Misi : Dimensi 2 : Pokemon

574 60 11
                                    

Kelihatan Kaizo masuk ke dalam markas Rebel Heroes dengan keadaan tergesa gesa. Dia baru balik dari misinya di salah satu Planet yang jauh dari Planet markas mereka di Galaxy Nusagima. Dia segera mengelesaikan tugasnya dan segera kembali ke Markas itu setelah mendengar apa yang berlaku kepada Boboiboy.

Kaizo : Huh..... huh..... aku dengar yang Boboiboy dah termasuk ke dalam dimensi disebabkan oleh Alternatebot dari Shin dan Fang. Betul ke? 
Shadow : Ya. Kami dapat tahunya dari Reverse semalam. Sekarang ni, dah dekat sehari dia terperangkap di dimensi yang kau fikir jelah ada dekat mana.
Laura : Tapi, jangan risau. Dia dah diberikan pertunjuk untuk keluar dari dimensi itu dengan bantuan Reverse.
Kaizo : Huh? Macam mana? Setahu saya, kita tak boleh berkomunikasi dengan orang yang berada di dimensi sana.
Laura : Senang je. Kau tahu kan, ynag Reverse dibuat dari perasaan dendam dan sedih Boboiboy?
Kaizo : Ya. Kenapa?
Laura : Walaupun mereka sudah dipisahkan, mereka masih lagi orang yang sama. Jadi, mereka boleh berkomunikasi dengan Boboiboy melalui telepati.
Reverse : Kapten! Boboiboy dah berjaya keluar dari dimensi pertama!
Shadow : *terkejut tambah gembira* Baguslah!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Di situasi Boboiboy, Boboiboy sudah keluar dari portal yang membawanya pergi dari dunia Undertale. Boboiboy hampir terjatuh. Dia diteleportkan di atas sebuah pokok. Dia memegang salah satu dahan pokok itu sebelum dia jatuh ke tanah.

Boboiboy : Fiuh.......

Boboiboy pun melepaskan dahan pokok itu, dan mendarat di bawah dengan selamat.

Boboiboy : Hm? Dekat mana ni?

Boboiboy melihat sekeliling. Dia sekarang berada di dalam hutan yang kelihatan agak lebat. Hanya cahaya samar samar boleh kelihatan dikeranakan ditutupi oleh daun daun dari atas. Tapi, disebabkan ketika itu adalah tengah hari, jadi tak terlalu gelap.

Boboiboy cuba untuk memanjat satu pokok di situ untuk cuba mencari jalan keluar dari hutan itu.

Boboiboy : Satu, dua, hup! *lompat, bergayut di dahan pokok, dan panjat ke atas*

Boboiboy tiba di puncak pokok itu. Dia pun cuba mencari jalan keluar dari hutan itu.

Tapi, malang datang tanpa amaran. Seekor haiwan seperti burung merpati terbang dalam kumpulan, betul betul ke tempat Boboiboy. Boboiboy pun tak dapat mengelak, dan kena serbu dengan merpati merpati itu. Boboiboy pun hilang keseimbangan, dan jatuh ke bawah.

Bam!!!

Bunyi jatuhnya juga agak kuat. Boboiboy pun cuba untuk bangun, tapi belakangnya terasa sangat sakit. Jadi, dia hanya duduk sahaja.

Boboiboy : Aduh....... *gosok gosok belakang dia*
??? : Pika?

Tiba tiba, seekor haiwan seperti seekor tikus besar, berwarna kuning, dengan pipi merah yang tahap gebunya lain macam, dan ekor seperti petir. Dia adalah Pikachu.

Boboiboy : Eh?
Pikachu : Pika pika!

Pikachu menggosok gosok kepalanya di belakang Boboiboy dengan agak kuat, membuatkan Boboiboy merasa sakit. Tapi, kerana tak nak buat Pikachu takut, dia cuba sebaik mingkin untuk tidak menjerit.

??? : Pikachu!

Seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 15 tahun, (Author tua kan. Nasib tak tuakan sampai jadi datuk terus XD) berlari ke arah mereka berdua. Siapa tak kenal dia kan? Topi yang dia pakai sudah cukup untuk mengenali budak itu. Dia adalah Ash.

Ash : Situ pun kau. Kau dah jumpa punca bunyi tu?
Pikachu : Pikachu! *tunjuk Boboiboy*
Ash : Ah! Baguslah. Kamu tak apa apa, tuan? Bunyi tuan jatuh tadi agak kuat.
Boboiboy : Saya tak apa apa, terima kasih. Cuma belakang saya sakit sedikit kerana jatuh dari atas pokok tadi.
Ash : Betul ke ni?
Boboiboy : Ya, jangan risau.

Boboiboy cuba untuk bangun, tapi, belum sempat dia berdiri sepenuhnya, dia terduduk balik. Dia boleh rasa buku lalinya sangat, sangat sakit.

Boboiboy : *menahan kesakitan* Tsk......

Ash, yang dah lama mengembara, dapat baca, yang Boboiboy kesakitan. Ini bukan kali pertama dia lihat orang kesakitan. Tanpa amaran sama sekali, Ash memegang tangan Boboiboy, dan meletakkannya di bahunya. Dia membantu Boboiboy bangun. Ash pun berjalan.

Boboiboy : K-kamu nak bawa saya ke mana ni?
Ash : Pokemon Center. Saya boleh nampak yang buku lali tuan terseliuh. Tuan tak perlu sembunyikannya.

Boboiboy tak mampu nak membalasnya. Boboiboy pun hanya senyap sepenjang perjalan Ash membawanya ke Pokemon Cener berhampiran.




















635 perkataan

:3 Bye! Arigato! Sayonara! Timun campur carbonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum