30: Mahu Balqis

2.1K 294 56
                                    

Nasi goreng kicap dihidangkan panas-panas di dalam mangkuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nasi goreng kicap dihidangkan panas-panas di dalam mangkuk. Mawar tersenyum gembira melihat abangnya turut turun sekali dan menemani dia di dapur. Dapur itu tidak punyai banyak barang, Mawar hanya mampu sediakan nasi goreng bertumiskan bawang dan kicap sahaja.

"Makanlah, abang," pelawa Mawar. Dia menarik kerusi dan meletakkan dua biji pinggan di sisi meja.

"Mawar, boleh tak abang nak minta sesuatu?" Mahfuz takut permintaannya itu akan melukakan hati si adik.

"Apa?" Mawar menyendukkan nasi gorengnya ke dalam pinggan sambil melihat wajah 'Luth'.

"Boleh tak jangan peluk abang sesuka hati? Dan jangan sentuh abang selalu." Mahfuz sudah tersenyum senget di situ. Walaupun dia tidak tahu yang sebenarnya Mawar langsung tidak mempunyai pertalian darah dengannya, hati itu tetap tidak selesa disentuh perempuan sesuka hati. Kalaulah Mahfuz tahu yang Mawar itu hanya adik angkat, pagi itu juga dia akan tidur di luar rumah.

"Kenapa??" Mawar mendaratkan pinggan berdekatan lengan abangnya. Permintaan 'Luth' kedengaran agak pelik.

"Abang tak selesa," jujur lelaki itu. "Ya, abang tahu kita adik beradik tapi abang rasa tak selesa bila Mawar suka peluk lengan abang. Mungkin Mawar boleh kurangkan pegang abang. Lebih baik duduk macam ni je."

Hujung kening yang tidak gatal digaru Mawar. Dia mengetap bibirnya seketika. "Abang, boleh tak abang jujur je dengan Mawar?"

"Apa?" balas Mahfuz. Melampaukah permintaannya? Dia hanya tidak biasa melayan karenah adik kerana dia ini anak bongsu.

Nafas halus dihela Mawar. "Abang sebenarnya disahkan HIV ke? Jujur je dengan Mawar. Mawar terima baik buruk abang. Mawar takkan pernah tinggalkan abang. Perubahan drastik abang yang tiba-tiba solat lima waktu ni memang sangat pelik. Sekarang ni abang minta pula Mawar jarakkan diri dari abang. Sebab HIV ke, abang?"

Tebakkan Mawar ini bukan tidak ada asal usul. Diikutkan logik akal abangnya yang gemar melakukan hubungan intim bebas dengan mana-mana perempuan yang diingini boleh sahaja membawa padah HIV dan AIDS. Mawar tersenyum nipis melihat wajah terkejut 'Luth'.

" Abang, Mawar tak kisah abang sakit apa pun. Cuma... Tolong jangan berahsia dari Mawar. Mawar tak suka," sambung gadis itu.

"Mana ada HIV. Mana pula datangnya HIV?" Mahfuz pula yang terkejut. Dia melihat kedua telapak tangannya. Apabila Mawar sudah kata begitu, hatinya jadi tidak sedap kerana tubuh yang diinapi ini ialah tubuh yang telah bergaul dengan pelbagai jenis orang secara haram.

"Jujur je," pujuk Mawar.

"Ya Allah... Abang memang tak selesa orang menempel dekat abang. Abang solat sebab memang kewajipan abang untuk solat. Abang tak sakitlah," geleng Mahfuz. Habis berkerut dahinya.

"Hm... Yeke ni?" Gadis itu tidak berpuas hati.

"Ya. Takkanlah nak tipu. Tipu kan dosa? Cepatlah makan nanti nak hantar pergi kerja pula," ujar Mahfuz. Nasi goreng itu disuap ke dalam mulut sendiri dengan jemari. Rasa pudar kicap sudah cukup untuk mengisi derianya. Sedang Mahfuz menguyah nasi itu, dilihat Mawar asyik tertawa. Hairan kehidupannya yang kini. Sekelip mata dia dibuang ke bawah. Gelaran anak ustaz telah hilang, sijil belajar di Mesir juga lagilah tiada. Dia hanya sekadar orang biasa yang tidak punyai apa-apa.

LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT ✓[C]Where stories live. Discover now