 

**********************************************************************

    3 pagi.

 Aku masih tersengguk-sengguk menyiapkan latihan Persamaan Kuadratik yang bertimbun banyaknya. Sikit je lagi ni. Bertahanlah mata. Sesekali tanpa disedari aku telah membuat contengan di atas buku tersebut. Ngantuk makin parah. Baru aku tahu betapa nikmatnya dapat lelapkan mata walaupun hanya sekejap cuma.

   Dalam keadaan aku yang mamai, terdengar perbualan rancak di luar bilik yang mengganggu serta merta tidur ayam tadi. Terus perasaan ni kembali semula kepada 4 jam yang lalu. Tak sedap hati. Aku hanya merapatkan diri ke pintu bilik, harapnya dapat dengarlah apa yang dibualkan. Papa baru balik rasanya. 

  "Takkan benda kecil macam ni pun you nak besarkan, Dania," samar-samar aku terdengar suara papa. He's kind of vulnerable.

   "Benda kecil? Kecil you kata kalau melibatkan maruah rumah tangga kita?"

   "Look, tadi tu memang tak ada apa-apa! Berapa kali I nak kena beritahu? Kalau I nak kat si Zura tu, daripada dulu lagi I dah pikat dia!" gulp. Sah mereka bergaduh. Siapa Zura? Aunty Zura?

  "Jadi you memang ada hati dengan dia? Entahlah. I tak boleh nak dengar apa-apa penjelasan daripada you sekarang. Sakit hati perempuan mana you pernah nak ambil tahu. Patutlah ex-girlfriend kat Aussie dulu taknak kat kau," mama ni ada masa sinis dia terlebih. Kesian papa. Aku tercegat sahaja di sini. Nak menyampuk rasa tak relevan.

   "Cerita lama jangan diungkit. Mana pergi hilangnya kepercayaan you? I have no idea how to explain anymore to make you believe me. I rasa baik kita tenangkan diri and take some time alone. I taknak Ana jadi mangsa semua benda merepek ni,"

  Senyap.

  Kosong. Itu yang aku rasakan sekarang. Tak pernah mama dengan papa bergaduh macam ni. Walaupun mereka jarang berada di rumah, aku rasa selamat memikirkan mereka berdua bekerja keras dengan perhubungan yang masih utuh. Sebab aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa salah seorang daripada mereka berdua. Perpisahan akan menyeksakan aku. Fikiran aku tiba-tiba menerawang kepada satu nama. Haziq.

*******************************************************************************

TIKAMWhere stories live. Discover now