Misi : Stay With You

557 60 12
                                    

Ash pun membawa Boboiboy ke Pokemon Center secepat yang dia boleh, tapi masih tidak membuatkan Boboiboy rasa@ tak selesa. Dia bawa Boboiboy dengan penuh berhati hati macam gitu~.

Mereka pun tiba di Pokemon Center. Mereka pun masuk ke dalam. Pokemon Cenrtr ini sedikit sunyi, dan tak ramai yang datang ke Pokemon Center satu ini, dikeranakan lokasinya yang berada beddekatan dengan hutan, dan jauh dari peradaban. Pokemon Cener itu di bina di sana dikeranakan takut takut ada yang cedera semasa berada di dalam hutan.

Ash : Jururawat Joy! Tolong kami boleh? Lelaki ni terseliuh kakinya semasa di dalam hutan tadi. Dia jatuh dari atas pokok.
Joy : Ya ampun, adik tak apa apa, kan? Tak sakit teruk kan?
Boboiboy : Tak, puan. Cuma terseliuh sahaja.
Joy : Syukurlah. Mari sini, saya rawat buku lali kamu.

Ash pun membantu membawa Boboiboy mengikut Jururawat Joy masuk ke dalam bilik rawatan. Ash meletakkan Boboiboy di atas katil, dan dia dan Pikachu duduk di kerusi di tepi.

Jururawat Joy mengambil beberapa buah beri dari dalam hutan, herba herba dan juga pembalut dari dalam almari ubat. Jururawat Joy memasukkan semua bahan ke dalam bekas dan hancurkan semuanya dengan batu lesung. Semuanya dilumatkan menjadi satu.

Setelah semuanya siap, Jururawat Joy menyapukan sedikit campuran itu ke buku lali Boboiboy yang sakit, dan kemudian membalutnya.

Joy : Kamu perlu berehat sekurang kurangnya satu hari untuknya sembuh sepenuhnya. Kamu boleh ambil kerusi roda khas di depan pintu Pokemon Center ni untuk pergi ke mana mana. Kami berinya percuma sahaja.
Boboiboy : T-terima kasih, Jururawat Joy.

Kata kata Boboiboy seperti tersangkut sangkut, selalu tersekat di tekaknya. Bilalah dia nak biasa dengan semua ni, itu yang dia fikirkan.

Sebagai seorang superhero, dia tak biasa dengan orang lain membantunya. Biasanya, Boboiboy yang selalu membantu orang lain, sehingga Fang kadang kadang risau dengan Boboiboy. Dia terlalu baik. Dia boleh dengan senangnya dipergunakan oleh orang lain, dan ianya sudah pun berlaku. Dan Fang tak pelik melihat Boboiboy sangat kesakitan dengan penipuan itu semua, kerana hati Boboiboy memang snagat sangat lembut dan mudah disakiti.

Seorang hero sejati akan memikirkan orang lain dulu sebelum mereka. Kalau ada yang dlaam bahaya, di situ lah dia akan berdiri gagah untuk selamatkan mereka, kerana itu bukan kah perkara yang seorang hero perlu lakukan?

Ash : Tunggu sini dulu ya, tuan? Saya mahu ambil sesuatu kejap di luar.
Boboiboy : Baiklah.

Ash pun keluar dari bilik itu. Pikachu tinggal di dalam bilik itu untuk temankan Boboiboy. Dia bergerak dari kerusi pelawat ke atas katil dan duduk di tepi Boboiboy.

Pikachu : Pika pika!
Boboiboy : Hm?

Pikachu menggeselkan kepalanya ke tangan Boboiboy, mahu mendapatkan perhatian Boboiboy. Sebagai seorang hero, perasaan sayang itu susah hendak dirasakan kerana satu satunya yang ada di kepalanya dan hati dan tanggungjawabnya adalah keselamatan mahluk di sekitarnya. Tapi, bila melihat Pikachu yang cuba bermanja dengannya, membuatkan dia teringatkan kucing lamanya semasa masih tinggi di Kuala Lumpur dan bumi.

Nama kucing itu adalah Mimi. Boboiboy menjumpai Mimi semasa dia masih sangat kecil, lebih kurang 3 ke 4 tahun macam tu. Dia melihat Mimi, yang semasa itu dalam umur remaja nak masuk umur kucing dewasa, tersangkut di dalam longkang. Mumurlah air longkang itu tidak dalam. Dengan beraninya, Boboiboy turun ke dalam longkang dan mengeluarkan Mimi dari sana.

Boboiboy : Sekarang comel dah selamat! Comel boleh pergi sekarang!

Boboiboy berjalan pergi, mahu pulang ke rumah kerana dah nak malam. Tapi, dia merasakan kaki kecilnya digesel sesuatu dari belakang. Boboiboy menoleh. Mimi berada di belakangnya, mengiaw ngiaw. Boboiboy, yang tak sampai hati nak tinggalkan Mimi, pun membawa Mimi pulang ke rumah dan memeliharanya dan memberikan namanya Mimi.

Tapi, bila usia Boboiboy mengijak 9 tahun, Mimi, telah mati dilanggar lori, betul betul di depan matanya. Masih kecil dan polos, tapi sudah perlu melihat perkara itu. Boboiboy trauma untuk keluar dari rumah sejak hari itu. Ianya berlangsung selama setahun penuh. Tahun berikutnya, Boboiboy beranikan diri untuk keluar ke dunia sekali lagi. Dan tahun itulah dia bertemu dengan kawan kawan barunya di Pulau Rintis, dan berjaya mengubati traumanya.

Tanpa Boboiboy sedar, air mata sudah mengalir turun dari matanya. Pikachu melihat Boboiboy dengan perasaan pelik. Mata Boboiboy berubah menjadi merah ruby. Halilintar mengawal badan Boboiboy. Boboiboy menepuk nepuk pahanya, menyuruh Pikachu duduk di ribanya. Pikachu pun melompat dengan gembira ke atas riba Boboiboy. Boboiboy pun mengusap lembut kepala Pikachu. Pikachu pula, suka orang usap kepala dia. Membuatkan Boboiboy tersenyum gembira.

Tak lama kemudian, Ash kembali ke sana dengan membawa kerusi roda di tangannya. Pikachu melompat ke bahu Ash.

Ash : Marilah, Tuan! Saya bawa tuan balik ke rumah tuan.
Boboiboy : B-betul ke ni? Tak menyusahkan kamu ke?
Ash : Tak.
Boboiboy : Tapi......
Ash : Hm? Kenapa ni, tuan?
Boboiboy : Saya...... saya tak ada rumah.......

Mendengar kata kata Boboiboy, tak membuatkan Ash rasa marah, sedih, kecewa atau apa apa. Ash malah tersenyum.

Ash : Tak apa tuan! Tuan boleh tinggal di rumah kami! Saya tinggal dengan 4 kawan saya yang lain dalam satu rumah. Boleh muat satu orang lagi. Jadi, tak ada masalah!

Boboiboy tak dapat nak mencelah sama sekali. Boboiboy menghembuskan nafas berat. Dia terpaksa menerima pelawaan Ash. Dalam kondisi dia sekarang, dia tak mampu melawan.

Boboiboy pun duduk di atas kerusi roda itu, dan Ash membawa mereka keluar dari Pokemon Center itu.






















855 perkataan

Esok Author nak update Haikyuu : Next Beneration tu dulu boleh?

Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)Where stories live. Discover now