40 : Kebenaran tersingkap

2.8K 322 26
                                    

"Sama ada lumpuh sepenuhnya atau mati dalam masa enam bulan," ujar Luth dengan senyuman nipis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sama ada lumpuh sepenuhnya atau mati dalam masa enam bulan," ujar Luth dengan senyuman nipis. Dia terima sahaja apa nasib ketentuan hidup. Cuma takut Mawar yang akan menerima tempias perit.

"Tu cuma risiko," balas Mawar. Kepalanya menggeleng tak mahu Luth fikir keburukan yang belum terjadi. Lengan lelaki itu dipeluknya rapat ke dada. Bangku panjang menempatkan mereka berdua setelah melangkah keluar dari bilik temu janji bersama-sama doktor.

"Tapi Mawar... Mahal," keluh lelaki itu. Dia makin buntu. Sakitnya bukan hanya perlukan panadol, khidmat doktor pakar diperlukan jua dengan bayaran ribuan ringgit. Sejujurnya Luth memang sedang pokai. Mawar pun sudah berhenti kerja kerana sibuk menguruskannya di hospital tempoh hari.

Apabila sakit ini menghempap orang susah seperti dia, lagi perit rasanya. Situasi ini tak ubah seperti kejadian mereka melarikan diri dari rumah asuhan. Hanya berdua, sehelai sepinggang tanpa wang. Mawar membisu, matanya termenung jauh melihat kehijauan taman herba hospital. Teduhan tempat itu redup sekali.

"Mawar..." panggil Luth.

"Hm," sahut gadis itu sayup.

Dagu gadis itu ditarik memandangnya. Dia tersenyum kecil. Wajah itu tiba-tiba berganti dengan wajah si bunga sewaktu berusia lima tahun. Hidungnya merah kerana asyik menangis, mata pula sembap sahaja. Lalu kepala Mawar yang bertudung litup digosok Luth.

Mawar tidak tahu kenapa Luth buat begitu. "Abang jangan sedih tau. Nanti kita cuba cari duit," sayu hatinya.

Luth menggeleng. "Abang tak sedih. Abang bersyukur sebab diberi peluang untuk jaga Mawar lagi. Peluang sebelum ni abang dah sia-siakan dengan perkara haram. Abang besarkan Mawar dengan duit haram... Sekarang Allah bagi lagi peluang untuk abang jaga Mawar. Abang tak nak ulang benda sama." Kepala gadis itu ditarik agar dagunya dapat berehat di atas ubun-ubun Mawar. Tangan memeluk bahu si gadis dari sisi.

" Abang tak kisah apa akan jadi lepas ni. Kalau abang lumpuh pun tak apa... Kalau abang mati pun tak apa... " Suara Luth makin perlahan kedengaran. Dia mahu masa yang lebih lama berada bersama-sama Mawar.

Lahirnya dalam keadaan yang kucar-kacir. Tiada ibu apa. Persekitaran pun mengarahnya ke arah kemaksiatan.

Andai lemas di dalam sungai, arus pula kuat. Mengapa berserah diri mengikut arus jika di hadapan sana ada jalan yang selamat? Itulah yang difikir Luth berkali-kali. Bagaimana dia boleh redha untuk lemas dalam gelombang maksiat sebelum ini sedang hidayah Allah sentiasa ada? Dia saja yang ego dan tak mahu mencari hidayah itu.

Memang tidak adil bagi mereka yang tidak diuji dengan persekitaran buruk dan hina. Namun, Luth tahu melalui ujian seperti ini jugalah banyak pahala yang akan mengalir. Setiap orang punya ujian tersendiri yang akhirnya akan bawa ke hentian akhir. Syurga atau neraka.

Pipi Mawar memerah kerana malu. Luth masih memeluknya di tempat awam. "Abang..."

Lelaki itu tersenyum sahaja. Dia mengintai wajah adik angkatnya yang berubah. "Abang sayang adik."

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Where stories live. Discover now